CATATAN PERIBADI

30 December 2008

bAIKI kERETA lAGI!!!

Semalam aku baiki power windows WAJA aku. Aku sangkakan rosak swotch je. tetapi bila dipasang switch baru, motor pulak rosak. terpaksa menukar motor baru. Itu hari pihak Proton dah cakap motor tu rosak, tetapi bila aku pakai masih ok lagi. Tetapi pada kali ini, rosak betul. Aku tak tahu pasal apa motor tu mudah sangat rosak. Ada sesetengah kereta tu, 5 tahun pakai tak pernah rosak. tetapi aku pakai baru 3 tahun dah rosak. Switch pulak dah 2 kali rosak. Ini kali ke dua aku tukar. Mungkin jugak switch tu asyik rosak kerana kena air hujan masa bukak pintu. Habis tu, nak buat macamana?
Aku tukar switch depan kanan yang ada kawalan power windows yang lain dengan harga RM150.00 satu. Tukar motor dengan harga RM140.00 satu. Asalnya cina nak jual RM150.00 bagi motor, tetapi aku minta kurang. Dulu dulu aku dah tukar swtich kanan depan dan belakang kanan dengan harga RM95.00 setiap satu.
Hai...tak tahulah selepas ni apa pulak yang rosak. Harap-harap tidak ada lagi yang rosak di tahun 2009.

No comments:

Post a Comment