Sekarang ini musim pemilihan jawatan tertinggi UMNO. Setiap hari boleh dikatakan halaman-politik akhbar arus perdana penuh dengan masalah politik wang. Ini memberikan gambaran kepada orangramai seolah-olah proses pemilihan para pemimpin UMNO yang akan memimpin Negara dipenuhi dengan virus politik wang hingga sampai ke satu peringkat terdapat pemimpin yang mensyorkan supaya jawatan tertinggi parti ditender secara terbuka. Kenyata pemimpin boleh saya katakana seorang yang begitu teratur dalam bicaranya dan terserlah kejujuran beliau dalam meluahkan kata telah ditemplak oleh seorang pemimpin lain. Pemimpin yang menemplak ini adalah pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat dan kesultanan Melayu tetapi masih mempunyai minat untuk menjadi pemimpin. Pemimpin yang secara peribadi aku nyatakan begitu suka untuk menjadi pemimpin walaupun ditolak.
Apakah punca-punca yang menyebabkan politik wang sudah menjadi begitu berleluasa dalam UMNO dan adakah penggunaan wang ini merupakan satu amalan yang tidak baik kepada Negara? . Amat sukar untuk mencari punca kepada masalah ini, kerana penggunaan wang dan harta kekayaan bukan berlaku semenjak dua menjak ini, tetapi perkara ini telah berkurun diamalkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Tetapi kaedah penggunaan wang dan kekayaan jauh berbeza jika dibandingkan zaman dahulu dan zaman kini. Zaman dahulu, seorang yang mempunyai harta kekayaan akan menjadi tempat pergantungan penduduk untuk mencari rezeki. Ada yang mengerjakan sawah padi, menjaga haiwan ternakan, menmbersihkan kebun, menjadi penjaga keselamatan dadn sebagainya. Secara tidak langsung golongan yang berada ini telah menjadi pemimpin kepada masyarakat setempat. Keadaan ini memberi gambaran bahawa sejak dahulu lagi amalan menjadikan mereka yang mempunyai harta sebagai pemimpin dan penaung kepada masyarakat setempat. Itu senario dulu, tetapi senario kini jauh berbeza, dimana mereka yang mempunyai wang akan membeli pengundi dan sokongan. Sokongan terhadap mereka bukan disebabkan mereka menjadi penaung dan tempat bergantungan penduduk, tetapi sokongan diberikan disebabkan mereka telah membayar sejumlah wang secara langsung dan tidak langsung kepada orang ramai untuk meraih sokongan.
Tidak dinafikan wang dan kekayaan amat perlu untuk menjadi pemimpin kerana sebagai pemimpin, mereka menjadi penaung kepada rakyat. Tetapi masalahnya sekarang ini, apabila mereka menjadi pemimpin setelah membeli undi, mererka melupakan rakyat. Mereka akan berusaha untuk mengaut seberapa banyak keuntungan untuk diri mereka dan keluarga mereka sedangkan dimasa yang sama, rakyat yang sepatutnya mererka naungi terabai. Ini yang membezakan pemimpin zaman sekarang dengan pemimpin zaman dahulu walaupun kedua-dua mereka menggunakan harta kekeyaan untuk menjadi pemimpin. Pemimpin zaman dahulu diangkat oleh rakyat untuk menjadi pemimpin kerana mereka berharta tetapi pemimpin zaman sekarang ini menggunakan harta mereka untuk membeli undi supaya rakyat mengangkat mereka menjadi pemimpin.
Harta dan kekayaan bukanlah masalah untuk dimiliki oleh para pemimpin. Namun demikian jika ada pemimpin yanmg beranggapan bahawa mencurahkan wang semasa berkempen adalah satu bentuk pelaburan yang mana apabila kuasa telah diperolehi, mereka akan mengaut keuntungannya, maka pemimpin yang begini yang patut dihapuskan. Pemimpin yang beginilah yang patut ditolak oleh rakyat kerana merekalah yang boleh menjadi kudis yang sukar diubati yang merebak dalam sesebuah parti terutama UMNO. Jika ini perangai sesetengah pemimpin yang merebut jawatan, maka, sudah sampai masanya saranan yang diberikan oleh orang Nogori supaya jawatan tertinggi parti di tender untuk dibida oleh mereka yang mempunyai wang yang banyak dijenguk dan ditinjau walau sekejap.
Walaupun cuba dinafikan, ini adalah hakikat yang cuba disembunyikan. Wang yang dilaburkan dalam kempen adalah satu bentuk pelaburan yang akan diraih keuntungan apabila telah berkuasa. Semakin banyak pelaburan yang buat, semakin besar peluang untuk mendapatkan kuasa. Para pelabur yang kekurangan modal, maka saya cadangkan ianya hendaklah segera mencari rakan kongsi supaya apabila rakan kongsi mereka mendapat kuasa, sama-samalah mereka meraih keuntungan untuk diri, keluarga dan rakan-rakan.

No comments:
Post a Comment