SAHABAT BLOG

28 April 2010

Undi Cina Semakin Merosot, Cina Kepingin Kuasa Politik

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 27 April - Undian masyarakat Cina yang lebih memihak kepada pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lepas tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak berpunca daripada kelemahan MCA dan Gerakan sendiri.
Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim (gambar) tidak menolak kemungkinan keputusan pengundi Cina itu dipengaruhi oleh keadaan MCA yang disifatkannya 'kelam-kabut' baru-baru ini


Ulasan:

Akhbar utusan sejak sehari dua hari ini asyik membicarakan kenapa pengundi Cina menolak kerajaan BN di HS. Kalau diambil fikiran budak sekolah rendah, mereka akan jawab, “ikut suka mak bapak merekalah nak sokong sape, apa ke hal kamu nak risau”. Namun sebagai seorang yang memiliki sekeping Ijazah,( Ijazah ku tidak digulung semasa konvokesyen) analisa ringkas ku seperti di bawah. Walaupun kelihatan berat sebelah, namun ini adalah pendapat peribadi aku.

Semua mereka menjadi juara, ekonomi, pendidikan, kesenangan , kekayaan dan sebagainya semuanya dikuasai oleh kaum mereka. Cuma satu sahaja yang masih tidak dikuasai oleh mereka iaitu kuasa politik. Saya amat bersetuju dengan saranan Presiden PERKASA supaya menangguhkan dahulu bantuan kepada kaum Cina kerana pada pendapat saya, mereka sebenarnya tidak memerlukan bantuan lagi. Sebagai kaum yang tidak memerlukan bantuan, mereka tidak akan menghargai apa jua bantuan yang diberikan. Peruntukkan bantuan itu hendaklah diberikan kepada kaum Bumiputera dan kaum Indian yang amat memerlukan bantuan berbanding kaum mereka.

Semua telah dikuasai kecuali kuasa politik. Di dalam perkiraan mereka DAP lebih berkemampuan untuk memberikan mereka kuasa politik berbanding MCA dan GERAKAN. Mereka mengambil contoh kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Walaupun di Selangor dan Perak kerajaan negerinya di ketuai oleh orang Melayu, namun pemimpin mereka berjaya memperolehi kuasa politik yang seimbang dengan kaum Melayu bahkan adakalanya mereka boleh memperkudakan pemimpin melayu sepertimana berlaku di Perak dalam kes pemberian tanah dan di Selangor dalam kes kandang babi dan penjualan arak. Sekarang mereka boleh berbangga kerana Pulau Pinang sudah dikuasai sepenuhnya oleh mereka dan mereka boleh melakukan apa sahaja dengan acuan mereka sendiri. Walaupun kita mendengar bahawa pemerintahan yang diinginkan oleh LGE adalah pemerintahan yang mengambil model Khalifah Umar Abdul Aziz, namun yang penting adalah kuasa politik sudah mereka miliki. Apa jua bentuk model pemerintahan yang diinginkan boleh bertukar dalam sekelip mata.

Di dalam perkiraan mereka, PRU13 nanti PR berpeluang untuk memenangi pilihanraya dengan syarat PM Najib gagal untuk menarik pengundi Melayu dan India. Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh PM Najib walaupun lebih bersifat untuk memberikan layanan yang lebih adil kepada mereka telah tidak diendahkan bahkan mereka lebih melihat perkara itu sebagai satu ancaman kepada mereka. Hakikatnya yang patut risau adalah orang Melayu kerana dengan konsep 1Malaysia ini, perkongsian yang dikatakan adil sebenarnya tidak adil kepada mereka.

Mereka sebenarnya cemburu dengan kaum mereka di Singapura. Mereka akan sentiasa berfikir dan merancang bagaimanakah hendak menguasai kuasa politik di Malaysia ini yang majority penduduknya adalah Melayu dan mempunyai Raja-Raja Melayu. Antara strategi yang mereka rancang ialah dengan mencabar kuasa Raja-Raja Melatyu di Mahkamah sepertimana berlaku di Perak. Mereka juga berusaha untuk memenangi hati pengundi Cina dengan harapan rakan-rakan mereka di dalam PR akan memenangi hati pengundi Melayu.

Dalam analisa ini, siapakah yang bijak dan siapakah yang kurang bijak? Jika saya yang memberi jawapan, yang bijak adalah DAP, MCA, GERAKAN dan yang kurang bijak adalah UMNO, PKR dan PAS. MIC adalah paling bijak.

No comments: