SAHABAT BLOG

11 November 2008

tEMUDUGA

Hari ini, aku menerima surat dari Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk satu temuduga bagi jawatan Pengurus “ Talent Sourcing “. Dalam pada aku mengharapkan jawatan tersebut, aku perlu sentiasa berfikiran positif persaingan pasti berlaku kerana semua calon-calon yang disenarai pendek mempunyai kelayakan yang diperlukan. Di samping itu juga aku kena positif bahawa sebagaimana amalan-amalan terdahulu, calon yang ‘favorite’ pasti akan mendapat tempat. Aku juga perlu positif bahawa walaupun sudah ada calon yang dicadangkan oleh pihak Pengurusan Sumber Manusia. Walaupun ada calon “favorite” , aku tidak patah semangat kerana aku percaya bahawa hanya Allah yang maha kuasa untuk menentukan siapa yang layak untuk menjawat jawatan tersebut. Aku pohon kepada Allah S.W.T, jika jawatan tersebut dapat memberikan kebaikan kepada aku dan keluarga aku, maka berikan kepada ku, tetapi jika jawatan itu akan memberikan kemudaratan kepada aku dan keluarga, maka berilah kekuatan kepada aku untuk mengatasinya dan ku anggap itu adalah ujian daripada Allah S.W.T. Baik atau buruk aku terima kerana Allah sahaja yang mengetahui kebaikan dan keburukan yang bakal terjadi.

Jika Allah menentukan bahawa aku yang layak, maka ia akan mengerakkan tangan-tangan pihak pengurusan untuk mencatit nama aku sebagai calon yang dipilih untuk jawatan tersebut. Sebagai persediaan dan akur bahawa sesuatu itu tidak diberikan tanpa berusaha, maka aku berusaha sedaya mungkin untuk mencari maklumat-maklumat berhubung Talent ataupun bakat dalam pengurusan sumber manusia.

Satu perkara yang aku ketahui bahawa, untuk mencari mereka yang sebenarnya layak untuk menjawat sesuatu jawatan adalah satu tugas sukar kepada pihak HR. Calon-calon yang lulus dalam proses temuduga belum tentu berbakat dan layak untuk jawatan yang dipohon. Oleh itu menjadi tugas Pengurusan Sumber Manusia merancang pelbagai strategi untuk memastikan para pekerjanya dibangunkan dan diberikan kemahiran dan latihan yang bersesuaian dengan bakat dan kebolehan yang mereka ada dan seterusnya menjadikan pekerja di organisasi tersebut adalah ’marketable’ dan memenuhi kehendak dan harapan pelanggan luaran dan dalaman.

Bagi membangunkan sumber manusia, beberapa strategi-strategi yang bersesuaian hendaklah dibentuk. Antaranya adalah:-

1. Membuat soal selidik dan kajian dikalangan anggota berkenaan kebolehan, kemahiran, dan bakat mereka dari masa ke semasa
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti, mengemaskini dan mengeksploitasi kebolehan dan kemahiran pekerja. Apabila semua banyak maklumat dikemaskini, banyak perkara boleh dilakukan seperti penempatan, latihan, kursus dan sebagainya.

2. Memastikan bakat dan kebolehan pekerja itu dibangunkan supaya dapat memberi manafaat kepada organisasi. Salah satu cara ialah dengan mengenalpasti bakat-bakat untuk dilatih dan diasuh supaya menjawat jawatan yang lebih mencabar.

3. Mengemaskini senarai tugas dan tanggungjawab pekerja supaya mereka dapat mengembangkan kebolehan dan bakat yang mereka ada dan bersesuaian dengan pasaran.

4. Mengadakan program perkembangan kerjaya kepada pekerja-pekerja yang terpilih supaya mereka mempunyai cita-cita dan wawasan yang lebih jauh ke hadapan dalam organisasi.
Mewujudkan prasarana dan kemudahan untuk melatih pekerja-pekerja termasuk tenaga pengajar yang terlatih dari dalam dan luar organisasi . Program latihan ini termasuk program attachment di mana-mana badan korporat yang lain.

5. Menghargai bakat, kebolehan dan kemahiran pekerja sebagai dengan dicadangkan untuk diberikan pampasan yang setimpal.

Inilah antara strategi-strategi yang aku fikirkan boleh dipraktikkan oleh sesebuah organisasi jika hendak melahirkan pekerja yang berbakaty dan “marketable”.

No comments: