Judi bola kaut RM1b?
Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 9 Jun – Belum pun bermula kejohanan bola sepak terbesar Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengenal pasti empat sindiket besar di negara ini yang turut didalangi individu berpangkat Datuk menganjurkan pertaruhan secara haram.
Sindiket itu dikesan mampu mengaut keuntungan mencecah RM1 bilion sepanjang kempen Piala Dunia berlangsung selama sebulan.
Ulasan Saya:
Judi adalah perkara yang diharamkan di dalam Agama Islam. Agama lain juga turut sama mengharamkan perbuatan berjudi ini. Namun demikian di Malaysia ini hanya Agama Islam sahaja yang menghukum para penganutnya yang terlibat dengan judi di bawah peruntukkan undang-undang Syariah. Agama lain nampaknya tidak ada cara untuk mengawal penganutnya supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama mereka. Secara klesimpulannya, hanya Agama Islam sahaja yang dilihat memainkan peranan untuik mengawal penganutnya sedangkan agama lain hanya pandai menambah penganut tetapi tidak ada cara untuk mengawal penganut masing-masing supaya bertindak mengikut lunas-lunas agama masing-masing. Contohnya perbuatan bersekedudukan tanpa nikah. Semua agama melarang perbuatan tersebut, tetapi hanya Islam sahaja yang mempunyai peruntukkan undang-undang untuk mencegah perbuatan tersebut. Oleh yang demikian kita lihat sekarang ini, Islam sendiri sudah tidak mampu untuk mengawal penganutnya disebabkan pengaruh rakan-rakan mereka yang beragama lain.
Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana lama-kelamaan semakin ramai penganut Islam yang berani mencabar larangan Allah disebabkan pengaruh penganut agaman lain. Sehubungan itu, saya fikir sudah sampai masanya agama-agama lain yang mempunyai penganut di Negara ini bertindak mengawal penganut masing-masing secara penguatkuasaan undang-undang samada secara civil ataupun secara penwujudan mahkamah khas yang membicarakan salah laku agama lain.
Berbalik kepada judi Bolasepak yang heboh diperkatakan sekarang ini. Saya mengambil pendirian, apa sahaja yang diharamkan oleh Islam dan agama lain hendaklah diharamkan beroperasi secara sah. Kalau ada yang beroperasi secara haram, mereka hendaklah dibendung dan dikenakan hukuman. Masalahnya hanya penganut Islam sahaja yang bersungguh-sungguh hendak mengharamkan judi ini sedangkan agama lain mengambil sikap berdiam diri sedangkan mereka juga tahu bahawa perbuatan berjudi ini amat merugikan dan memporak perandakan institusi kekeluargaan. Apabila institusi kekeluargaan porak peranda, isntitusi masyarakat juga akan turut rosk. Lama kelamaan jika dibiarkan, negeri dan Negara akan hancur musnah. Jika kerajaan membenarkan kegiatan perjudian samada secara sah ataupu haram, kerajaan sebenarnya berjudi dengan nasib rakyat. Fikir-fikirkanlah
No comments:
Post a Comment