Persidangan UMNO telah selesai. Presiden telah membuat ucapan pengulungan dengan bersahaja tetapi penuh dengan visi dan misi. Timbalan Presiden lebih spesifik dan objektif hujah penggulungannya bilamana beberapa perkara telah diputuskan. Perjuangan UMNO adalah untuk orang Melayu. Persoalannya sekarang ini Melayu yang bagaimana akan dibantu oleh UMNO. Sekarang ini Melayu telah dipecahkan kepada 3 kelompok iaitu Melayu UMNO, PAS dan PKR. Ketiga-tiganya adalah Melayu. Sudah pasti suatu tugas sukar bagi UMNO untuk membantu Melayu keseluruhannya kerana perpecahan ini. Namun hendaklah ada kaedah untuk menyelesaikannya.
Jika dilihat kepada prinsip perjuangan UMNO, istilah Melayu itu tidak mengambilkira fahaman politik. Oleh yang demikian, saya seru kepada UMNO supaya berjuang secara ikhlas untuk membantu Melayu tanpa mengira fahaman politik. Jika Melayu itu layak dibantu, usahlah dikira fahaman politik. Jika berpilih-pilih, ekonomi Melayu memang akan masih ditakuk lama. UMNO adalah sebuah parti yang kuat. Oleh itu adalah tidak menjadi masalah jika sekiranya melayu yang dibantu itu bersikap tidak berterima kasih kepada UMNO kerana jika mereka berjaya, matlamat perjuangan UMNO telah dikira tercapai.
Kepada Melayu yang dibantu, jika tidak berterima kasihpun janganlah dikutuk dan dihina UMNO ini. Memang diakui bahawa UMNOlah dengan izin Allah, yang telah mengkayakan orang Melayu. Bukan nak diungkit, tetapi sebagai kerajaan, semua kuasa ada pada tangan UMNO.
No comments:
Post a Comment