CATATAN PERIBADI

17 June 2008

SYARIKAT MEMINANG ORANG

Semasa makan tengahari tadi, ada kawan yang memberitahu bahawa seorang personality TV di ragut. Dia cakap umur personality itu sudah 36 tahun tetapi masih belum kahwin. Aku cakap kat dia, tiada lelaki yang berani untuk meminang. Sebenarnya kuasa untuk meminang itu terletak ditangan lelaki. Walau secantik mana dan secomel mana seseorang perempuan itu, jika tiada lelaki yang masuk meminangnya, maka tak kahwin juga dia. Tetapi berbeza dengan lelaki, jika mereka berkenan kepada seseorang, maka mereka hanya perlu pergi meminang sahaja. Jika diterima, alhamdulillah dan jika tidak diterima, pun tak kisah.

Ekoran ramai dikalangan lelaki penakut dengan perempuan yang berjaya dan berkerjaya sekarang ini dan terlalu berhati-hati dalam soal pergi meminang hingga menyebabkan begitu ramai dikalangan anak-anak dara yang menjadi tua tanpa ada orang yang masuk meminang, maka aku terfikir untuk menubuhkan sebuah syarikat yang kerjanya pergi meminang orang.

Syarikat aku ini kerjanya pergi meminang orang je. Sebut saja, siapa yang hendak dipinang, anak datuk ke, anak Tan Seri ke, artis ke, personality ke, dan sesiapa sahaja yang penting bukan isteri orang dan bukan tunang orang. Kalau di tolak, syarikat aku peduli apa, bukannya dapat malu pun, bukannay kena saman pun, tetapi kalau berjaya, kami tumpang gembira, dan yang penting bayaran upah meminang dibayar. Perempuan pun boleh mengupah kami dimana jika mereka ada berkenan kepada seseorang, beritahu sahaja, pihak kami akan merisik dan memberitahu kepada lelaki itu supaya pergi meminang perempuan itu.

Aku yakin, jika ramai yang menggunakan perkhidmatan syarikat aku, nescaya aku percaya ramai anak-anak dara yang berjaya dan berkerjaya dapat diselamatkan. Mereka berpeluang untuk mempunyai anak yang akan mendoakan mereka bila meninggal kelak. Perkhidmatan ini bukanya perkhidmatan mencari jodoh, kerana syarikat cari jodoh dah banyak yang wujud. Syarikat aku khusus dalam soal pergi meminang sesiapa sahaja dan terbuka kepada orang Islam sahaja.

Ini Cuma sekadar idea gila-gila aku aje. Aku sekarang dah ada pekerjaan tetap dan takkan aku nak buka syarikat lagi.

No comments:

Post a Comment