SAHABAT BLOG

07 January 2009

kEMALANGAN jALANRAYA

Kebanyakan kemalangan berlaku di selekoh-selekoh merbahaya disebabkan pemandu yang terbabas ataupun pemandu yang cuba memotong akan bertembung dengan kenderaan bertentangan. Oleh itu, dicadangkan dibuat halangan-halangan yang memaksa pemandu untuk tidak memandu laju dan juga memotong di selekoh-selekoh yang merbahaya. Contoh halangan adalah dengan membuat bongol-bongol yang memaksa pemandu memperlahankan kenderaan mereka. Kita ambil contoh di kawasan-kawasan perumahan, apabila ada bongol, pemandu terpaksa memandu dengan perlahan. Masalah yang mungkin timbul ialah berlaku kesesakan di kawasan selekoh. Itu masalah lain. Yang penting kenderaan dapat diperlahankan dan mereka yang suka memotong itu tidak dapat berbuat demikian. Kalaun setakat meletak patung polis, mana mereka takut atau pun gerun.
Lagi satu, kepada pemilik motorsikal. Aku cadangkan supaya pinggang mereka diikat kepada motor masing-masing. Tujuannya supaya mereka tidak mengelungsur ataupun tercampak ke hadapan apabila langgar bontot kereta hingga menyebabkan kecederaan kepada mereka. Namun demikian, jika pelanggaran itu sangat kuat, kedua-dua iaitu penunggang dan motor akan tercampak sekali.

No comments: