SAHABAT BLOG

25 June 2010

Perlembagaan Tidak Boleh Dipinda??

Soalan ini saya tujukan kepada mereka yang berakidah bahawa HAK-HAK ORANG MELAYU TIDAK AKAN DIUSIK KERANA TELAH TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN walaupun yang memegang tampuk pemerintahan itu seorang Ah Chong, Ramasamy, David atau sesiapa sahaja.

Saya nak tanya, adakah tuan-tuan cukup yakin bahawa Perlembagaan Negara tidak boleh diubah sebagaimana keyakinan saya kepada kesucian Kita Al Quran. Saya berakidah bahawa hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub di dalam perlembagan adalah sesuatu yang tidak kekal dan boleh diubah-ubah kerana Perlembagaan itu adalah hasil kerja tangan Manusia. Saya mengalu-alukan para ahli akademik untuk menghuraikan keadaan-keadaan yang boleh menyebabkan perlembagaan Negara itu boleh dipinda ataupun dimansuhkan.

Saya bangkitkan perkara ini disebabkan saya mendapati sekarang ini orang melayu telah dikelirukan oleh dakyah-dakyah bahawa Hak keistimewaan orang melayu itu adalah sesuatu yang kekal kerana telah termaktub di dalam perlembagaan yang pada anggapan mereka sesuatu yang tidak boleh diubah walaupun mereka mungkin berhujah sukar diubah. Akidah puak-puak inilah saya fikir sedikit sebanyak menyebabkan orang Melayu tidak berapa risau untuk memilih sesiapa sahaja menjadi pemimpin mereka kerana mereka beranggapan bahawa pemimpin mana sekali pun walaupun dari bangsa mana sekali pun mereka, hak-hak keistimewaan tetap kekal. Ini adalah satu anggapan yang paling silap dan mengkhianati seluruh keturunan melayu sejak zaman Melaka hingga kiamat.

Puak-puak ini akan berhujah bahawa UMNO yang telah berkuasa telah banyak mengurangkan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Saya setuju dengan hujah ini. Namun demikian, saya minta mereka duduk di atas pagar walau sekejap dan berfikir bahawa jika UMNO iaitu sebuah parti orang Melayu boleh mengubah hak istimewa orang melayu, mengapa parti-parti yang bukan dimiliki oleh orang melayu tidak berkuasa untuk merobahnya dan atas asalan apa mereka tidak mahu merobahnya.

No comments: