SAHABAT BLOG

20 September 2011

ISA yang DI AnWar dan DiSabukan...Wajar ke?

Tak ada angin, tak ada ribut walaupun telah diberi tanda-tanda awal, DS Najib umumkan bahawa Akta pencegahan paling popular, paling digeruni, dan diangap paling zalim oleh sesetengah pihak iaitu Akta Keselamatan Dalam Negeri atau lebih dikenali sebagai ISA  dimansuhkan. Banyak pihak yang terkejut berkenaan pengumuman ini. Di sana sini kedengaran suara-suara samada di alam nyata ataupun alam fantasi yang terkejut unta kurus, dan terkejut lemang basi apabila mendengar pengumuman berkenaan. 

 Dalam masa yang sama, ramai pihak yang dahulu bersungguh-sungguh mempertahankan ISA telah menyambut baik pengumuman tersebut. Mereka telah memberikan tepukan yang gemuruh apabila pengumuman mengenai pemansuhan akta berkenaan diumunkan oleh DS Najib.

 
Pembangkang macam biasa , dulu, kini dan selamanya, sekala akan mencari ruang dan peluang untuk memperolehi kredit ekoran pengumuman berkenaan. Maka tanpa bertangguh walau seminit pun mereka mula mendakwa bahawa DS Najib telah tunduk kepada desakan rakyat. Mereka juga mendakwa pemansuhan ISA itu adalah hasil kemenangan perjuangan mereka yang tidak pernah putus asa. Oleh itu kata mereka, rakyat sepatutnya memilih mereka sebagai kerajaan kerana terbukti bahawa kerajaan BN sekarang ini tidak dapat berfikir lebih baik berbanding mereka apabila membincangkan masalah dan keperluan rakyat. Merekalah jaguh "rakyat didahulukan, pencapaian entah kemana".

Sebagai seorang rakyat marhean yang inginkan keamanan sentiasa terpelihara  di negara tercinta, aku juga turut terkejut dengan berita pemansuhan ISA ini. Dalam kepala aku hanya timbul satu persoalan adakah wajar satu akta pencegahan yang begitu banyak jasanya itu dimansuhkan begitu sahaja. Sepatutnya ianya tidak dimansuhkan, tetapi dirombak semula supaya ianya relevan dengan kehendak semasa dengan harapan rombakan ini masih lagi memberi sedikit ruang kepada ISA walaupun tinggal nyawa-nyawa ikan, untuk bernafas bagi  memastikan rohnya sentiasa hidup subur dalam sistem pemerintahan negara.

Walaupun DS Najib berkata bahawa dua akta baru akan menggantikan ISA, tetapi aku percaya akta baru tesebut masih tidak mampu untuk menandingi ISA. ISA tidak salah dan tidak zalim jika ianya digunakan dengan sewajarnya, tetapi ianya telah disalahgunakan oleh  mereka yang salah guna kuasa sehingga ianya telah dianggap zalim. Rombakan secara komprehensive dengan mengambilkira pandangan ramai pihak samada pembangkang, NGO dan juga kerajaan sendiri sebenarnya satu langkah yang tepat berbanding memancuhkan  terus. Contoh rombakan yang boleh dilakukan ialah dengan meletakkan beberapa panel sebagai ahli yang akan mengkaji dan menentukan siapa yang patut ditahan dan siapa yang patut dibebaskan. Bukannya semua perkara diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri. Bila diserahkan kepada menteri dalam Negeri, inilah yang menjadi masalah. Kalau menteri yang terlalu lembut dan asyik main selamat sahaja, maka ISA ini nampak seolah-olah tidak berfungsi. Ancaman berleluasa di sana sini. Lain pula jika Menteri Dalam Negeri itu seorang yang garang dan terlalu ikut perasaan dan suka menggunakan ISA untuk kelangsungan politik beliau, maka kita akan dapati ramai yang menjadi mangsa. Inilah yang menjadikan ISA itu dilihat zalim.

Aku juga melihat bahawa DS Najib tidak sepatutnya membuat pengumuman awal berkenaan pemansuhan ISA. Pengumuman awal ini membawa satu pendebatan yang panjang di kalangan rakyat. Sepatutnya, pemansuhan ISA hendaklah diusulkan di dalam Parlimen dan dibahaskan oleh wakil-wakil rakyat. Jika wakil rakyat bersetuju untuk memansuhkannya, maka barulah pengumuman boleh dilakukan. Aku khuatir, apabila dibuat pengumuman awal sebelum dibahaskan didalam Parlimen, tiba-tiba ada pulak pihak NGO-NGO yang membuat kajian untuk melihat kewajaran pemansuhan ini. Berkemungkinan hasil kajian itu nanti bakal mempengaruhi wakil-wakil rakyat untuk membuat keputusan pemansuhan ini. Tidak ke haru jadinya.  Sekarang ini pun sudah ada kedengaran suara-suara dari pelbagai pihak samada NGO mahupun parti pembangkang yang merasa was-was kewajaran pemansuhan ISA ini. Makin lama perkara ini dibiarkan didebatkan oleh rakyat, aku percaya makin banyaklah spekulasi dan andaian yang bakal menyusul. Pada masa itu, ramailah yang berlagak menjadi pakar itu, pakar ini dan sebagainya. Paling malang sekali jika ada pihak yang menggunakan kuasa Mahkamah untuk menentukan ISA ini.

Apa-apa pun, ssebagai rakyat marhean yang sentiasa akur kepada pemerintah, aku berharap sesiapa yang menjadi pemerintah hendaklah berlaku adil, jujur dan amanah kepada rakyat.

1 comment:

Anonymous said...

salam putrarahman - saya setuju Najib agak gopoh mengumumkannya. Dan mungkin juga tanpa dibawa berbincang dengan pemimpin lain sebab semua pakat terkejut. Malah Hisham sendiri beberapa hari sebelum itu ada mengatakan ISA tidak pernah dibincangkan.

Najib seperti mengejar sesuatu ... Apakah tindakan Najib itu ada kaitan dengan pasukan imej konsultan yang diimport dari luar ?

Bagi saya, Najib berulangkali menunjukkan dirinya TIDAK pandai membaca denyut nadi rakyat.

Tapi macam kata saudara diperenggan akhir, nak buat macamana ..... ikut jelah