SAHABAT BLOG

07 January 2009

dAH bALIK hAJI

Sekarang ni kita akan bertemu kawan-kawan kita yang pergi menunaikan fardhu haji baru-baru ini. Kita akan mendengar pelbagai cerita yang diceritakan. Ramai antara mereka yang akan menyatakan" alhamdulillah, sihat betul le semasa di Tanah Suci, semua ibadat dapat disempurnakan". Bersyukur kepada Allah kerana memberikan mereka yang sihat itu kesihatan yang baik untuk melakukan ibadat haji dengan sempurnanya.

Sakit itu adalah penghapus dosa kecuali dosa besar. Oleh itu kepada sesiapa yang jatuh sakit dan hadapi banyak halangan semasa di Tanah Suci, janganlah bersedih kerana itu sebenarnya dugaan Allah dan sebagai satu cara Allah nak ampunkan dosa-dosa kita. Bukanlah bermakna mereka yang sihat itu tidak diampunkan dosa-dosa mereka oleh Allah. Mungkin juga kesihatan yang baik itu adalah satu rezeki dan rahmat Allah terhadap mereka dan juga ujian dari Allah S.W.T.

Apa yang ingin saya nak katakan bahawa, kesakitan itu adalah penghapus dosa-dosa kecil dan bukan senang Allah hendak menerima haji seseorang itu tanpa diuji dengan pelbagai ujian. Kesakitan itu mungkin juga salah satu ujian dari Allah S.W.T dan sihat itu juga mungkin ujian dariNya untuk melihat sejauhmana hambanya menggunakan tubuh badan yang sihat itu untuk perkara-perkara yang baik. Jangan pulak nanti ada yang diberikan tubuh badan yang sihat, tetapi malas nak ke masjid dan juga malas nak membantu sesama jemaah, tetapi asyik sibuk membeli belah ke sana kemari.

No comments: