SAHABAT BLOG

08 October 2008

pULANG kAMPUNG

Bersorak anak-anak aku bila aku kata nak pulang ke kampung. Acik yang berumur 3 tahun setengah itu pun bukan main gembiranya bila tahu kami nak pulang kampung. Raya kali ini aku pulang ke kampung agak lewat sikit. Aku pulang ke kampung pada 30 Ramadhan. Ini bermakna aku pulang di ketika keluarga aku dah buat persiapan untuk menyambut hari raya. Lemang-lemang dah siap di bakar bila aku sampai ke kampung. Along tak henti-henti bertanyakan bila kami nak pulang kerana beliau mungkin dah terasa suasana pulang ke kampung itu bila melihat rakan-rakannya sudah ramai yang pulang ke kampung. Kawan-kawan aku pun dah mula bertanyakan bila nak pulang ke kampung. Aku cakap, malam raya aku pulang. Malam 30 Ramadhan itu, aku pesan kepada isteri aku supaya mengemas barang-barang yang hendak di bawa pulang. Apabila semua barang dah siap di bawak masuk ke dalam kereta lebih kurang pukul 12.00 malam, aku dapati semua anak-anak aku dah tidur. Tak tahulah apa yang mereka mimpikan malam itu.

Pagi 30 Ramadhan, Along kami kejutkan untuk bangun sahur. Tetapi dia awal-awal lagi dah minta izin daripada aku untuk tidak puasa kerana katanya letih dalam perjalanan nanti. Pukul 6.00 pagi, semua anak-anak aku dah bangun dan bersiap-siap untuk pulang. Acik yang biasa menangis bila bangun pagi, nampaknya segar bugar kerana tahu ia akan pulang ke kampung.

Pagi itu, aku pergi hantar isteri aku dulu ke tempat kerjanya. Along dan Acik ikut dia, manakala Angah ikut aku ke pejabat. Isteri aku awal-awal lagi dah pesan bahawa dia akan kerja sampai jam 12.00 tengahari je. Manakala aku pulak bercadang nak tunggu sehingga jam 1.00 tengahari. Hanya Zamri sahaja yang datang kerja, manakala yang lain-lain dahpun cuti. Keadaan ini menyebabkan aku rasa nak segera pulang dan tak sempat tunggu jam 1.00 tengahari. Aku siapkan beberapa kerja dan pada jam 12.15 tengahari, aku pun cabut ke tempat isteri aku.

Kami bertolak dari Kuala Lum[pur kira-kira jam 12.30 tengahari. Jalan tidak begitu sibuk kerana ramai yang dah pulang ke kampung pada hari sebelumnya kerana sekolah pun bercuti pada 29 dan 30 Ramadhan. Sampai di Gombak, kami berhenti sekejap untuk membeli lemang dan serunding sebagai persediaan untuk berbuka dalam kereta. Along dah mula memujuk untuk berbuka. Aku izinkan beliau tak puasa kerana aku tahu cabaran bagi beliau cukup hebat. Acik dan Angah memang dah tak puasa, jadi mana mungkin beliau tahan.
Sepanjang perjalanan, suasana balik kampung cukup terasa kerana boleh dikatakan setiap stesen radio memainkan lagu raya. Anak-anak aku pulak asyik menyuruh memasang CD lagu raya yang aku beli semasa di Sabah dulu. Sampai di hentian rehat Temerloh, kami berhenti untuk sembahyang. Aku dapati orang ramai juga byang berhenti untyuk sembahyang dan berehat. Aku ambik masa untuk melelapkan mata selama lebih kurang 15 minit kerana aku begitu mengantuk. Maklum sahajalah memandu di bulan puasa dalam keadaan cuaca yang panas terik. Isteriku , along dan acik dah turun untuk ke tandas dan sembahyang. Hanya tinggal aku dan angah sahaja dalam kereta.

Lebih kurang 20 minit aku melelapkan mata, aku pun dikejutkan oleh along untuk sembahyang. Aku melilaun sekejap untuk memerhatikan sekeliling. Aku dapati ada sebuah gerai didirikan untuk menjual pelbagai kueh mueh. Aku cari juga kalau-kalau ada gerai lain yang menjual kueh atau aksesori pakaian raya yang lain. Nampaknya tiada.

Aku hanya menqasarkan sahaja sembahyang Zohor dan tidak buat jamak bagi sembahyang Asar kerana aku bercadang nak berhenti untuk sembahyang di hentian Kuantan. Aku bertolak kembali lebih kurang pukul 2.00 petang. Perjalanan menjadi lancar kerana tidak banyak kereta yang berada di Jalan raya. Di samping itu juga aku dah tidak mengantuk lagi kerana dah tidur walaupun sekejap. Tidur sekejap bila mengantuk cukup untuk mengembalikan tenaga.


Sampai di Hentian kuantan, azan sar berkumandang di Radio kereta aku. Aku cakap pada isteri aku bahawa masih sempat kita sembahyang di Cheneh Baru. Dia pun setuju. Anak-anak dah tidur. Lagu-lagu raya masih berkumandang di radio. Lagu nyanyian, Allahyarham Tan Seri P. Ramlee iaitu Dendang Perantau dan lagu Allahyarham Sudirman iaitu Dari Jauh Ku pohon kemaafan dan banyak lagi lagu-lagu raya menjadi pilihan juruhebah yang bertugas pada hari itu.

Kira-kira pukul 5.00 petang akupun sampai di Bandar Ceneh Baru. Aku berhenti untuk sembahyan bercadang nak isi minyak. Along dan acik berhenti untuk kencing manakala Angah masih tidur dalam kereta. Setleah selesai sembahyang, kira-kira jam 5.30 petang aku pun bertolak. Tak jadi nak isi minyak kerana aku bercadang nak gunakan kad kredit. Aku cakap dengan isteri aku nak isi minyak di Al Muktaffi Billah Shah. Dia pun setuju.

Saampai di Bandar Al Muktaffi Billah Shah, jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang. Hujan telah turun renyai-renyai. Aku isi minyak manakala isteri aku pergi belikan makanan dan minuman untuk anak-anak aku serta minuman untuk kami berbuka puasa. Aki isi minyak sebanyak RM 30.00 je. Aku cadang nak guna kad, tetapi kad pulak Off Line. Dari sini aku dapat pengajaran, kalau nak guna kad kredit , mesti isi minyak di KL saje.

Aku pandu kereta dengan berhati-hati. Angah tak sudah-sudah mendesak aku memotong kereta-kereta yang berada di depan kami. Dia tak kiira di garisan berkembar ataupun di selekoh. Oleh kerana tidak tahan dengan desakan dia itu, isteri aku telah memberikan cubitan berbisa kepada angah. Ah, apa lagi, segala macam sumpah seranah dihamburkan kepada mak dia. Memang perangai angah begitu, kalau dia kena sakit ataupun hajat dia tidak kesampaian, dia akan menyumpah seranah dan menggelar mak dia atau aku dengan pelbagai gelaran seperti Mak, Bodoh, Mak bengong, mak Jahat dan sebagainya. Perangai dia ni telah diikuti oleh acik. Tetapi aku pohon kepada Allah S.W.T. supaya perangai ini tidak akan dibawak bila dia besar nanti. Kalau tidak susah jadinya.

Sampai di Ajil, kira-kira jam 6.50 petang. Langit membiru dan seketika kemudian, hujan telah turun dengan lebatnya. Aku langsung tak nampak garisan pembahagi Jalan. Tetapi aku teruskan jua kerana aku mengjanghklakan bahawa kami masih sempat berbuka di kampung. Dalam keadaan hujan lebat itu, aku memandu dengan berhati-hati. Kami sampai di rumah di kampung Buluh kira-kira pukul 7.05 petang. Tanpa berlengah lagi, kami pun bergegas masuk ke dalam rumah. Pukul 7.12 minit malam, kedengaralan “ Allah Hu Akbar, Allah Hu Akbar” dari masjid yang berhampiran. Ini tandanya waktu berbuka. Telah tiba dan berakhirlah puasa kami pada tahun ini.

Apa yang menariknya, aku dan keluarga bersahur yang pertama di Kampung pada 01 Ramadhan dan Berbuka puasa yang terakhir di Kampung juga. Ini mungkin menjadi satu kenangan yang boleh diceritakan.

Kesimpualnnya, sepanjang perjalanan pulang ke Kampung, aku dan keluarga mengucapkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memelihara kami dari perkara-perkara buruk dan selamat sampai menemui sanak saudara kami. Purata kelajuan kenderaan aku ialah 110 km/jam. Perjalan memakan masa 7 jam.

No comments: