SAHABAT BLOG

23 May 2010

Negaraku Penuh Maksiat?

Dah lama aku duk peratikan, semenjak dua menjak ni boleh dikatakan hampir setiap malam berita dalam TV Plasma Samsung 32 inci aku akan memamparkan berita perihal serbuan ke tempat-tempat maksiat. Pelbagai tempat diserbu dari hotel murah hinggalah ke hotel 5 star, dari restoran hinggalah ke warung dalam hutan. Ada yang telah diserbu berulang kali. Kebanyakan hasil tangkapan yang boleh dikatakan setiap malam itu adalah terdiri dari warganegara asing terutama dari Negara Cina.

Aku hairan macamana begitu banyak sangat kejadian maksiat yang berlaku. Pelacur, GRO, Gay, Pengkid dan seumpamanya berlambak sana sini. Kebiasaannya kalau mengikut hukum ekonomi, apabila ada permintaan pasti ada penawaran. Aku tak tahu, mana yang lebih besar samada permintaan atau penawaran. Takkan Negara ku yang tercinta ini telah menjadi Negara maksiat. Nahuzubillah simpang malaikat 44. Namun demikian teruk sangatlah maksiat yang sedang melanda sekarang ni. .

Kebanyakkan warganegara asing yang ditangkap tidak mempunyai permit ataupun menggunakan permit tamat tempoh ataupun menyalahgunakan pas lawatan sosial. Yang masih aku tertanya-tanya, selepas ditangkap, kemana mereka ini akan dibawa. Mungkin mereka ini akan ditempatkan ke depo-depo tahanan sementara ataupun dibebaskan dengan jaminan. Itu aku tidak tahu.

Aku punya cadangan, bagi pelancong asing atau warganegara asing yang di tangkap, terus iringi mereka ke lapangan terbang dan pastikan mereka terus pulang ke negeri masing-masing. Tamatkan tempoh visa mereka serta merta. Kepada warga tempatan pula, laksanakan hukuman serta merta dengan menjatuhkan hukuman denda kerja-kerja masyarakat ataupun jadikan mereka bahan tarikan pelancong dengan denda mereka panjat tangga menara KLCC 10 kali naik turun. Kalau nak hukum penjara tanpa bicara, zalim pula rasanya kerana mereka ada anak bini nak ditanggung. Kalau tak buat macamni, aku percaya masalah maksiat akan semakin merebak dan akhirnya ianya akan berada dimana-mana dan semua orang berisiko menjadi mangsa godaan syaitan.

No comments: