CATATAN PERIBADI

18 June 2008

SEMALAM YANG SURAM

Semalam kira-kira pukul 5.20 petang, aku menerima panggilan daripada kawan lama aku semasa aku bekerja di Tawau dulu. Lama dah dia taik telefon aku. Sebenarnya dia ni adalah anak buah aku semasa kat Tawau dulu. Perempuan berketurunan Jawa. Suaminya orang Kelantan. Semasa kat Tawau dulu, dia nilah yang banyak bantu aku. Masa aku kat Tawau dulu, adale beberapa kali kami ‘bergaduh’, tetapi biasa le orang perempuan, ada ketikanya dia bermasalah dengan kita dan ada ketikanya diaorang akan senang untuk dipujuk. Dia ni, nak kata cantik, tidaklah cantik mana, tetapi manisnya ada le. Kulitnya licin macam kulit bayi. Ada le sekali sekala tergesel dengan lengan dia, biasa le waktu bekerja, bergesel tu adakalanya tak dapat dielakkan. Mungkin banyak makan jamu kot.

Dia telefon aku semalam nak cerita pasal masalah yang dia hadapi sekarang ni. Dia cakap bahawa dia dalam dilema sekarang ni kerana masalah ditempat kerja. Masalahnya adalah berkaitan dengan pembahagian tugas dan juga hubungan antara staf. Disamping itu juga katanya bos dia tak tegas dan selalu ambil kesempatan terhadap dia yang lemah dan tak suka melawan. Kawan aku ni sedang belajar, tentulah dia tensen .

Kesian juga aku kat dia, maklumlah kawan boleh dikatakan baiklah katakan. Bos dia tu kawan aku juga, staf yang dia tak puashati tu kawan aku juga. Jadi aku serba salah nak duduk sebelah mana. Tetapi aku lebih suka untuk menolong dan mendengar masalah dia kerana dia suka cerita masalahnya pada aku. Cuma aku nasihatkan dia supaya fokus kepada kerja-kerja hakiki yang telah diberikan kepada dia.

Kalau dia tidak bertegas dan maka orang akan sentiasa ambil kesempatan. Aku tau kawan aku tu tak sanggup nak biarkan tugas tidak dilaksanakan. Aku tau dia mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai orang ambil kesempatan terhadap kita. Mana yang kita tak mampu nak buat, jangan dibiarkan sahaja, kita kena kemukakan kepada pihak pengurusan. Pihak pengurusan kenalah memikirkan kaedah-kaedah berkesan untuk mengatasi masalah anak buah.

Lagi satu aku perhatikan, kawan aku yang sibos itu memang tak berapa berani untuk mengambil keputusan yang tidak popular, seperti memberi surat tunjuk sebab dan sebagainya. Lagi satu dia ni aku dapati sukar nak bezakan waktu-waktu yang membataskan antara seorang kawan dengan seorang pekerja bawahan. Ini amat penting bagi seorang pemimpin. Kita kena tau membezakan bagaimana dan bila waktu melayani staf kita sebagai kawan dan bagaimana melayani mereka sebagai pekerja bawahan. Di samping itu juga, hubungan silaturahim dan suasana keakraban sesama pekerja hendaklah dititik beratkan supaya setiap staf merasa seolah-olah seperti adik beradik. Acara-acara makan-makan, hari keluarga, sukan-sukan, perkelahan dan sebagainya mampu untuk mengeratkan hubungan sesame staf. Perlunya sessi duduk berbincang sesama staf supaya semua yang terbuku dapat diluahkan.

Pagi tadi, aku terima e-mail dari kawan aku tu, bukan main panjang lebar dia menulis. Entah bila pulak masa aku nak menjawab e-mail dia tu. Dalam e-mail dia tu, semuanya diceritakan. Lagi satu, kawan aku tu duduk berasingan dengan laki dia sebab laki dia kerja kat Sarawak. Bila duduk berjauhan ni, macam-macam perkara yang timbul dan mengacau fikiran. Ini semua menambahkan tensen kepala woo.

No comments:

Post a Comment