SAHABAT BLOG

29 October 2010

Galas Bolasepak.

Minggu depan, rakyat Kelantan menunggu 2 keputusan penting. Keputusan pertama yang diaorang tunggu sudah tentu perlawanan bolasepak Piala Malaysia menentang Negeri 9. Tahun lepas diaorang kalah. Tahun ni, tak tahu lagi. Aku ada sms kawan aku di Tanah Merah, nak tanya samada dia nak datang atau tak, kalau datang aku cadang nak kirim budu boleh sebotol dua. Serunding yang dia bagi itu hari masih berbaki lagi. Namun dia kata tak jadi datang. Mungkin nak kempen di Galas kot. Tiket dengar cerita habis dijual. Aku hairan, kalau perlawanan Liga Perdana, Stadium kosong, tetapi bila masuk suku akhir Piala Malaysia sahaja, stadium mula penuh. Mungkin juga rakyat Malaysia tidak perlukan Liga Perdana kot, memadai dengan Pertandingan Piala Malaysia sahaja macam dulu-dulu. Banyak sangat perlawanan yang tak bermutu pun boleh membosankan.

Mungkin juga kita boleh jadikan setiap perlawanan adalah perlawanan akhir dengan disediakan piala untuk dijadikan rebutan. Piala Najib ke, Piala Nik Aziz ke, Piala Mat Said ke, Piala Muhyidin ke. Jangan pula ada yang wujudkan Piala Rosmah pulak. Jika ada piala disetiap perlawanan, barulah pemain bermain dengan bersungguh-sungguh dan penonton pun ramai kerana perlawanan merebut piala. Aku ramalkan Kelantan akan menang 2-1. Kesian kat Kelantan kerana dah belanja begitu banyak duit untuk membentuk pasukan. Lagipun lebih baik jika Kelantan menang. Aku tak pergilah kali ini kerana kalau aku pergipun aku nak bersorak untuk pasukan mana?

PAS dab BN taja penonton ke Kuala Lumpur. Nak ambil hati pengundi ataupun hadiah kepada penyokong? Tak tahulah mana satu. Yang penting, bila orang dah bagi, sapu je. DUN galas mengundi pada 4hb. Orang kata Calon BN tak berpelajaran tinggi berbanding calon PAS. Orang juga kata, calon PAS gemuk dan tak segagah calon BN. Kedua-dua kenyataan ini adalah betul. Namun walaupun apa sekalipun keadaan kedua-dua calon tersebut, jawatan yang mereka rebut hanyalah wakil rakyat. Siapa yang jadi tuan , dia orang atau rakyat. Rakyatlah, sebab rakyatyang lantik diaorang jadi wakil mereka di DUN untuk kemukakan masalah dan juga kepentingan rakyat kepada kerajaan. Oleh itu, untuk menjadi wakil yang baik sudah tentulah mereka yang boleh diharapkan dan amanah. Jangan pulak yang malas dan asyik tidur sahaja ataupun jadi wakil kepada rakyat yang bukan kawasan dia ataupun wakil keluarga dan kroni dia sahaja. Calon yang lagu ni, yang tak amanah dan malas ataupun menjadi wakil kroni dan keluarga ni tak mengira latarbelakang pendidikan. Kadang-kadag wakil rakyat yang hebat tu adalah mereka yang yang tidak berpelajaran tinggi pun. Yang penting pandai dan bijaksanasini. Keadaan fizikal wakil rakyat tu jadi masalah juga. Kalau Gemuk sangat, susah nak diajak buat kerja, cepat letih. Kalau kurus sangat pun masalah juga kerana tak kuat nak diajak pikul memikul. Takkan wakil rakyat nak tengok je tak nak tolong buat kerja gotong royong.

Apa-apa pun, Galas pasti akan ada yang menang begitu juga dengan Stadium Bukit Jalil. Pihak yang menang biasanya akan menerima kemenangan mereka dengan tangan terbuka, tetapi yang kalah payah nak menerima kekalahan mereka. Siapa nak terima kekalahan. Namun demikian nak atau tak nak pun kenalah terima dah kalah. Takkan nak diswastakan kekalahan itu kepada pihak lain pulak. Jadi kepada semua penyokong samada Negeri 9 ataupun Kelantan, kenalah terima kekalahan. Jangan pulak bila kalah merusuh kerana yang datang tu mungkin ada budak-budak yang minat bolasepak. Kesian kat dia orang. Jangan matikan minat diaorang tu. Begitu juga dengan penyokong PAS dan BN, kekalahan pasti bakal menjelma. Jadi terimalah. BN biasanya boleh terima dengan kekalahan kerana penyokong mereka bukan berjiwa pembangkang, tetapi penyokong PAS ni payah sikit nak terima kekalahan kerana jiwa dan raga mereka telah diasuh sejak kecil sebagai pembangkang walaupun hakikatnya mereka adalah pemerintah. Jika kalah, mulalah mereka menuduh macam-macam. Kesian kepada mereka. Janganlah sifat dan jiwa pembangkang itu di bawa ke dalam kubur kerana Mungkar dan Nakir bukan seperti Penyokong BN yang boleh dibangkang sesuka hati.

1 comment:

putrarahman said...

Tahniah aku ucapkan kepada Kelantan kerana menang Piala Malaysia dengan jaringan 2-1 sama dengan apa yang aku ramalkan.