SAHABAT BLOG

07 June 2010

JOM PAKAT GI HAJI

Di dalam Akhbar Utusan Malaysia pada 05/06/2010 yang lalu, terpampang berita mengenai kesukaran bakal-bakal Haji Malaysia hendak menunaikan Fardhu Haji dimana mereka terpaksa menunggu sehingga 14 tahun baru berpeluang untuk menunaikan Fardhu Haji. Kesukaran ini disebabkan masalah kekurangan kuota dimana kuota yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi hanyalah 0.01% daripada penduduk ataupun lebih kurang 26,000orang sahaja jemaah Haji Malaysia yang dibenarkan menunaikan Fardhu Haji setiap tahun. Ini bermakna seramai 364,000 orang rakyat Malaysia yang telah mendaftar untuk menunaikan Fardhu Haji.

Bayangkan jika sekarang umur bakal Haji sudah menjangkau 65 tahun. Pada umur berapakah beliau baru berpeluang menunaikan Rukun Islam ke 5 ini. Persoalannya kenapa pada umur 65 tahun baru beliau mendaftar dan tidak semasa beliau berumur 40 tahun ataupun 50 tahun. Adakah disebabkan pada masa umur 40 tahun ataupun 50 tahun itu, beliau belum mempunyai keupayaan Kewangan untuk membolehkan beliau menunaikan Fardhu Haji ataupun masih belum mempunyai niat atau seru untuk menunaikan Fardhu Haji.

Aku difahamkan oleh sahabat yang bekerja di Tabung Haji, untuk mendaftar Haji, para penyimpan hanya perlu mempunyai simpanan minimum sebanyak RM1,300.0 sahaja dalam Akaun Tabung Haji dan mendapatkan nombor giliran haji masing-masing. Adakah RM1,300.00 ini suatu jumlah yang membebankan. Aku fikir bagi mereka yang berazam untuk menunaikan Fardhu Haji, jumlah ini bukanlah suatu yang membebankan. Namun kebiasaannya keazaman dan kesediaan untuk menunaikan Fardhu Haji di kalangan orang kampung hanya timbul apabila mereka merasakan bahawa jumlah Kewangan mereka sudah mencukupi. Apakah puncanya fahaman dan pemikiran begini masih ada di dalam masyarakat kita terutama penduduk kampung. Adakah mereka tidak diberitahu sebelum ini bahawa wang minimum RM1,300.00 sahaja bsudah boleh mendaftar haji. Jika sekiranya jumlah minimum ini masih menjadi masalah kepada para penyimpan untuk mendaftar Haji, Tabung Haji hendaklah menurunkan jumlah ini kepada satu jumlah yang lebih rendah seperti RM500.00 sahaja.

Disamping itu, Tabung Haji hendaklah melipat gandakan usaha untuk menyampaikan dasar pendaftaran haji mereka secara lebih meluas dan berulang-ulang supaya tindakan ini boleh mendorong lebih ramai warganegara untuk mendaftar Haji di usia yang lebih muda agar apabila tiba masa dan ketikanya mereka hendak menunaikan Fardhu Haji, giliran mereka sudah sampai dan mereka hanya perlu mencukupkan jumlah wang naik haji yang diperlukan.

No comments: