CATATAN PERIBADI

16 July 2009

tEGURAN kEPADA GMI

“ PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, awal bulan depan”
. http://www.malaysiakini.com/news/108581

Aku hairan betul kepada mereka-mereka yang Anti ISA seperti Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI ). Apa masalahnya mereka ini, adakah disebabkan beberapa siri tangkapan dan tahanan yang dilakukan oleh kerajaan menyebabkan mereka anti kepada akta ini yang begitu besar jasanya dalam menjaga keselamatan Negara. Parti mana sekalipun yang menjadi pemerintah pastinya memerlukan suatu akta pencegahan untuk mencegah sesuatu tindakan yang boleh menyebabkan kerosakan yang besar kepada Negara. Bukankah Mengubat itu lebih baik dari merawat. Semua orang tahu akan perkara ini. Mereka yang tak suka kepada ISA ini adalah mereka yang mempunyai iltizam yang cita-cita besar untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada dengan apa cara sekalipun. Antara cara-cara dayus yang difikirkan oleh mereka adakah mengadakan pelbagai rusuhan dan demonstrasi bagi mengerakkan rakyat membuat penentangan kerana mereka sentiasa sahaja tidak berpeluang untuk menjatuhkan kerajaan melalui cara yang sah seperi Pilihanraya Umum.

Jika tidak ada satu akta pencegahan seperti ISA, bagaimanakah kerajaan hendak mengawal sesuatu aktiviti-aktiviti yang boleh mengancam Negara. Nak harapkan kepada mahkamah, lihat sajalah bagaimana proses mahkamah dijalankan, Asyik jamin, tangguh . Dalam masa jaminan dan penangguhan itu, pelbagai perkara boleh berlaku. Dalam sehari sebuah Bandar boleh musnah. Oleh itu jika mereka nak ISA dihapuskan, adakah cadangan daripada pihak yang anti ISA ini untuk memperkenalkan suatu akta yang boleh mencegah sesuatu perkara buruk yang bakal berlaku kepada Negara. <<<>>>> , nak musnah je mereka tau, tapi nak bangunkan sesuatu mereka tiada idea.
Janganlah disebabkan kebanyakan yang kena tahan ISA itu adalah para penyokong mereka, maka ISA itu nak dihapuskan. ISA bukan sahaja menahan orang politik sahaja, dia juga menahan mereka yang dikesan boleh mengancam keselamatan Negara. Penahanan mereka bagi membolehkan ancaman diredakan supaya kerajaan dapat melakukan sesuatu agar ancaman tidak merebak. Contohnya seperti HINDRAF. Disebabkan lambat bertindak menahan para pemimpin HINDRAF, maka keselamatan Negara terancam buat seketika. Rusuhan telah dilakukan walaupun secara kecil-kecilan, namun ianya telah merosakkan bukan sahaja harta benda tetapi imej Negara. Jika lambat lagi ditahan, aku fikir rusuhan bakal makin merebak hingga keseluruh Negara. Bayangkan ketika itu,apa yang boleh terjadi. Mereka yang anti ISA ni tak reti nak bayangkan ke???? jika para pemimpin itu ditahan ataupun ditangkap oleh polis dan ditahan reman, paling lamapun mereka boleh menahan selama 14 hari. Itupun berserabut penuh dengan peguam yang akan membela mereka. Apabila bebas dari tahanan reman, apa jaminan mereka tidak mengerakkan lagi ancaman mereka. Kalau 10,000 yang merusuh, adakah semuanya nak ditahan reman. Oleh itu tahanan ISA adakah langkah yang paling berkesan untuk mencegah kerosakan yang lebih buruk.

Mungkin ada diantara tahanan ISA itu terdiri daripada mereka yang tidak bersalah. Namun aku percaya, sebelum seseorang itu ditahan ISA, sudah semestinya pihak polis akan memberikan darjah keseriusan ancaman yang dilakukan oleh individu tertentu. Takkan semuanya nak ditangkap dan ditahan dalam ISA. Namun manusia mana nak mengaku berak di atas Jalan. Begitu juga mereka yang melakukan kesalahan, sudah pasti mereka akan mengatakan mereka tidak bersalah dan teranaiya.

Kesimpulannya, suatu akta pencegahan seperti ISA ini teramat perlu bagi Negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Namun demikian, pihak kerajaan hendaklah mempunyai darjah ataupun kreteria yang lebih jelas kesalahan-kesalahan yang boleh dikenakan tahanan ISA supaya rakyat tidak keliru dan dan boleh mengenalpasti kesalahan yang bagaimanakah yang boleh dikenakan tahanan ISA. Kepada mereka yang tersangat anti kepada ISA, fikirlah bahawa jika suatu ketika mereka memegang tampuk pemerintahan, bagaimanakah mereka hendak mengambil tindakan untuk mencegah sesuatu gerakan ataupun benih-benih ancaman terhadap Negara. Fikir biar habis, jangan fikir sekerat-sekerat dan janganlah disebabkan sesuatu perkara itu tak berpihak kepada kita, maka kita malas nak fikir sampai habis.


Jika ada yang tersinggung dengan catatan ini,saya minta maaf.

2 comments:

  1. Pokoknya saudara tindakan menangkap boleh sahaja tetapi perlu suatu perbicaraan.Kalau tiada perbicaraan apakah pasti ada pembelaan dan membuktikan kesahihan tuduhan.
    Itu saja....

    ReplyDelete
  2. Terima kasih puan kerana memberikan ulasan. Pembicaraan itu penting untuk ke adilan, namun kena ingat sesuatu proses perbicaraan itu bukannya hari ini sebut kes dan besok jatuh hukuman, kadang-kadangnya ambil masa lama. Lihat sahajalah kes DSAI, asyik tangguh saje. Jadi dalam tempoh tangguh dan jamin itu, pelbagai ancaman boleh mereka cetuskan yang akhirnya negara teramcam.

    ReplyDelete