Lama saya tak menulis di sini. Kadang-kadang malas nak menulis, tetapi demi matlamat utama iaitu untuk tatapan anak cucu dikemudian hari, saya gagahi juga menulis. Dalam masa beberapa hari ini telah berlaku beberapa peristiwa penting dalam Negara yang rasanya rugi jika tidak diberikan serba sedikit ulasan.
1. Pemansuhan PPSMI
Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris akan dimansuhkan sepenuhnya dalam tahun 2012. Ianya dimulakan semasa zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir pada 2003. Saya percaya objektif perlaksanaannya amat menarik sehinggakan persetujuan dicapai dalam masa yang singkat. Namun demikian facilities ataupun kemudahan untuk perlaksaannya sungguh tidak berkesan. Oleh itu berdasarkan kajian secara mudah yang saya lakukan terhadap pencapaian anak-anak saya dalam matapelajaran Matematik dan Sains yang diajar dalam bahasa Inggeris amat merosot sekali, amat wajar dasar ini dihapuskan serta merta dan bukannya tunggu 2012. Anak saya bersekolah di sekolah Bandar di KL, tetapi masih teruk pencapaiannya. Oleh itu bagi saya tak ada beza mana kalau nak dibandingkan sekolah Bandar dengan luar Bandar. Saya tanya mereka bagaimana mereka menjawab soalan peperiksaan matematik dan sains, mereka cakap “ baham rambang” je maksudnya mereka main “tembak” je jawapan. Itu pasal markah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut tak pernah melebihi 40%. Kalau dah tak faham soalan, macamana nak berikan jawapan. Kalau BI lemah, macamana nak belajar.
Memang tersangat wajar PPSMI dihapuskan, kerana saya anggap bahawa matematik dan sains ini bukannya satu matapelajaran yang mudah walau diajar dalam bahasa apa sekalipun. Kebanyakan pelajar yang meguasai matematik dan sains dikategorikan sebagai eplajar cerdik. Namun demikian, sekurang-kurangnya jika diajar dalam bahasa yang difahami, maka para pelajar taklah menjadi begitu bodoh dan dungu hingga tak tau apa-apa dalam matematik dan Sains. Kalau dikatakan banyak journal terbit berhubung Matematik dan Sains di tulis dalam Bahasa Inggeris, maka para pelajar perlu dimantapkan penguasaan bahasa Inggeris dan Sains mereka sedari kecil lagi. Bagaimana caranya, ini yang perlu difikirkan bersama, apa yang penting, kemudahan dan kaedah hendaklah diambilkira dalam penetapan objektif. “ Ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga”.
“ Rabu lalu, kerajaan mengumumkan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan akan kembali dijalankan dalam bahasa Melayu berkuatkuasa 2012”.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengajaran dan pembelajaran dua mata pelajaran itu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) pula akan dijalankan dalam bahasa ibunda masing-masing”
. http://www.malaysiakini.com/news/108500
2. Pilihanraya di Manek Urai
Keputusan dah diketahui bahawa PAS menang dengan majority tipis iaitu 65 undi. Sesuatu yang tidak dijangkakan. Kemenangan PAS memang dijangkakan tetapi majority yang sedikit memang tidak dijangkakan termasuk dipihak UMNO ataupun PAS. Ada pemimpin PAS kata kurang majority ini disebabkan politik wang yang dimainkan oleh pihak UMNO. Mereka tak ada main politik wang ke? PM kata itu menandakan sokongan rakyat dah mula bersinar dalam BN. Kepada PAS, muhasabah diri dulu, jika diri sendiri tak ada salahnya, barulah salahkan kepada orang lain. Kepada PM, mungkin ada benarnya, tetapi mungkin pada aku sebenarnya rakyat bukan membulatkan sokongan mereka kepada BN tetapi usaha gigih petugas BN yang membuahkan hasil di Manek Urai. Tidak seperti penyokong PAS, walau apapun yang terjadi, mereka tetapi akan undi PAS. Petanda dari pilihanraya ini, rakyat masih boleh dipujuk untuk menyokong BN jika kena dengan gayanya. Mereka bukannya benci total kepada BN. Oleh itu harapan untuk BN kembali bernafas dalam PRU 13 nanti masih ada, walaupun jika dilihat petanda-petanda dalam PRK yang telah diadakan seolah-olah BN akan menjadi sejarah sahaja dalam PRU 13 nanti. Sebenarnya banyak ruang yang BN boleh terokai untuk memenangi kembali hati rakyat. Yang penting cuba kenal pasti apa punca rakyat benci sangat kepada BN dan penca-punca tersebut hendaklah dihapuskan. Itu aje, rakyat bukannya suka sangat kepada parti pembangkang yang entah apa-apa tetapi oleh kerana benci kepada BN, maka mereka terpaksa pilih pembangkang sebagai tanda protes.
Abe Uji tak boleh lagilah menjadi peraih ikan. Banyak kerja yang perlu beliau lakukan sebagai wakil rakyat. Pertama sekali beliau kena muhasabah diri bahawa beliau sekarang adalah wakil kepada rakyat di Manek Urai. Oleh itu jatuh bangunnya Manek Urai terletak dibahu beliau. Beliau kena memainkan peranan untuk memastikan Manek Urai mendapat segala pembangunan yang sepatutnya dinikmati. Beliau perlulah menjadi wakil untuk memohon segala macam peruntukkan untuk membangunkan Manek Urai. Kalau jambatan yang diperlukan. Maka pohon peruntukkan. Jika tanggungjawab membina jambatan itu datang daripada kerajaan pusat, maka beliau perlu membuat permohonan kepada kerajaan pusat. Penduduk Manek Urai tak boleh menagih janji BN ditunaikan kerana mereka kena muhasabah diri bahawa BN ditolak di Manek Urai. Oleh itu jika dah ditolak, tidak ada tanggungjawab untuk BN memenuhi janji pilihanraya mereka.
Kalau nak juga peruntukkan daripada kerajaan pusat, maka penduduk Manek Urai hendaklah beramai-ramai pergi kepada Abe Uji untuk menyuarakan permintaan mereka. Kekalahan ini juga memberi makna disebabkan seramai 65 orang penduduk Manek Urai menolak BN, maka jambatan dan segala pembangunan yang dijanjikan oleh parti BN berkubur begitu sahaja. Tidak tahulah siapa antara mereka, tetapi inilah gambarannya. Mungkin juga 65 orang pengundi terakhir yang memilih PAS ataupun 65 orang pertama yang memilih PAS.
“Dalam pilihan raya kecil itu semalam, Mohd Fauzi memperoleh 5,348 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, seorang pengurus Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) memperoleh 5,283 undi”.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090715163318/Article/index_html
Pemakan budu tegar memang susah untuk dijangkakan. Apa yang kita harapkan dan jangkakan, lain yang jadi. Sebenarnya tak ada silapnya pada budu, malah ada kajian mengatakan bahawa ramai cerdik pandai di Kelantan kerana penangan budu.
Jika kurang berselera, maka pergilah cepat-cepat cari budu.
3. Perbicaraan Liwat DSAI
Perbicaraan telah ditangguhkan beberapa kali. Perbicaraan sebenarnya kes liwat belum lagim duputuskan bila nak dimulakan, sekarang ni masih dalam proses perbicaraan untuk memperolehi bukti.. itupun ditangguhkan beberapa kali. Aku tak dapat nak buat kesimpulan berhubung perkara ini. Namun demikian, berat rasa hati aku mengatakan pasti ada sesuatu yang berlaku antara DSAI dengan Saiful. Apakah perkara itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dalam soal berkaityan nafsu ini, sebenarnya sukar untuk membuat tekaan berdasarkan bukti luaran semata-mata. Bukan sedikit orang-orang ternama yang kecundang disebabkan nafsu. Nafsu ini sesuatu yang sukar untuk ditewaskan, hinggakan Nabi S.A.W. pun pernah bersabda bahawa jihad yang paling utama adalah jihad melawan nafsu. Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang dengan cepat untuk mengatakan bahawa DSAI itu tidak bersalah perlulah mengambilkira sabda Nabi S.A.W. ini.
“ KUALA LUMPUR: Permohonan Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes liwatnya daripada pendakwa raya ditangguhkan sementara kepada jam 2 petang ini” http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090715094352/Article/index_html
4. Keutuhan Parti PAS, DAP dan PKR dalam PR.
Hubungan yang terjalin dalam PR didasarkan kepada satu objektif sahaja iaitu untuk menumbangkan kerajaan BN. Oleh itu ikatan antara mereka cukup rapuh sekali namun demikian mereka masih bersatu disebabkan objektif mereka masih belum tercapai. Apabila tercapai objektif tersebut, aku percaya akan berlakulah perpecahan yang akan memporak perandakan Negara. Oleh yang demikian, kepada penyokong-penyokong PR, mereka hendaklah mendesak agar para pemimpin mereka agar bersatu dibawah satu matlamat perjuangan yang sama. PAS, DAP dan PKR hendaklah menjadi sebuah parti yang mempunyai satu perlembagaan dan satu ketua. Jika sekarang ini, PR hanya memiliki seorang penasihat sahaja iaitu DSAI sedangkan tidak jelas siapa sebenarnya yang memimpin PR sebenarnya. Jika sesuatu berlaku terhadap DSAI, sudah tentu akan berlaku perebutan kuasa antara para pemimpin parti-parti dalam PR untuk memerintah Negara kerana mereka mempunyai matlamat yang amat jauh berbeza. DAP dan PAS umpamanya amat berlawanan sekali dasar perjuangan mereka. Kesimpulannya, selagi mereka tidak bersatu membentuk satu parti, maka rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang cukup bahaya selepas PRU 13 jika sekiranya BN tumbang.
“ Wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan PAS Kedah.Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong BN tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.Lee, ADUN Kota Darul Aman itu, memberitahu Bernama, pendirian DAP negeri untuk keluar dari pakatan pembangkang Kedah telah dimaklumkan kepada DAP pusat menerusi sepucuk surat dua hari lepas."Bagaimanapun, kita tidak menghantar surat kepada Menteri Besar Kedah (Datuk Seri Azizan Abdul Razak)," katanya kepada Bernama hari ini”.
http://www.malaysiakini.com/news/107764
No comments:
Post a Comment