SAHABAT BLOG

20 April 2010

Akujanji Pilihanraya

Lazimnya, setiap kali pilihanraya diadakan samada Pilihanraya Umum ( PRU ) ataupun Pilihanraya Kecil ( PRK ), kita akan mendapati setiap parti yang bertanding akan berusaha untuk memenangi pertandingan sehinggakan mereka sanggup untuk melakukan apa sahaja demi untuk memperolehi undi daripada para pengundi. Keghairahan @ kegilaan berkempen itu telah menyajikan para pengundi dengan pelbagai janji manis yang kadang-kadang tak tercapai dek akal untuk memikir kelogikannya.

Ramai rakyat yang faham dan tahu bahawa itu semua hanyalah janji-janji pilihanraya, namun demikian masih ramai lagi yang telah termakan dengan janji-janji tersebut sehingga mendorong mereka memilih calon parti yang berjanji berkenaan. Bagi orang Islam tidak salah untuk berjanji jika sekiranya disandarkan kepada Allah dengan menyebut “Iinsyaallah”, tetapi bagi calon-calon yang bukan Islam bagaimana?. Ada juga parti yang membawa masuk pelbagai projek-projek ke kawasan pengundian seperti upacara pecah tanah, replika cek dan sebagainya bagi menunjukkan kesungguhan mereka untuk membantu rakyat. Kebiasaanya parti-parti yang membentuk kerajaan yang akan bertindak sedemikian. Projek-projek yang dibawa masuk semasa kempen ini kelihatan seolah-olah projek kerajaan, namun hakikatnya ianya adalah satu bentuk kempen bagi calon dan parti mereka yang bertanding. Jika mereka menafikannya, cuba tanya kenapa sebelum ini projek-projek berkenaan tidak dibuat. Perkara ini amat jelas berlaku apabila berlakunya sesuatu PRK. Kadang-kadang tanah yang dipecahkan itu dibiarkan begitu sahaja sehinggalah datang pilihanraya yang berikutnya. Inilah antara bentuk kempen yang menjadi strategi kepada parti-parti yang bertanding di dalam pilihanraya. Menabur janji adalah senjata paling ampuh untuk memenangi hati para pengundi.

Akujanji adalah satu perakuan bertulis yang dibuat oleh sebelah pihak bagi menyatakan kesungguhan mereka apabila mereka membuat janji. Pihak yang membuat Akujanji hendaklah secara prinsip dan undang-undangnya mematuhi segala janji-janji yang telah dibuatnya dan diperakukan secara bertulis itu. Jika tidak suatu tindakan undadng-undang boleh diambil terhadadp mereka. Keberkesanan Akujanji ini bagi menambat pihak-pihak yang berjanji tidak perlu diragui lagi dengan syarat Akujanji berkenaan hendaklah dibuat dengan teliti dan bersungguh-sungguh. Oleh yang demikian, sudah sampai masanya saya fikir rakyat dan pengundi memohon supaya parti-parti yang berkempen pilihanraya samada PRK ataupun PRU membuat suatu Akujanji apabila mereka hendak membuat janji dalam kempem mereka. Tanpa surat Akujanji ini, rakyat hendaklah menolak segala-janji-janji yang dilontarkan kerana belum tentu mereka akan mengotakan janji-janji yang dibuat tersebut. Saya percaya berkemungkinan besar akan ada para calon cuba mengelak untuk mengadakan Akujanji. Rakyat hendaklah menolak calon-calon ataupun parti yang cuba mengelak ini kerana cubaan untuk mengelak itu membukatikan bahawa mereka hanya bercadang hendadk menabur janji-janji kosong semata-mata. Sudah sampai masanya rakyat mulai sedar bahawa mereka semua adalah pengundi-pengundi alaf baru yang tidak mudah termakan dengan janji-janji kosong pilihanraya.

Sebagai satu produk ataupun inisiatif modal berkempen, para calon ataupun parti-parti yang bertanding bolehlah mengadakan satu majlis menandatangani Surat Akujanji dengan disaksikan oleh rakyat. Saya percaya parti-parti yang bertanding sudah tentu bimbang dan risau untuk menabur janji yang tidak mampu ditunaikan di dalam Surat Akujanji mereka kerana mereka sedar bahawa kesannya sudah pasti akan mendatangkan masalah kepada mereka.

Kesimpulannya, sudah sampai masanya rakyat diberikan satu bukti yang kukuh yang boleh dipegang oleh rakyat bagi menuntut segala janji-janji pilihanraya yang telah dibuat oleh para calon semasa berkempen. Surat Akujanji adalah satu penyelesaian terbaik yang boleh menghadkan janji-janji para calon supaya menjurus kepada janji-janji yang mampu untuk ditunaikan. Jika tidak, kita akan dapati pelbagai janji ditaburkan semasa berkempen sehingga rakyat terpengaruh dan apabila sudah menang rakyat akan dilupakan janji-jani hanya tinggal janji sahaja dan tiada tindakan boleh dilakukan kepada calon-calon kerana janji-jani palsu. Masih ingatkah lagi kepada seorang pengundi yang menyaman sebuah kerajaan kerana tidak menunaikan janji pilihanraya, dan apa sudah jadi kepada kes berkenaan.

Surat Akujanji ini jika diamalkan, aku percaya ianya cukup berkesan untuk menyakinkan pengundi supaya memilih calon dan parti yang boleh memberi perakuan janji yang lebih baik berbanding calon lawan.

No comments: