CATATAN PERIBADI

17 June 2008

HOBI UNTUK KEJAYAAN

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, kepala otak aku tiba-tiba terfikirkan satu idea untuk dikongsi bersama. Kenapakah semasa sekolah rendah dulu cikgu sering kali bertanyakan apakah hobi kita. Masing-masing pun bagi taulah hobi masing-masing. Ada yang hobi memancing, ada yang hobi melancong, ada yang hobi membaca dan macam-macam lagi. Pada masa itu, kita tak pernah terfikirkan apakah sebab dan motifnya cikgu tanya kita pasal hobi masing-masing dan cikgu tak bagi tau pasal apa mereka tanya hobi kita.

Dewasa ini, baru aku terfikir bertapa pentingnya hobi kepada setiap orang itu. Seorang yang tiada hobi semasa dewasa, aku rasa dia kurang memberi makna kepada kehidupannya. Seseorang yang betul-betul taksub dengan mendalam serta menjiwai hobi masing-masing rupa-rupa jika kita perhatikan ianya dapat membawa kejayaan kepada mereka suatu masa nanti. Banyak sudah kisah-kisah kejayaan yang digapai oleh mereka yang terkenal hanyalah bermula daripada hobi dan minat yang mendalam. Contohnya Seorang yang mempunyai hobi memancing mungkin akan menjadi seorang pereka atau pengusaha alat-alat memancing ataupun mengusahakan kolam untuk memancing ataupun mengusahakan bot-bot untuk perlancongan bagi tujuan memancing dan sebagainya. Contoh bagi seorang yang suka membaca buku cerita atau novel tidak mustahil suatu hari dia akan menjadi penulis buku novel yang berjaya ataupun akan menjadi seorang pengumpul koleksi buku novel seluruh dunia ataupun boleh menjadi seorang penulis skrip drama atau filem. Contoh lain jika seseorang yang mempunyai hobi melancong, tidak mustahil beliau akan mengusahakan sebuah syarikat yang menjalankan pakej-pakej perlancongan.
Sebenarnya banyak lagi perkara-perkara yang boleh membawa kejayaan hasil daripada hobi yang dimiliki.

Dari cerita-cerita di atas kita dapat lihat bertapa akrabnya kejayaan seseorang itu dengan hobi mereka yang mereka amalkan. Sekarang ini bertapa ramai diantara kita yang sering kali mengabaikan hobi masing-masing. Banyak faktor yang menyebabkan kita mengabaikan hobi kita, contohnya faktor masa, Kewangan, komitmen kepada keluarga dan sebagainya. Tanpa kita sedari hobi mempunyai peranannya tersendiri dalam kejayaan dalam kehidupan seseorang itu dan ianya sama penting sebagaimana seseorang yang menyimpan cita-cita. Dua perkara ini sebenarnya telah diajatr dan diberatkan oleh para cikgu-cikgu kita semenjak sekolah rendah lagi. Tetapi malangnya mereka mungkin kurang memberikan penekanan secara berterusan kepada murid-murid bertapa pentingnya peranan hobi dan cita-cita itu dalam mengisi kehidupan dewasa meeeka nanti.

Oleh yang demikian,marilah mulai daripada sekarang kita cuba cari kembali apakah hobi masing-masing dan hidupkan kembali hobi kita itu. Hobi yang hendak kita pupuk kembali itu janganlah difikirkan kepada sesuatu yang komersial atau akan memberikan pulangan, yang penting kita hendaklah istiqamah dalam melaksanakan hobi kita itu, dan Insyaallah , kejayaan itun akan datang sendiri tanpa dirancang terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment