Penginapan 4 bilik Tidur 2 bilik air dan 3 buah alat hawa dingin. Hubungi Hj. Sukri (0192120509) & Pn. Fatimah (01111491054) www.wasap.my/+60192120509/Assalam untuk tempahan.
SAHABAT BLOG
09 February 2010
Kepentingan NGO Islam
Diketika pemimpin kerajaan sedang rancak memikirkan strategi bagaimana hendak memenangi hati pengundi agar mengundi mereka dalam PRU13 nanti, firasat saya mendapati bahawa peranan NGO Melayu cukup penting sebagai badan yang bertindak sebagai pemantau bagi memastikan agar kerajaan tidak mengabaikan hak dan kepentingan orang Melayu. Para pemimpin Melayu perlu disedarkan jika sekiranya mereka terlalai dalam keghairahan mencari sokongan kaum bukan Melayu untuk meraih undi agar mereka tidak secara sengaja atau tidak sengaja mengadai hak dan keistemewaan orang Melayu. Ada kalanya tanpa mereka (Pemimpin UMNO) sedari bahawa banyak tindakan mereka yang telah menguris hati dan perasaan pengundi melayu yang selama ini menyokong mereka terutama pengundi yang tidka berparti ataupun pengundi atas pagar. Para pengundi ini mengharapkan agar NGO-NGO Melayu dapat menjadi JUARA mereka untuk memberi peringatan kepada UMNO agar UMNO tidak terlalu ghairah melakukan dasar yang dilihat membelakangkan kepentingan orang Melayu.
Sehubungan itu, saya mengharapkan lebih ramai ahli-ahli parlimen Melayu yang boleh menjadi wakil kepada pengundi tidak berparti ini supaya suara-suara mereka dapat didengar di dalam dewan rakyat. Ramai di kalangan penyokong tidak berparti ini yang sudah bosan dengan para pemimpin UMNO, tetapi diketika yang sama mereka juga tidak pernah merestui perjuangan PAS dan PKR. Mereka (pengundi tidak berparti ) sekarang berada di dalam dilema. Saya percaya ramai dikalangan pengundi tidak berparti Melayu yang mengharapkan YB Zulkifli Nordin, YB Zaharin dan lain-lain YB agar mengikuti jejak langkah YB Ibrahim Ali menyertai NGO Melayu seperti PERASA, GPMS, BBPM, dan lain-lain lagi. Biar suara NGO Melayu bergema di dalam dewan rakyat melalui MP bebas ini. Ini yang menjadi harapan saya dan saya percaya ramai lagi diluar sana yang bersetuju dengan saya. Diketika yang sama sokongan hendaklah diberikan kepada parti melayu yang dilihat mampu untuk menjadi pembela kepada nasib orang melayu dan Agam Islam . Setakat ini dapat saya lihat UMNO yang mampu untuk menjadi parti yang boleh diharapkan untuk membela nasib bangsa dan agama Islam, cuma masalahnya ramai dikalangan para pemimpinnya yang perlu dimuhasabahkan dan dibudayakan semula supaya kembali kepada teras asal perjuangan mereka. Menubuhkan sebuah lagi parti orang Melayu adalah tidak sesuai kerana tindakan ini dilihat akan memecahkan lagi undi melayu.
Apa yang penting, NGO-NGO Melayu hendaklah memastikan kerajaan BN sedar bahawa Negara kita ini adalah Negara yang berasaskan Melayu Islam ataupun “ Base Malay Muslim”. 66.7 peratus adalah bumiputera yang hampir 99 peratus adalah Islam. Setiap dasar ataupun strategi Negara seharusnya mengambil kira peratusan ini. Memang diakui bahawa sekarang ini tidak timbul lagi siapa pendatang dan siapa tuan rumah, tetapi peratusan yang saya nyatakan itu hendaklah diambil kira sebagai asas untuk memberi imej dan gambaran kedudukan kaum di Negara kita yang paling penting sebagai asas dalam pembentukan dasar kerajaan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment