SAHABAT BLOG

19 May 2010

Ikut Sunnah pun Kena Penjara? Apa nak jadi da..


Bung Mokhtar dipenjara, Zizie didenda RM1 ribu
19/05/2010 10:33am

KUALA LUMPUR 19 Mei - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.
Isterinya, pelakon Zizie Izette pula didenda RM1,000 atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran mahkamah, gagal membayar denda, Zizie boleh dipenjara sebulan. - Utusan


Ulasan Saya:

Susah juga nak laksanakan syariat Islam kat Malaysia ni. Bukankah beristeri lebih dari seorang tu menjadi Sunnah Junjungan Besar Kita, tetapi kita pula nak memandai-mandai menambah-nambah apa yang telah digariskan oleh Al-Quran, Kesian kepada Bung Mokhtar Radin dan aku percaya beliau adalah mangsa.

Aku tidak mempertikaikan keputusan mahkamah kerana mereka melaksanakan peruntukkan undang-undang yang diberikan kepada mereka. Yang aku pertikaikan adalah mereka yang mencipta undang-undang sebegini rupa. Kalau undang-undang sebegini boleh diada-adakan, aku percaya tidak mustahil suatu hari nanti akan ada undang-undang yang lebih pelik yang bercanggah dengan kehendak Islam yang dikatakan agama yang mudah dan sejahtera. Kalau dah kena penjara pasal melaksanakan salah satu tuntutannya, ini bukan sejahtera namanya, ini zalim bukan Islam itu yang zalim, tetapi mereka yang mengadakan undang-undang yang boleh menyusahkan penganutnya.

Orang Islam minum arak pun boleh bebas dan kalau denda pun ala kadar sahaja. Orang berzina pun paling tinggi denda setakat RM2,000 sahaja. Ini orang nak melaksanakan tuntutan Islam. Tak payah soallah sunah-sunah lain yang dia tak buat, itu dia dengan Allah, tetapi kenapa pula nak dihukum jika dia nak buat sesuatu yang ikut sunnah. Patutlah banyak maksiat melanda Negara sekarang ini kerana mereka yang bertanggungjawab di dalm soal-soal agama tidak meletakkan perkara yang sepatutnya pada tempatnya. Tunggulah saat kehancuran. Kalau berterusan macam ni, dah tak lama lagi porak perandalah umat islam kat Malaysia ni.

Aku bukan penyokong Bung Mokhtar, tetapi aku menyokong pekerjaan dia melaksanakan tuntutan islam dengan berkahwin lebih dari seorang. Kenapa kita nak denda dan hukum mereka yang mendirikan masjid.

No comments: