Akhbar tempatan beberapa hari yang lalu memperkatakan berkenaan Ujian HIV kepada bakal-bakal pengantin Islam mulai Januari 2009. Ujian ini akan menjadi salah satu syarat yang mesti dipenuhi noleh bakal-bakal pengantin Islam apabila mereda ingin menditrikan rumahtangga. Jika sebelum ini bakal pengantin Islam diwajibkan untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga, kini mereka diwajibkan pula mengikuti ujian HIV.
Pada ketika yang sama, persoalan kenapa Artis Wanita popular tanahair dan pemain bolasepak kebangsaan melangsungkan perkahwinan mereka di Thailand. Saya fikir ini disebabkan mereka tidak mahu menghadiri kursus Pra-Perkahwinan yang diwajibkan kepada pasangan Islam Malaysia yang ingin berkahwin. Pada mereka , sebagai selebriti terkenal tanahair, sudah pasti apabila menghadiri kursus berkenaan, maka berita bahawa mereka nak bernikah akan tersebar luas. Oleh itu sebagai jalan mudah, mereka pun berkahwinlah diluar Negara (Thailand). Ini adalah andaian mudah saya kerana, yang mempunyai sebab dan alasan sebenaer hanyalah pasangan berkenaan sahaja.
Berbalik kepada isu ujian HIV yang bakal diwajibkan kepada pasangan Islam, adakah ini akan memberikan kesan tertentu kepada remaja-remaja Islam yang belum berkahwin. Sudah semestinya ianya akan memberi kesan. Masalah keruntuhan akhlak remaja Islam sekarang ini masih belum lagi dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Pergaulan bebas dan mengamalkan seks bebas sedang berleluasa, Cuma tak dapat dikesan sahaja. Apabila dah mengamalkan seks bebas, andaian bahawa kemungkinan untuk dijangkiti HIV adalah tinggi. Apabvila remaja ini hendak berkahwin, mereka kena menjalani ujian HIV. Oleh kerana remaja-remaja ini pernah menjalani kehidupan bebas sebelum ini, maka mereka sudah pasti bimbang untuk membuat ujian HIV. Apabila mereka tidak menjalani ujian HIV, maka mereka tidak akan berkahwin. Bila mereka tidak berkahwin, maka tinggallah mereka hanyut dalam pergaulan bebas dan seks bebas. Jika semakin ramai yang mengambil keputusan untuk tidak menjalani ujian HIV kerana bimbang dikesan sebagai pembawa HIV, maka zuriat Islam tidak dapat dikembangkan. Pada ketika yang sama, zuriat kaum-kaum lain semakin berkembang. Ini sudah menjadi langkah perancangan keluarga terancang kepada penduduk Islam di Malaysia.

No comments:
Post a Comment