SAHABAT BLOG

21 October 2008

hARI rAYA kEDUA

Pada hari raya ke dua aku dah janji nak pinjamkan kereta aku pada anak saudara aku. Tetapi sebelum itu aku dah janji nak pergi beraya ke rumah Ustaz Zul kawan keluarga aku semasa di Tawau dulu. Ustaz Zul nilah orang ataupun sahabat yang mula-mula bertandang ke rumah sewa aku semasa aku berkelana seorang diri di Tawau pada awal September 2001. Oleh kerana semasa di Tawau dulu boleh dikatakan hubungan silaturahim antara keluarga aku dengan keluarga dia begitu erat, maka hubungan tersebut diteruskan sehingga kini. Sekarang ini Ustaz Zul dah pindah balik ke Semenanjung.

Dalam pada aku bersiap-siap untuk ke rumah Ustaz Zul, tiba-tiba kereta WAJA aku pulak buat hal tak boleh nak dihidupkan. Aduh! Apa sudah jadi ni. Aku dah mula risau kerana tak pernah berlaku sebelum ini. Kereta baru beli tahun 2005. Kira baru lagi tu. Akupun pergilah ke rumah Abang Zul iaitu jiran kami untuk minta pertolongan. Abang Zul pun datanglah tengok-tengok apa yang patut. Isteri aku cakap semasa dia pergi ke Kg Lebak, pernah berlaku hal yang serupa. Dia kata pomen yang tolong baiki ajar supaya goyangkan hos yang ada pada pump minyak di bawah kusyen. Aku pun tanpa berlengah bukaklah kusyen belakang. Aku pun dengan konfidennya mulalah goyang-goyang kabel atau hos yang menghala ke tangki yang terletak di bawah kusyen itu dengan tidak yakinnya. Tetapi tak jugak hidup-hidup. Kalau aku paksa sangat pun nanti patah pulak, cerita lain pulak jadinya. Dalam masa kami sibuk, itu tiba-tiba datang pak saudara isteri aku. Nama dia Bakar tetapi orang gelar Bakar Payang ( Tempayang). Menurut cerita isteri aku, gelaran tersebut itu melekat sewaktu kecil lagi. Pada waktu kecil, katanya, Pak Saudaranya itu bermain sembunyi-sembunyi bersama-sama kawan-kawannya dan kebetulan dia bersembunyi dalam tempayang. Dari situlah gelaran Bakar Payang itu melekat sehingga ke hari ini. Berbalik kepada cerita kereta aku tadi, Ayah De Bakar sarankan aku peri panggil pomen Manan. Aku kata okey le. Waktu itu dah jam 9.30 pagi. Aku janji nak pinjamkan kereta aku kepada Anak Saudara aku jam 10.30 pagi, manakala aku janji nak ke rumah Ustaz Zul kira-kira jam 9.30 pagi.

Aku dan Ayah De Bakar @ Bakar Payang pun menaiki motor ke rumah Manan.

“Ada ke Manan di rumahnya”, tanya aku pada Ayah De Bakar.

“ Kalau tak ada dia kita panggil Mad Din” Jawab Ayah De Bakar.

Sampai ke rumah Manan Pomen, nasib aku baik kerana dia masih lagi tidak ke mana-mana. Tanpa banyak bicara Cuma bersalam-salam, aku pun ceritalah kepada dia perihal kereta aku. Dia cakap kereta WAJA memang selalu bermasalah pada Pump tangki. Aku membenar kata-katanya itu kerana sebelum inipun, pensyarah aku pernah ceritakan perihal kereta dia yang mati tiba-tiba di tengah jalan pasal pump Minyak. Habis bercerita, aku dan Ayah De Bakar balik dan Manan janji akan menyusul kemudian. Sambil itu, aku pun mengcongak-congak apa yang patut aku buat dan berapa kosnya jika rosak Pump Minyak aku. Sementara itu, aku tak maklumkan perkara ini kepada anak saudara aku perihal kerosakan ini tetapi aku memaklumkan kepada Ustaz Zul bahawa kami tak jadi datang ke rumah dia.

Tidak lama kemudian lebih kurang 15 minit, Manan pun datang dengan membawa bersama beberapa peralatan kecil dan salah satu antaranya adalah alat untuk test arus elektrik. Dia pun bukak hos minyak yang ada pada enjin, memang sah minyak tak naik ke tangki. Dia pun test arus elektrik pada tangki negatif. Maksudnya tangki tak ada arus elektrik. Manan pun bukak kotak fius tetapi tidak jumpa fius yang menunjukkan tangki. Aku pun dah mula risau, apa ke halnya. Dalam kepala aku tak ada harapan dah untuk aku hidupkan kereta aku selagi tak di tukar pump tangki.

Abang Zul pun ambil inisiatif telefon kawan dia yang juga merupakan pomen tempat kerja dia. Pomen beritahu bagi tahu, periksa wayar yang menyambung ke Pump Minyak. Manan rupanya tak tahu mana duduk wayar tersebut. Pomen cakap ada di bawah karpet dekat pintu penumpang sebelah kanan. Bila bukak, rupa-rupanya wayar itu terbakar dan songket tak boleh bukak. Akhirnya Manan ambil keputusan putuskan saja wayar itu dan sambung guna salotape je.

“ Mung kena ganti cepat”. Kata Ayah De Bakar.

Sampai sekarang aku belum ganti lagi kerana tak ada masa nak ganti. Akhirnya kereta aku dapat dihidupkan lebih kurang pukul 10.30 pagi. Aku pun telefon anak saudara aku dan aku cakap kami pergi bersama-sama ke Tanah Merah.

Perjalanan Ke Tanah Merah.

Sebelum ke Tanah Merah kami makan jamuan hari raya dulu di rumah YB Rozi. YB Rozi ni kira junior aku, tetapi dia bernasib baik kerana di anak didik Dato’ Tengku Putera. Aku ajak Angah ikut sekali ke Tanah Merah. Selesai makan lebih kurang pukul 12.30 tyengahari. Kamipun tanpa melengahkan masa terus bertolak ke Tanah Merah. Klau ikut perjalanan pada hari biasa, 2 jam 30 minit, sampailah ke Tanah Merah. Tetapi perjalanan kami telah tersasar hingga 6 jam. Kami tiba lebih kurang pukul 6 petang. Kampung yang kami nak tuju adalah kampung KUSIAL.

Cucu saudara aku iaitu anak kepada anak saudara aku demam selsema. Oleh kerana telah lama tak jumpa dengan ayah dia, biasalah budak-budak, pasti akan takut bila lama tak jumpa. Dengan aku dia lagi le takut. Kami bertolak pulang lebih kurang pukul 9 malam. Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual pasal politik semasa hingga tak sedar sudadh sampai ke Kuala Berang kira-kira pukul 12.00 malam. Perjalanan pada hari kedua ini telah mengambil masa aku untuk menziarahi sanak saudara. Tetapi nak buat macamana, kalau aku tak pergi, teringin juga nak tengok cucu saudara aku dan kesian pulak kepada anak saudara aku yang sulung ni. Apa-apa pun , perjalanan kami selamat pergi dan balik kerana Rahmat daripada Allah S.W.T kerana tanpa limpah dan kurniaNya , berbagai-bagai keadaan boleh berlaku.

No comments: