CATATAN PERIBADI

06 July 2009

aLI bABA pOLITIK


Awang Selamat: Melayu sudah diambang kejatuhan...
Jul 5, 09 11:52am
Kolumnis kontroversi, Awang Selamat, mendakwa belum lagi DAP dan PKR berkuasa, Melayu sudah diambang kejatuhan."Bayangkan nasib Melayu nanti," tulisnya dalam kolum tetapnya dalam Mingguan Malaysia, Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat.Awang Selamat mendakwa, belum lagi berkuasa, mereka (DAP dan PKR) sudah rakus melumpuhkan struktur Melayu."Apabila mereka berkuasa, jangan terkejut - Melayu akan kembali dijajah oleh parti yang membawa pemikiran Yahudi," tulisnya.Menurutnya, sememangnya makin kuat kebimbangan masyarakat Melayu terhadap percaturan politik pembangkang, khususnya DAP, yang menurutnya dibantu oleh PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim "untuk memecahkan asas kenegaraan dan realiti sejarah di negara ini kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan".Lebih menyedihkan lagi, tulisnya, perjuangan DAP mendapat simpati pemimpin PAS, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menurutnya lebih percayakan DAP berbanding parti Islam yang lain."...kerana beliau mudah tertipu atau sengaja merelakan dirinya tertipu demi mempertahankan ego politiknya," tulisnya lagi.Menurut Awang Selamat lagi, banyak lagi perkara yang beliau bimbangkan, terutama institusi raja yang kini didakwanya sentiasa diperlekehkan."Malah sudah ada gerakan tersusun untuk membubar dan menulis semula Perlembagaan negara. Apa maknanya ini semua?" soalnya.Katanya, selagi orang Melayu tidak sedar dan tidak bangkit bersatu menghalang percaturan berbahaya ini, "selagi itulah kita melihat makin banyak perkembangan yang menghakiskan kepentingan Melayu'.

Dipetik dari: http://www.malaysiakini.com/news/107858

Ulasan: Pindaan perlembagaan Tanahair telah biasa dilakukan, tetapi menukar perlembagaan tanahair dengan satu perlembagaan baru adalah sesuatu yang kelihatan mustahil untuk dilakukan kecuali jika berlaku sesuatu perkara luar biasa terhadap Negara sepertimana yang berlaku kepada Iraq.

Namun demikian, dalam keadaan biasa seperti sekarang ini, bukanlah suatu yang mustahil berlaku beberapa pindaan-pindaan yangmana pindaan-pindaan ini boleh merombak satu struktur pemerintahan Negara seperti contohnya, pemansuhan sistem beraja, keistemewaan Agama Islam dan Bahasa Melayu. Pindaan-pindaan besar ini hanya boleh dilakukan bilamana tampuk pemerintahan Negara bertukar daripada seorang yang berbangsa melayu dan agama Islam ataupun seorang yang Berbangsa Melayu dan beragama Islam tetapi telah dibeli secara tidak disedari. Ini saya namakan sebagai Ali Baba dalam Politik.

Mereka yang dipilih untuk menjadi Ali Baba politik ini bukan sebarangan pemimpin kerana bukan mudah untuk menukar minda Orang Melayu dan Minda Agama Islam dalam diri orang Melayu. Oleh itu, mereka akan menggunakan atau meng-Ali Baba-kan seorang pemimpin Melayu dan seorang Ulama Islam yang mempunyai pengaruh besar sesuai dengan masa sekarang. Pemimpin-pemimpin yang dipilih untuk diAli Baba-kan ini sebenarnya tidak sedar bahawa mereka telah diperangkap.

Perangai menjadi Ali Baba ataupun disebut sebagai proksi ini bukan sesuatu yang baru kerana ianya telah lama diamalkan dalam perniagaan dan juga kontraktor, dan telah banyak kali dibangkitkan dalam pelbagai seminar. Oleh itu, kepada peminmpin Melayu, hendaklah sentiasa ber-awas tentang perkara ini.

No comments:

Post a Comment