"(WSJ) Mr. Najib Wednesday told reporters in Malaysia's administrative capital Putrajaya that foreigners investing in parts of the service sector would no longer be required to take ethnic-Malay partners, who currently must own 30% of any joint venture. The newly opened sectors include health, tourism, and business and technology services, but don't include areas in which there is heavy state-involvement or which are politically sensitive, such as air travel, utilities and retail, where companies such as France's Carrefour SA and Britain's Tesco PLC have pushed for more access".
Aku tertanya-tanya apakah dikatakan 30% pemilikan ekuiti bumiputera yang heboh diperkatakan sekarang ini. Apabila aku google, aku terjumpa artikel di atas yang aku ambil daripada lawam blog. http://www.pisau.net/2009/04/30-ekuiti-bumiputra-di-hapuskan-jawapan.html.
Apa masalahnya dengan perkara ini? 30% peratus bukannya banyak. Carilah bumiputera yang ramai diluar sana yang bersungguh-sungguh untuk menjadi rakan kongsi. Lagipun syarikat-syarikat yang hendak melabur pun bukannya syarikat persendirian, mereka juga memperolehi modal daripada pelbagai pihak. Oleh itu apa masalahnya mereka mencari bumiputera yang berkelayakan untuk melabur dan memiliki ekuiti di dalam syarikat mereka. Kecualilah kalau syarikat hak milik persendirian, sudah tentulah mereka tidak mahu berkongsi ekuiti mereka dengan sesiapapun termasuk bumiputera.
Kerajaan kena lihat juga status syarikat terlebih dahulu. Kalau milik Ah Kau sudah tentu Ah Kau tidak mahu berkongsi dengan sesiapa ekuitinya. Namun jika Syarikat itu dimiliki oleh Ah Kau, Ramasamy, Ah Meng, kenapa mereka tidak mahu mengajak Ahmad menjadi rakan kongsi mereka?
Sebenarnya bukan masalah kuota, tetapi lebih kepada masalah persepsi terhadap bumiputera. Persepsi mengatakan bumiputera tidak pandai berniaga dan hanya menjadi sleeping partner sahaja di dalam syarikat yang menyebabkan mereka tidak mahu berkongsi dengan bumiputera.
Ekuiti 30% ini adalah hak istemewa yang telah diberikan kepada bumiputera, oleh itu adalah tidak wajar ianya dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Jika disebabkan hak istimewa ini dikatakan menghalang kemajuan negara, selama ini kenapa tidak pernah dipersoalkan dan negara tetap bergerak ke arah negara maju. Masalahnya ada dalang yang telah memburuk-burukkan negara dimata dunia. Mereka mempromosi kuota 30% ini dengan cara yang salah kepada pelabur luar.
No comments:
Post a Comment