CATATAN PERIBADI

30 December 2008

tALI pINGGANG mOTOR

Kadang-kadang aku terpikir untuk ikat pinggang aku semasa naik motor. Maksud aku dengan mengcangkut tali pinggang aku dengan tali kepada sesuatu di bahagian belakang motor aku sebagai langkah keselamatan bila aku terpaksa membrek secara mengejut ataupun terlanggar sesuatu supaya aku tidak mengelungsur ke depan. Sekarang ini aku dapati, bila sahaja aku terlanggar sesuatu ataupun terpaksa membrek secara mengejut, sudah pasti aku akan mengelungsur ke depan. Maknanya punggung aku tak ada satu penahan yang membolehkan ianya tetap tegap di kusyen motor aku. Jika pelanggaran itu kuat, kebiasaannya penunggang akan secara outomatik akan tercampak ke depan. Kalau kita pernah melihat insiden perlanggaran motor dengan kereta, kebiasaannya penunggang motor akan tercampak ke atas bonet kereta kerana tidak ada sesuatu penahan yang boleh menghakang mereka dari tercampak. Walaupun dalam kelajuan yang antara 50 km perjam, boleh dikatakan 100% mereka akan tercampak ke depan.
Namun demikian, aku masih tidak memrealisasi impian aku itu kerana aku tidak mahu mem buat percubaan. Oleh itu aku mengharapkan pihak berkuasa yang sentiasa menguji keselamatan jalanraya hendaklah membuat ujian tentang perkara ini. Aku akan hantar e-mail cadangan kepada pihak yang berkenaan berkenaan perkara ini.

No comments:

Post a Comment