Sekitar pertengahan tahun 90 an, semasa aku bertugas di Kuala Berang, ada sekumpulan pelajar Universiti, aku lupa dah dari U mana telah datang kepada aku untuk membuat kajian berhubung cadangan kerajaan hendak membuat empangan di Tembat, Hulu Terengganu.
Aku cadangkan dalam borang soal selidik mereka supaya jangan diteruskan rancangan berkenaan kerana kemusnahan alam dan ekosistemnya cukup dashyat. Aku cadangkan supaya kerajaan mempergunakan airlaut untuk menjana elektrik. Aku Cuma cadangkan kerana air laut pun mampu digunakan kalau kena caranya.
Tahun, ni ( 2008 ) aku dah bekerja di KL. Aku terbaca di dalam sebuah akhbar, bahawa sebuah Negara di eropah telah berjaya menperolehi kuasa elektrik daripada air laut. Baru-baru ini, dalam rancangan Discovery Chanel kalau tak silap aku, ada rencana yang mengisahkan sekumpulan jurutera sedang mengusahakan penjanaan elektrik daripada pasang surut air laut. Kuasa pasang surut air itu akan memutarkan turbin dan hasilnya penjanaan elektrik samalah seperti kincir angin di Belanda. Projek mereka berjaya memberikan kuasa elektrik kepada sebuah pasaraya.
Dua kejayaan ini membuktikan bahawa idea aku dulu itu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Aku cadangkan supaya air laut itu dikumpulkan dalam satu bekas dan air yang dikumpul itu akan menerjah turbin bagi menghasilkan kuasa elektrik. Samalah seperti pembinaan empangan dimana air tasik yang dikumpul akan menerjah turbin dalam kuasa yang tinggi dan akan menghasilkan kuasa elektrik. Bekas yang diperlukan bukannya bekas yang kecil, tetapi yang penting ianya mampu untuk mengeluarkan terjahan air yang bertekanan tinggi dasn mampu untuk menggerakkan turbin bagi menghasilkan tenaga elektrik. Mungkin boleh dibuat tadahan berbentuk KON atau corong minyak tanah dalam keluasan 10 KM persegi dan ketinggian 100 M Dari aras laut.
Ini idea aku yang aku fikir boleh dilaksanakan jika kerajaan mempunyai peruntukkan. Kerajaan sebenarnya mempunyai peruntukkan, tetapi dibazirkan kepada projek yang kurang manafaatnya kepada penduduk. Pergi buat jambatan kedua Pulau Pinang buat apa? Kalau sibuk atau sesak manapun, ianya masih boleh diatur. Cuma mungkin ada pihak yang akan mendapat keuntungan hasil pembinaan jambatan tersebut.
Sekarang ini, sumber tenaga elektrif makin kurang dan harganya makin membebankan. Kalau penawaran kurang, sedangkan permintaan tinggi, maka akan berlaku kenaikan dalam harga. Jadi untuk menurunkan harga, maka perbanyakkan penawaran ataupun mengurangkan permintaan.

No comments:
Post a Comment