CATATAN PERIBADI

30 December 2008

lOAN kERETA bOLUM sAIP wOOOO

hAI...lambat betullah BIMB proses permohonan pinjaman kereta aku,. Aku dah submit pada 15/12/2008, tetapi hingga kini tak ada apa-apa yang aku kena tandatangan. Bayaran muka sebanyak RM3,680.00 dahpun aku jelaskan kepada pihak penjual kereta. Pihak penjual kereta dah tak sabar nak selesaikan perkara ini, tetapi pihak BIMB pulak lengah-lengahkan.
Kalau macam ni, macamana nak bersaing dengan pihak institusi lain. Nak kata tak cukup pegawai yang buat kerja, tak munasabah pulak kerana tidak sepatutnya perkara ini berlaku. Setiap kali aku tepon, samada talian sibuk ataupun tak ada orang angkat.
Kereta tu sebenarnya aku nak kasi kepada adik perempuan aku. Kesian jugak kat dia kerana dia taklah bernasib baik macam aku dan adik beradik dia yang lain. Dia hanya bersekolah setakat darjah 6 sahaja kerana keluarga tidak mampu nak tanggung ke sekolah menengah. Aku dan adik lelaki aku bayar muka, manakala aku buat loan. Bayaran bulan-bulan biar suami adik perempuan aku bayar.
Aku tak tahulah kenapa payah sangat hal ini nak selesai. Aku cuma nak tolong adik aku sahaja. Nak buat perkara baik pun susah. Hari ini, itu cina penjual kereta dah telepon, tapi apa aku boleh cakap??

No comments:

Post a Comment