SAHABAT BLOG

20 December 2010

Barang Makin Naik..Apa dia Orang Peduli

Pagi ni, kawan-kawan pejabat masing-masing heboh pasal kenaikan harga barang. Ada yang mengatakan bahawa susu pekat manis atau krimer pekat manis telah naik 30 sen, ada yang mendakwa kelapa parut telah naik 20 sen, ada yang mendakwa minyak masak pun sedang menuju kepada kenaikan harga apabila mereka mendapati stok makin kekurangan di dalam pasaran. Nampaknya pesta kenaikan harga barang telah bermula.

Patut le, baru-baru ni aku beli kelapa parut RM1.80 sebiji. Biasanya RM1.60 sebiji. Barang-barang lain aku kurang perasan kerana aku biasanya membeli di TESCO. Jadi tak perasan jika ada yang naik atau tidak. Namun aku percaya barang-barang memang semakin naik harga berbanding sebelum kenaikan harga minyak dulu.

Nak hairan apanye kalau harga barang naik. Para peniaga.. ah biasalah tunggu masa dan peluang sahaja untuk menaikkan harga barang. Harga minyak naik? Huh..alasan basi. Bila dah naik, tak pandai nak turun. Bagi kakitangan kerajaan, apabila barang-barang naik harga maka pendapatan mereka semakin berkurangan. Bonus pun macam nak bagi sama banyak dengan tak nak bagi. RM500 sekarang ni dua hari je habis untuk keperluan dapur. Terpaksalah rakyat kurangkan aktiviti riadah, melancong, ziarah menziarah ibu bapa dan sanak saudara. Habis….duit cukup-cukup untuk bayar sewa rumah, utility, ansuran kereta, bayar pengasuh anak, barang keperluan anak dan barang keperluan dapur. Itupun kadang-kadang terpaksa menggunakan kad kredit untuk menampung kekurangan.

Para pemimpin kita sekarang ni nampaknya dari masa ke semasa memikirkan bagaimana nak tinggikan pendapatan rakyat. Pelbagai dasar dan projek dirancangkan. ETP, NKRA ( orang kata Na Kerja Ros Arah), NBE, KPI, GST ( Tak jadi-jadi lagi ), MRT dan macam-macam lagi. Yang paling famous adalah No 1. 1Malaysia. Tapi jangan sebut One Malaysia. Baguslah kalau macam tu, tetapi siapa yang akan memperolehi pendapatan tinggi tu. Adakah orang Melayu yang hidup di kampung-kampung? Tak ada nye, pendapatan mereka lagu tu jugak. Makin berkurang ade le pasal barang keperluan makin naik. Habis siapa lagi kalau bukan orang Melayu. Sudah pasti orang yang pandai merebut peluang. Siapa lagi kalau bukan orang Cina. Jadi pelbagai dasar dan projek tu untuk orang Cina ke? Entah …..

Kesian kakitangan kerajaan, sepatutnya elaun sara hidup mereka hendaklah dinaikkan supaya sejajar dengan kenaikan harga minyak dan harga barang. Ni tidak, elaun COLA masih lagi ditakluk lama. lagipun elaun ini bukanlah elaun tetap, boleh ditarik pada bila-bila masa. Sudahlahj elaun Cola tak naik, dengarnya elaun perjalanan pun ditarik balik. Kalau nak pergi kursus atau melakukan perjalanan, kena guna duit minyak sendiri. Biar betul…Dalam keadaan sekarang ni, tidak mustahil ramai kakitangan kerajaan secara diam-diam mengharapkan PR akan mengambil alih kerajaan. Ramai di antara mereka yang termakan dengan janji-janji yang dibuat oleh pihak PR. Nak salah siapa jika sekiranya mereka memihak kepada PR. Duit untuk belanja anak-anak sekolah cuma diberikan sebanyak RM500 sahaja. Dengan duit RM500 itu jugalah ibu-ibu bapa-bapa menggunakan untuk membeli susu, lampin dan pelbagai keperluan lain yang semakin meningkat naik harganya. Kalau zaman Tun Mahathir dahulu, beliau tidak kedekut dengan kakitangan kerajaan. Pelbagai inisiatif diberikan untuk mengurangkan beban kakitangan kerajaan dan rakyat. Tahun depan, dengar ceritanya KWSP akan kembali kepada kadar asal 11%. Ini bermakna kakitangan swasta akan menerima kurang sebanyak 3 % daripada biasa. Apa salahnya jika kerajaan sambung sahaja kadar 8 % ini.

Dengar ceritanya, greater KL akan mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 130,000. Kerja apa tu? Kalau kerja dengan kerajaan bolehlah anak-anak tempatan terutama orang melayu mengisinya. Tetapi kalau kerja swasta, sudah pasti yang mengisinya adalah pekerja asing. Jadi…. pendapatan siapa yang semakin tinggi. Pendapatan rakyat atau pendapatan tokey-tokey besar. Siapa lagi…Cina lah tu. Rakyat asing tumpang sekaki. Setiap tahun rakyat asing akan hantar berbilion-bilion ke negara asal mereka. Kerajaan begitu rancak menarik pelancong asing kerana tarik duit luar masuk ke dalam Negara, tetapi pekerja asing ni pula senang-senang kirim duit berbilion-bilion ke Negara asal mereka. Buat penat je. Bukankah ini kerja sia-sia namanya. Pelancong bawa masuk 6.7 bilion, tetapi pekerja asing bawa keluar 16 bilion. Kena fikirlah bagaimana 130,000 peluang pekerjaan itu diisi oleh anak-anak muda tempatan. Siapa yang kena fikir, takkan orang kampung aku kot. Takkan aku kot . Kalau boleh kerajaan kena fikirkan anak-anak tempatan yang tidak bekerja tu. Ramai di kampung-kampung. Bukan mereka tak mahu datang ke Bandar-bandar besar ni, tetapi sewa rumah mahal nak mampus. Fikirlah bagaimana nak sediakan penempatan kepada dia orang ni. Buat asrama kos rendah kot. Biasa kita dengar rumah kos rendah, apa salahnya kerajaan sediakan asrama kos rendah untuk anak-anak muda kita dari kampung-kampung tumpah berteduh untuk mencari rezeki di greater KL nanti.

Lagi satu pasal parti politik kita. Semua parti politik di Negara kita sekarang sedang tertekan. BN dengan masalah hubungan antara parti komponen. MCA yang mengangkat seorang yang tidak bermaruah menjadi Presiden menjadi beban kepada BN. Orang yang tak punya apa-apa kepentingan untuk di jaga, sudah tentu akan berani. Dia tak takut kehilangan apa-apa. MIC sudah tukar Presiden. Sudah tentu dalam tempoh penyesuaian ini akan pelbagai perkara yang memeningkan BN. PR pun ada krisis atau masalah. PKR sebuah parti yang bermasalah sudah tentu menjadi beban kepada PR. PR pula semakin menekan BN dari masa ke semasa. Jika parti politik kita bermasalah, sudah tentu suasana politik Negara tidak stabil. Kerajaan BN lebih banyak menumpukan perhatian kepada bagaimana hendak memenangi hati para pengundi. Pengundi mana tu…sudah tentu para pengundi Cina. Di Pihak kerajaan sudah tentu pelbagai dasar berbentuk jangka panjang diperkenalkan supaya rakyat terus memilih mereka di dalam PRU 13 nanti. Dasar-dasar itu entah berguna atau tidak kepada bangsa Melayu tak taulah. Bangsa Cina memang seronok kerana pelbagai peluang akan wujud. Pihak PR pula akan menabur pelbagai janji manis untuk memikat para pengundi. Sebenarnya perbuatan menabur pelbagai janji manis ini sebenarnya suatu perbuatan tidak bertanggungjawab. Mana-mana rakyat yang memang tidak suka kepada kerajaan BN akan terpengaruh dan percaya 100 % dengan janji PR ini.

Keadaan tidak stabil akan membawa ke PRU 13. Pihak PR dengan diketuai oleh Anwar Ibrahim akan sentiasa sahaja membuat kacau dan mempengaruhi rakyat supaya membenci kerajaan BN. Apabila PRU di adakan, fikiran rakyat berbelah bahagi samada nak kekalkan parti BN ataupun memberi undi kepada PR. Di sebabkan perasaan serba salah ini, maka keputusan PRU 13 nanti menjadi satu sejarah baru di dalam politik tanahair dimana tidak ada parti yang akan memperolehi majority mudah untuk membentuk kerajaan. Kita tunggu dah lihat sahaja. Aku percaya dan yakin jika sekiranya DS Najib terus dengan dasar yang entah apa-apa bagi orang melayu dan isteri beliau masih terus menerus mencampuri urusan pemerintahan Negara, BN tidak boleh membentuk kerajaan selepas PRU 13 nanti. Aku pula bagaimana. Macam ni jugak le jawabnya.

1 comment:

Anonymous said...

nampaknyer golongan yg akan memilih pr pada pru13 ni adalah terdiri dari golongan pemuda/belia.

mereka nampaknya tak sehaluan dgn polisi gomen yg ada skrg.

- tak nampak ke mana pun.

kalau kos sara hidup terlalu tinggi, pendapatan rendah, pekerjaan pun susah nak dpt, byk sgt kes rasuah yg tak ambil tindakan, subsidi ditarik balik...kenapa???...sbb subsidi tu byk membantu org melayu...sbb tu idris jalang bagi nasihat kat najib suruh kurangkan subsidi... aparaa.... kurangkan...kurangkan...lama-lama hapuskan terus... so keistimewaan melayu dah tiada...

dalam hal ini sepatutnya umno lebih fokus kpd hak melayu...

tapi umno lebih rela "membodek najib dan rosmah" demi periuk/poke mereka.....apa nak jadi dgn rakyat terutama golongan gaji sebulan RM900 kebawah????....pikirlah....