SAHABAT BLOG

05 February 2020

HOMESTAY SELESA DI KUALA BERANG

Assalamualaikum,

Bagi memudahkan para pengunjung mencari dan membuat tempahan Homestay yang selesa di Kuala Berang, Homestay Nina terletak di Kuala Berang, Hulu Terengganu yang mempunyai 4 bilik tidur (3  katil Queen + 2  Katil bujang ). 3 unit aircond disediakan dan Peralatan memasak serba lengkap. Peti sejuk dan periuk letrik, pemanas air dan microwave juga tersedia.

Harga cuma RM150 sahaja semalam dan akan mendapat diskaun jika menginap 3 malam ke atas.

Hubungi www.wasap.my/+60192120509/Assalam atau hubungi 0192120509/01111491054 untuk keterangan lanjut.

Sekian terima kasih 

12 February 2019

PENGINAPAN HOMESTAY DI KUALA BERANG, TERENGGANU


Anda masih tercari-cari homestay dan rumah penginapan yang selesa di Kuala Berang yang ada aircond dan kemudahan untuk keluarga. Silalah menginap di  Nina Homestay. Raya haji ni masih lagi kosong dan bersedia untuk tempahan.

Perniagaan yang baik adalah yang beretika dan menghormati pelanggan. Penuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Berpegang prinsip ini, maka Nina Homestay menawarkan sebuah penginapan Homestay yang memberikan keselesaan dan memenuhi keperluan pelanggan.  Setiap kemudahan seumpama berada di rumah sendiri dengan harga yang sangat berpatutan.

Homestay Nina adalah  sebuah rumah Semi D mempunyai  4 bilik tidur +  2 bilik air, satu ruang makan dan satu ruang tamu dan ruang dapur yang cukup agak selesa.

Kapasiti yang selesa untuk 8 orang dewasa (tambahan toto dan bantal dan selimut disediakan jika melebihi jumlah yang dicadangkan)

1. Bilik tidur Utama                                                                                     
   - Alat Hawa dingin
   - Katil Queen
   - Bilik Air
   - Almari Pakaian
   - Almari Solek
   - Kerusi Kulit

2. Bilik Tidur Ke dua
  - Katil Queen
  - Kipas Syiling + Excos Fan
  - Almari Pakaian
  - Kerusi Kulit

3. Bilik Tidur ke 3
  - Katil Bujang
  - Air con + Kipas Syiling
  - Almari Pakaian

4. Bilik Tidur ke 4
 - Katil Bujang
 - Kipas Syiling
 - Almari Pakaian

5. Ruang Tamu
 - TV LED + Siaran ASTRO Family Pakej
 - Air con 1.5 HP
 - Set Sofa

6. Ruang Makan
 - Meja dan kerusi makan
 - Sterike + Tempat pengosok

7. Ruang Dapur
 - Peti Sejuk
 - Dapur Gas + Balang Gas
 - Microvave
 - Pembakar Roti
 - Pemanas air
 - Peralatan memasak

Masa Perjalanan Ke Lokasi:-
                              - 3 Minit ke Kolej Tingkatan 6 (HUTEC) Kuala  Berang, Terengganu.
                              - 6 - 7 minit ke Politeknik Hulu Terengganu
                              - 8-10 minit ke MRSM Kuala Berang
                              - 20 - 30 Minit ke Akademi BOMBA Wakaf Tapai
                              - 5-7 Minit dari Bandar Kuala Berang.
                              - 8 Minit dari Memorial Batu Bersurat Terengganu
                              - 30 Minit Kilometer dari Tasik Kenyir (Pengkalan Gawi)
                              - 1-2 Minit dari Restoran Masakan Thai Seri Tanjung
                              - 5-7 Minit dari Restoran Western Food Combi Grill
                              - 5-7 Minit dari Pasaraya Xiri, DM dan Pasaraya Nirvana
                              - 5-7 Minit dari Pusat Perbankkan ( Tabung Haji, Maybank, BSN)
                              - 2 Minit dari Masjid Kg Butut
                              - 5 Minit dari 7E dan KFC
                              - 5-7 Minit dari Politeknik Hulu Terengganu
                              - 23 Minit dari Air Terjun Sekayu.
                              - 18 Minit ke MRSM Kuala Berang

Harga :                   - RM150 bagi 1 malam.
                               - RM300 bagi 2 malam
                               - RM400 bagi 3 malam (Biasa RM450)
                               - RM550 bagi 4 malam (Biasa RM600)

Untuk tempahan, sila hubungi

Hj. Sukri :      019 2120509 (Call & Whatsapp)
Pn. Fatimah : 011 11491054 (Call & Whatsapp)
Website: www.homestay-nina.blogspot.com
               www.putrarahman.blogspot.com

Email: putrarahman@gmail.com
            FatimahSalleh30@gmail.com












                             .

16 November 2015

Bolasepak Kite....

Lama dah tak menulis weh....koho kering pulok idea. Kalu lama sangat tak memetek keyboard ni, rasa otok ni macam lesu je. Belajor pun dah dekat nok habis doh. Cuma tinggal nok siapkan thesis je lagi. Jadi le ning baru banyok sikitlah masa sebelum start buat thesis dalam hujung bulan ni.

Kalu menulis ni,  idea bukannya ada sokmo. Ianya datang sekali sekala ja. Maklum je lah kite ni penulih yang menulih ikut rasa dan ikut mood. penulis yang tak dibayor oleh sesape. 

Malam ni nok tulis pasal bolasepak kite. Berat66 doh bolasepak Harimo Malaya. Kaloh sokmo. Aku harapkan kerajaan kena buat sesuatu. Buat malu je. Sepatutnya isu bolasepak ni kena di bawah usul dalam parlimen. Ianya melibatkan maruah negara. Sebagai sebuah negara yang seringkali dibanggakan dan menjadi banyak contoh kepada negara membangun yang lain berkenaan kepesatan ekonomi yang kita miliki, tetapi di dalam bidang sukan terutama bolasepak yang mempunyai begitu ramai pengikut dan pengemar di seluruh dunia yang terdiri dari pelbagai peringkat lapisan masyarakat dan melangkaui sempadan ideologi, kita sering kecundang, sering tewas.  Bukan sahaja tewas tetapi tewas dengan jumlah jaringan yang besar. Bukan sekali, tetapi banyak kali. Tiada apa yang boleh dibanggakan, tetapi menunduk muka menanggung malu dan ditertawakan, diperlekehkan.

Aku takmboh nok tulis panjang sangat hal bolasepak ni, cuma nak beri cadangan yang macang sekala takkan dapat merubah apa-apa tetapi puas hati aku bile dapat luahkan idea dan cadangan. Guru aku cakap, kalau kite ada idea, luahkan sahaja dan jangan sesekali kite anggap idea kite itu remeh ataupun jangan kite anggap akan ada orang lain yang akan kemukana idea yang sama. Akhirnya tiada sesiapa yang kemukan idea kerana masing-masing beranggapan bahawa idea mereka itu akan dicadangkan oleh orang lain ataupun idea mereka itu dianggap remeh dan tidak masuk akal.

Baiklah, untuk mengembalikan maruah bolasepak kite aku fikir, kite memerlukan langkah yang double drastic, dramatically, dan kejam. 

1. Bubarkan FAM. Bolasepak kita sudah lama bertaraf profesional, maka FAM tidak perlu lagi kerana FAM hanya bertaraf Amatur. Bolasepak kita hendaklah diuruskan secara profesional dan FAM bukan orangnya. Tubuh sebuah badan pengurun yang profesional yang tidak mempunyai walau seorang pun ahli politik sebagai ahli jawatankuasanye. 

2. Tukar semua barisan pengurusan dan kejurulatihan dan ambil yang baru yang mempunyai pelan pembangunan dan idea yang luarbiasa untuk memajukan bolasepak negara.

3. Bubarkan pasukan bolasepak dengan menamatkan tugas pemain yang sedia ada dan jangan sekali-kali panggil mereka kembali ke dalam pasukan kerana mereka semua adalah buluh-buluh yang telah tua dan tidak boleh lagi dibentuk atau dilenturkan. Tiada guna mengambil jurulatih baru tetapi pemain masih muka-muka lama.

4. Pilih pemain baru dengan mengadakan pemilihan peringkat pusat. Mana-mana pemain yang belum mewakili negara hendaklah dipelawa untuk hadir dalam sessi pemilihan. Mereka yang hadir secara sukarela lebih mudah untuk dibentuk dan dilatih. Berikan kepercayaan kepada barisan kejurulatihan baru untuk memilih pemain yang berbakat dan boleh dibentuk. Syarat bagi pemain untuk hadir ke sessi pemilihan adalah mereka yang bermain untuk liga Malaysia samada Liga Premier atau Liga Perdana.

Aku percaya apabila semuanya telah kembali baru, maka tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh kembali berjaya dan kembali bermaruah di arena bolasepak.

Sekian...walaupun tak kemas tetapi puas hati sebab sudah kembali menulis. Macam biase, malas nak edit smula weh....

15 June 2015

1MDB perlu berpisah jika nak pulih....

Banyaknya nak bayar faedah bank. Nak cari duit dimana ye? Kalau faedah sahaja dah mencecah RM2.7 billion, bayaran pinjamannya sudah tentu berganda-ganda lagi. Kenapa banyak sangat faedah yang kena bayar, 1MDB ni pinjam kat mana ye? Mungkin banyak pinjam luar negara kot, itu pasal interest tinggi. Kenapa tak pinjam dalam negara sahaja ye? Takkan tak ada  yang hendak beri pinjam kot? kalau tak ada yang beri pinjam kenapa ye? Dengar cerita dah 3 buat syarikat audit jadi auditor kepada 1MDB. Pasal apa ye, asyik tukar syarikat audit je?

Aku tak mahu ulas panjanglah, aku harapkan 1MDB ni jangan jadi seperti kes ENRON. Syarikat yang kukuh akhirnya tumbang pasal karenah orang dalam. 1MDB ni, kalau tak diurus dengan betul, yang bakal tanggung beban adalah kerajaan. Aku bimbang duit yang bakal 'dikorbankan' adalah duit pembayar cukai. Kalau dulu hanya sebahagian rakyat terlibat sebagai pembayar cukai, tetapi sekarang ini semua rakyat adalah pembayar cukai kepada kerajaan. Bahkan baby yang baru lahir pun kena bayar cukai kecualilah kalau lamping pakai buang tak dikenakan cukai.

Bagi aku. 1MDB perlu diberi peluang untuk membetulkan keadaan dan membayar balik pinjaman mereka secara teratur dan disamping membuat keuntungan. Kalau tidak kerajaan dan rakyat yang susah. Kalau nak betulkan keadaan, ada caranya seperti tukar semua ALP dan juga Penasihat-penasihat yang ada termasuk pengerusi penasihat. Di samping itu, pisahkan 1MDB dari kerajaan buat sementara atau selamanya. Bila keadaan dah pulih dan setabil bolehlah fikirkan kembali visi dan mission serta objektif penubuhan.


Berita kat bawah ni aku kopipes dari malaysiakini.


Syarikat 1MDB perlu membayar antara RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion sebagai faedah daripada pinjamannya setiap tahun, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

"Jika jumlah hutang ialah RM42 bilion, kadar faedah adalah antara RM2.4 bilion to RM2.7 billion," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (PAS).

Hanipa telah mencelah penggulungan Rancangan Malaysia ke-11 untuk bertanya berapa banyak perlu dijelaskan oleh 1MDB bagi melunaskan kadar faedah hutang agensi tajaan kerajaan berkenaan.

Bagaimanapun Ahmad Husni tidak dapat menyediakan butiran mengenai jawapan tersebut.

1MDB juga menyediakan pecahan dan ringkasan hutangnya untuk tempoh dari 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014. (http://www.malaysiakini.com/news/301956).


12 June 2015

DAP Tidak Berhak Mengusir PAS

Wajarkah PAS diminta untuk melepaskan jawatan di dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor? Sebagai kita ketahui, kejayaan DAP di Pulau Pinang dan PKR di Selangor menerajui tampuk pemerintahan disebabkan gabungan tidak parti iaitu PAS, PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat. Maknanya Pulau Pinang dan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat dan bukannya milik DAP atau PKR. DAP tidak boleh mendakwa bahawa Pulau Pinang milik mereka hanya kerana ketua menteri adalah dari parti mereka dan begitu juga di Selangor PKR tidak boleh mendakwa bahawa Selangor adalah kerajaan PKR hanya kerana Menteri Besarnya adalah dari parti PKR. Kedua-dua negeri itu adalah negeri Pakatan yang terdiri dari PAS, DAP dan PKR. Jadi sewajarnya PAS walaupun mempunyai sedikit ADUN di Pulau Pinang memiliki sesuatu di dalam Kerajaan Pulau Pinang dan begitu juga di Selangor. 

Sehubungan itu adalah tidak wajar dan tidak bermaruah bagi DAP untuk menghalau DAP untuk mengusir PAS dan memiliki bersama pemerintahan Pulau Pinang. Inilah masalahnya bagi  DAP, apabila mereka menguasai kerajaan negeri, maka pada bila-bila masa boleh mengusir sesiapa yang tidak bekerjasama dengan mereka. Jika DAP mengusir individu, itu soal lain tetapi DAP mengusir sebuah parti yang menjadi ahli gabungan. Ini adalah sesuatu yang aku tidak boleh diterima. Lainlah kalau PAS yang mengesa ahlinya meletak jawatan ekoran pergeseran dengan DAP. Sepatutnya PAS tidak mengesa ahlinya di Pulau Pinang dan Selangor meletak jawatan kerana itu memang hak mereka dan mereka seharusnya sedar bahawa Pulau Pinang bukan milik DAP dan Selangor bukan milik PKR. 



06 February 2015

Harga Barang Naik Disebabkan Habit Makan Rakyat

Kuala Berang,06 Feb 2015 - Harga minyak dah turun tetapi para peniaga mencari beribu alasan untuk tidak menurunkan harga barang. Namun demikian semasa harga minyak naik, mereka tanpa bertangguh terus menjadikan ianya alasan untuk menaikkan harga barang. Dalam erti kata lain, faktor kenaikan harga barang hanya satu tetapi tiada faktor yang menurunkan harga barang. Kerajaan sendiri tidak berani untuk menurunkan harga barang kawalan. Isunya, kenapa para peniaga kita langsung tidak mahu berkerjasama untuk membantu mengurangkan beban hidup rakyat.

Perniagaan ini adalah satu pekerjaan yang cukup mulia kerana Nabi S.A.W sendiri pun memulakan kerjayanya sebagai seorang pedagang. Namun demikian kenapa mereka yang menjalankan perniagaan ini tidak memiliki hati yang mulia sebagaimana prinsip perniagaan itu sendiri.

Boikot pada namanya satu hujah yang menarik untuk mengetarkan para peniaga, tetapi perlaksanaannya tidak seindah hujah yang dilafazkan. Para pengguna mempunyai habits ataupun tabiat yang tesendiri yang telah berdarah daging dalam diri masing-masing. Kalau yang mempunyai habit suka makan ayam pada setiap lauk pauk mereka, maka mereka akan tetapi membeli ayam walaupun setinggi mana harga yang dikenakan kepada mereka. Para peniaga tahu mengenai habit atau tabiat makanan rakyat kita ak oleh itu mereka tidak pernah takut dengan apa jua boikot yang dihingarkan.

Kesimpulannya harga barang adalah sesuatu yang tidak akan turun tanpa ada sebab untuk berbuat demikian oleh para peniaga. Sebab yang akan membawa untung kepada mereka. Jika para peniaga menurunkan harga barang ianya tidak dan tidak bukan bagi tujuan promosi atau iklan.

tq

16 March 2014

Pray4MH370....Betul ke Minyak Hanya untuk 7 Jam perjalanan?

Pencarian pesawat malang dan para penumpang yang tidak berdosa telah masuk hari ke 9 pada hari ini. Pencarian menjadi semakin sukar kerana ianya melibatkan kawasan pencarian yang semakin luas. Umpama mencari jarum di dalam jerami.  Negara yang terlibat di dalam usaha mencari pesawat ini telah bertambah kepada 20 buah Negara dengan diketuai oleh Negara Malaysia.

Malaysia telah memutuskan untuk menghentikan pencarian di laut Cina Selatan apabila mendapat pengesahan daripada pihak angkatan tentera udara di raja Malaysia bahawa pesawat  MH370 telah diterbangkan oleh seseorang ke arah yang bertentangan iaitu ke arah barat ataupun di dalam istilah penerbangan dipanggil “Air Turn Back”. Pengesahan ini dikuatkan lagi oleh data statelit yang memberitahu bahawa kali terakhir pesawat itu berhubung dengan statelit ialah pada 8.11 pagi pada 08.03.2014.

Ada beberapa perkara yang menarik untuk aku ulas disini . Pertamanya, berapakah isipadu sebenar minyak yang dimiliki oleh pesawat MH370 semasa  melakukan penerbangan tersebut.  Pihak MAS hanya membuat anggaran dan tidak memberikan jawapan berdasarkan catatan iaitu minyak yang diisi di dalam pesawat tersebut hanya cukup sekadar untuk penerbangan ke Beijing iaitu sekitar 7 jam perjalanan sahaja. 

Mengikut penerangan yang diberikan oleh kapten Nik Ruzlan, para pilot  berhak untuk meminta minyak tambahan melebihi keperluan sepatutnya dengan pelbagai alasan seperti contoh keadaan cuaca dan sebagainya. Oleh yang demikian, jika sekiranya pilot penerbangan tersebut mempunyai perancangan untuk menerbangan pesawat tersebut ke destinasi selain Beijing, sudah tentu perkara yang paling utama untuk beliau lakukan ialah mengisi minyak melebihi waktu penerbangan 7 jam. 

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh CEO MAS, beliau hanya memberitahu bahawa pesawat tersebut hanya mempunyai minyak cukup untuk perjalanan ke Beijing iaitu 6 jam perjalanan dan tambahan selama 45 minit – 1 jam  jam perjalanan lagi. Kalau mengikut kepada jawapan beliau ini, aku berpendapat bahawa jawapan beliau ini tidak begitu konkrit. Sepatutnya beliau dengan yakin menjawab bahawa berdasarkan kepada rekod, pesawat tersebut telah diisi minyak sebanyak berapa tan dan mampu terbang sejauh 7 jam perjalanan. Jawapan yang tidak konkrit begini boleh menimbulkan banyak persoalan. 

Bagi menjawab bahawa pilot atau sesiapa sahaja di dalam penerbangan itu yang sengaja menjatuhkan pesawat bagi tujuan sabotaj ataupun psikologi seperti tuntutan Insuran, sepertimana yang ditimbulkan oleh Ketua Polis Negara, aku mempersoalkan kenapa ianya perlu berpatah balik. Mereka boleh sahaja menghempaskan pesawat ini dimana-mana kawasan di Lautan Cina Selatan tanpa perlu untuk berpatah balik. Oleh itu pada pendapat aku pesawat ini tidak disabotaj dan tidak bertujuan untuk dihempaskan.

Mengenai pihak yang menerbangkan pesawat ini sepanjang masa semenjak ianya hilang, aku berkeyakinan bahawa ianya dilakukan oleh salah seorang pilot yang bertugas samada kapten Zaharie ataupun pembantu beliau iaitu Kapten Farid. Namun demikian kenapa mereka berbuat demikian masih lagi menjadi isu. Adakah mereka melakukan dengan sengaja ataupun mereka telah diarahkan untuk menerbangkan pesawat ke satu destinasi lain. Inilah yang aku yakin, bahawa juruterbang itu telah diarahkan untuk menerbangkan pesawat ke satu destinasi lain.


Kesimpulan yang boleh aku buat disini ialah, berapakah isipadu sebenar minyak yang diisi kedalam pesawat berkenaan. Keduanya , aku berpendapat bahawa perampas pesawat ini tidak bertujuan untuk dihempaskan ke laut kerana jika mereka ingin menghempasnya, mereka tidak perlu untuk membuat “Air Turn Back”.  Aku juga berkeyakinan bahawa jika Kapten Zaharie yang merampas pesawat tersebut, sudah tentu beliau telah mengisi minyak melebihi keperluan yang diperlukan kerana dia tahu bahawa beliau akan berpatah balik dan memerlukan minyak tambahan. 

Akhir sekali, aku masih lagi berpegang kepada ulasan yang aku pernah buat pada 9 mac dahulu bahawa pesawat ini ada disembunyikan dimana dan para penumpangnya masih lagi selamat. Oleh yang demikian, tumpuan pencarian sekarang ini adalah bagi mencari dimana kemungkinan pesawat tersebut diterbangkan. Jika ianya membelah lautan Hindi, dimanakan destinasi yang mampu pesawat itu pergi dengan andaian minyak melebihi 7 jam perjalanan (kena lihat rekod sebenar). 

Malam ini, aku tertarik dengan ulasan Kapten Nik Ruzlan iaitu pihak pembuat kapal terbang sudah tentu akan lega jika sekiranya terbukti pesawat itu dirampas kerana ini membawa maksud mereka boleh mendakwa bahawa tiada apa masalah yang berlaku kepada pesawat ataupun dengan kata lain kehilangan pesawat MH370 ini bukan berpunca dari pesawat mereka. Boeing ini syarikat negara mana dan siapa yang mula-mula claim bahawa pesawat ini dirampas?... 

13 March 2014

MH370 Dirampas Secara Sengaja atau "Dirampas" Secara Tidak Sengaja?

Masuk hari ke 6 pencarian Kehilangan misteri pesawat MH370 membawa sedikit sinar apabila dikhabarkan statelit negara cina ada mengimbas 3 objek yang cukup besar berukuran 24 meter. Malangnya, sinar yang diharapkan itu akhirnya kembali malap apabila pihak Vietnam mengesahkan tiada objek sepertimana yang dilaporkan itu.

Semalam aku berpeluang menonton temuramah Astro Awani dengan Kapten Nik Ruzlan iaitu bekas ketua juruterbang MAS. Kapten Nik Ruzlan ni begitu banyak pengalaman di dalam pengendalian pesawat Boeing 777. Apa yang menarik untuk aku kongsi di sini ialah Kapten Nik mengatakan bahawa pesawat boeing 777 mempunyaimdua radar. Kalau satu radar dimatikan , ianya masih mempunyai satu radar lagi iaitu  primary radar. Kata beliau primary radar ni tidak akan terjejas walaupun apa yang berlaku kepada pesawat. Maknanya kapal terbang tersebut masih boleh dikesan melalui primary radar yang ada pada pesawat tersebut. 

Yang menarik untuk dianalisa ialah kapal terbang MH370 itu terputus ataupun tidak dapat dikesan sebaik sahaja berlaku pertukaran menara kawalan. Maknanya selepas Kapten Zaharie mengucapkan 'selamat malam" kepada menara kawalan KLIA sepatutnya beliau menghubungi menara kawalan Ho Chi Mi di Vietnam. Sehingga kini tiada pengesahan daripada menara kawalan Ho Chi Mi yang mengatakan bahawa mereka menerima 'salam perkenalan' daripada Kapten Zaharie. Dalam erti kata lain, pesawat MH370 itu hilang apabila ianya memasuki ruang udara Vietnam dan ketika pertukaran menara kawalan antara KLIA dengan Ho Chi Mi. Adakah ini satu kebetulan ataupun memang telah dirancang dan disengajakan?

Berhubung "Air Turn Back" kapten Nik menjelaskan bahawa juruterbang mesti melakukan beberapa tindakan sebelum beliau berpatah balik. Tujuan berpatah balik juga kemungkinan disebabkan kerosakan mekanikal dan kecemasan lain dan juruterbang hendaklah kembali ke lapangan terbang KLIA ataupun lapangan terbang yang berhampiran. Untuk membuat pusingan U. juruterbang tidak boleh melakukan dengan begitu sahaja, kerana ianya cukup merbahaya. laluan udara seperti juga lebuhraya dimana banyak pesawat-pesawat lain yang menggunakan laluan yang sama. Jika juruterbang membuat pusingan U secara sembrono, sudah tentu ianya membahayakan pesawat lain. Tambahan pula pesawat sepatutnya dikawal untuk pulang ke KLIA jika membuat "Air Turn back" kecuali jika sekiranya pesawat buat perangai.

Pesawat buat perangai bermaksud pesawat sudah tidak boleh dikawal mungkin disebabkan kerosakan makenikal yang menjejaskan fungsi pesawat termasuk transponder dan sebagainya. Jika hal yang demikian, juruterbang tidak dapat mengawal pesawat mengikut arah yang sepatutnya tetapi akan memandu pesawat mengikut kemahuan dan kehendak pesawat itu sendiri. Aku anggap keadaan ini seolah-olah pesawat itu telah "dirampas" kawalannya secara tidak sengaja. Contohnya jika kita membawa kereta. Niat kita hendak pusing ke kiri, tetapi kereta tidak mahu pergi ke kiri mungkin disebabkan kerosakan pada stering dan sebagainya. Akhirnya kita hanya akan memandu kereta mengikut arah yang tidak dapat dikawal itu sehinggalah kereta itu dapat dihentikan. Maknanya pemanduan kereta telah "dirampas" secara tidak sengaja.

Kapten Nik tidak mahu membuat sebarang spekulasi, tetapi beliau beranggapan, jika sekiranya pesawat membuat air turn back, ianya disebabkan kerosakan dan bukan kerana dipaksa untuk berbuat demikian. Maksudnya, bukan  dirampas. Beliau tidak berani untuk mengatakan pesawat dirampas. Bagi aku, kemungkinan kesawat itu dirampas oleh mereka yang cukup mahir berkaitan selok belok penerbangan dan berkemungkinan telah mengambil alih pemanduan pesawat tersebut. Sejak dari mula lagi aku merasakan bahawa pesawat ini ada disembunyikan disatu tempat yang cukup terpencil, disebuah negara yang begitu mundur sehinggakan penduduknya begitu daif dan naif untuk berhubung dengan dunia luar. Persoalannya, dimana, dinegara mana? Dari tujuan, itu tidaklah begitu menjadi persoalan kerana sudah tentu perbuatan ini mempunyai tujuan tertentu yang hanya diketahui oleh mereka yang merampasnya saahaja. 

Jadi sekarang ini, aku fikir pihak berkuasa hendaklah menyiasat dari sudut kemungkinan pesawat itu dirampas. Kalau ianya dirampas sudah tentu ada pihak yang merancang. Jika sudah dijumpai siapa yang merancang, maka boleh disoal sisat dimana pesawat itu disembunyikan. Apabila menyiasat perancang kepada rampasan ini (jika rampasan), semua mereka yang berada di dalam pesawat itu adalah suspek. Darjah ataupun pemberat suspek sudah tentu berbeza-beza antara satu penumpang dengan penumpang yang lain. Makanya pihak penyiasat hendak menyiasat pihak yang mempunyai darjah suspek ataupun pemberat yang paling tinggi sekali untuk dijadikan suspek utama. Semak panggilan telefon yang mereka lakukan beberapa hari sebelum penerbangan. Dengan siapa mereka berhubung dan sebagainya. 

Aku percaya pihak penyiasat sudah tentu sedang berusaha ke arah ini kerana pada hari ini aku dapat tahu walaupun dinafikan, pihak PDRM ada menyiasat  krew penerbangan. Aku setuju walaupun aku sedih untuk mendengarnya, tetapi perkara ini tidak boleh diketepikan.  Pihak penyiasat juga sedang menyiasat seorang penumpang dari etnik Uyghur. Baca berita di bawah;

KUALA LUMPUR: Latar belakang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan polis antarabangsa Interpol berbanding penumpang lain.

Harian Metro melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah mengesahkan perkara berkenaan.

"Kami masih melakukan siasatan lanjut berhubung perkara ini," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan tumpuan siasatan lebih kepada lelaki Uyghur berusia 35 tahun yang merupakan pensyarah kejuruteraan elektrik di sebuah universiti di Turki kerana kepakaran yang dimiliki.

Lelaki yang disiasat itu berkelulusan ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan dari United Kingdom mempunyai kepakaran dalam bidangnya dan pernah membuat kajian simulasi penerbangan.

Siasatan itu juga dibuat kerana kerajaan tidak menolak unsur keganasan sebagai salah satu sebab kehilangan pesawat Boeing 777 - MH370 Sabtu lalu.

Uyghur merupakan kumpulan etnik Turki yang tinggal di China.


12 March 2014

Missing Aircraft MH370 - Sokong Datuk Azharuddin 100%



Kesian pada Balotelli, kenapalah dia sahaja yang dijadikan contoh. Dalam kes kehilangan MH370, nama dia juga dijadikan contoh. Sesuailah kalau dia keluarkan statement "why always me?" .

Dalam isu ketua pengarah DCA, aku melihat dari sudut positif. Apa yang boleh aku katakan, Datuk Azharuddin ni seorang peminat Liga Itali dan sudah tentu pemain yang beliau minati adalah Mario Balotelli. Kalau tidak macamana nama Balotelli yang boleh berada di dalam kepala beliau diketika situasi yang cukup sukar dan stress.

Datuk Azharuddin cuma mengatakan bahawa rupa dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan pasport curi itu adalah bukan orang Asia. Beliau memberi perumpamaan, adakah muka Balotelli itu kelihatan seperti muka orang Asia. Pada aku ini bukanlah bermakna beliau bermaksud muka pemegang pasport curi itu muka macam Balotelli. Kenyataan beliau ini hanyalah sebagai menjawab kritikan awal yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Zahid Hamidi yang mendakwa bahawa pegawai imigresen tidak boleh membezakan muka orang asia dengan muka orang eropah.

Dala situasi sekarang ini, aku sebenarnya kesian kepada Datuk Azharuddin. Aku kesian kepada beliau kerana diketika situasi yang cukup sukar ini,  kredebiliti beliau dipersoalkan,  termasuklah penggunaan bahasa inggeris beliau. Bagi aku, bahasa inggeri beliau adalah bahasa inggeris universal, senang untuk difahami oleh semua rakyat termasuklah mereka yang mempunyai pemahaman bahasa inggeris yang lemah. 

Ianya sesuai untuk rakyat macam aku ini hendak memahami apa situasi yang sebenarnya berlaku. Lagipun setahu aku di Cina dimana kebanyakkan rakyatnya mempunyai kefahaman bahasa Inggeri yang sederhana. Jadi bahasa Inggeris yang digunakan oleh Datuk Azharuddin adalah pada tahap medium yang mudah untuk difahami. Di samping itu pula, bukan semua pemberita yang membuat liputan itu mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang hebat. Jadi kalau penggunaan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggunakan american or british  'slang', mungkin kenyataan yang hendak disampaikan disalah tafsir.

Oleh itu, disini, aku menyokong dan berpendapat bahawa datuk Azharuddin memangnya layak untuk mengetuai misi mencari dan menyelamat ini dan penguasaan bahasa inggeris beliau langsung tidak patut dipersoalkan. Aku mengutuk sesiapa yang mempertikaikan kredebiliti Datuk Azharuddin kerana sesungguhnya beliau berusaha keras untuk itu dan sesungguhnya aku percaya beliau lebih selesa dan berbangga dengan Bahasa Melayu di dalam percakapan harian beliau. 

11 March 2014

Penumpang Misteri MH370 dikenalpasti?

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 sehingga kini masih belum terjawab. Ikhtiar dan usaha telah dilakukan oleh banyak pihak samada di dalam mahupun diluar negara dalam pelbagai bentuk ilmu nyata dan juga ilmu ghaib. Semua pihak termasuk pakar-pakar ilmu nyata (ilmu yang bersumberkan maklumat dan kebijaksanaan sains) sungguh bingung memikirkan bagaimana sebuah pesawat yang begitu canggih, bergerak di dalam laluan yang rendah risiko, boleh hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan.

Bagi pengamal ilmu ghaib dan juga kepada mereka yang mempercayai kebesaran Allah S.W.T. perkara ini bukanlah sesuatu yang terlalu bingung untuk difikirkan. Bagi pengamal ilmu perubatan tradisional yang terkenal yang dikatakan boleh berbicara dengan alam ghaib iaitu Mahaguru Ibrahim Mat Zin,  beliau menyatakan bahawa melalui tilikannya yang dilakukan di KLIA, pesawat malang tersebut telah disembunyikan oleh makluk bunian dan pesawat tersebut dan para penumpangnya masih selamat hidup cuma masih belum masanya lagi untuk 'dilepaskan'  kembali ke bumi.  

Pendapat dan kaedah yang digunakan oleh para pengamal perubatan tradisional ini ada yang mengatakan sebagai tahyul dan khurafat, tahyul dan boleh memberikan gambaran yang songsang terhadap ajaran Islam. Benarlah jika sekiranya ianya dikaitkan dengan Islam, tetapi bagi aku, apa yang diamalkan oleh pengamal perubatan tradisional atau bomoh ini bukanlah ajaran Islam tetapi ianya adalah budaya di dalam dunia melayu dan ianya telah diamalkan sejak sekian lama. Orang asing tidak menganggap bahawa itu sebahagian amalan Islam tetapi mereka menganggap itulah sebahagian daripada budaya melayu. Cuma kebetulan ianya dilakukan oleh orang Islam. Bagi orang Islam seperti aku ini, apa yang diperkatakan oleh bomoh itu adalah sesuatu yang tidak boleh dipercayai akan kebenarannya.

Namun demikian, keberkesanannya budaya ini dipercayai kerana acap kali kita diperdengarkan dengan berita dimana orang yang sesat dihutan berhari-hari akhirnya dijumpai dikawasan yang sungguh tidak masuk akal setelah mendapat bantuan para bomoh. Adakalanya ianya dijumpai dikawasan yang tidak disangka-sangka. Dalam hal ini, aku tidak mahu mengulas panjang, tetapi aku yakin bahawa alam bunian yang dimaksudkan itu adalah alam jin. Jin dan manusia berkongsi dunia yang sama, berkongsi ruang udara yang sama, berkongsi air yang sama. Mereka juga membentuk kerajaan mereka sendiri sebagaimana manusia membentuk kerajaan. Isunya kenapa mereka 'menculik' pesawat berkenaan. Mungkinkah ianya dilakukan atas arahan seseoprang yang begitu marah dengan kerajaan Malaysia. Siapa? 

Dua hari lepas, sedikit harapan menjelma bilamana terjumpanya tompokan minyak di Lautan Cina Selatan dan juga terjumpanya objek yang memungkinkan ianya adalah sebahagian daripada serpihan kapalterbang malang tersebut. Namun semuanya kecewa pabila tompokan minyak tersebut disahkan bukan milik pesawat tersebut dan juga objek yang terampung itu juga disahkan hanyalah longgokan kayu terampung. Harapan para pencari dan pihak berkuasa semakin bercelaru. Sekarang ini mereka mula keblai kepada pangkal kepada misteri ini. 

Pihak berkuasa cuba untuk mengaitkan kehilangan misteri ini dengan keganasan bilamana terdapatnya 2 orang penumpang misteri di dalaam penerbangan berkenaan. Penumpang misteri ini dipercayai telah menggunakan pasport kepunyaan orang lain. Fakta ini telah menimbulkan spekulasi baru bahawa berkemungkinan pesawat malang berkenaan telah dirampas. Perkara ini telah menarik minat para penyiasat daripada negara luar termasuk FBI. Menurut menteri dalam negeri Zahid Hamidi, wajah penumpang misteri itu adalah berwajah asia. Menurut DCA pula mengatakan penumpang misteri itu berwajah afrika (berwajah balotelli). Ada berita terbaru dari Thailand yang mendakwa bahawa penumpang misteri itu adalah rakyat Iran yang sedang mencari suaka politik ataupun penempatan baru di Jerman dan Denmark. Entahlah mana satu yang betul. 

Dalam pada itu terdapat nelayan tempatan yang mendakwa mereka ada melihat satu kapal terbang yang terbang rendah pada malam kejadian iaiti kira-kira 1.40 pagi Sabtu. Ada penduduk awam pula mendakwa beliau melihat cahaya terang di laut Cina Selatan pada waktu yang hampir sama pesawat malang itu hilang dari radar. Semua maklumat-maklumat ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. Dalam pada masa yang sama, para nelayan laut dalam yang sedang menjalankan kegiatan menangkap ikan pada waktu kejadian mendakwa bahawa mereka tidak melihat sebarang letupan di lautan. Kenyataan ini boleh membantu untuk menolak ramalan bahawa pesawat tersebut telah terhempas. Ianya semakin membingunkan para pencari dan juga penyiasat. 

Dalam masa yang sama ada waris penumpang di Cina mendakwa bahawa beliau berjaya menghubungi telefon satelit abangnya sebanyak 3 kali selepas kejadian. Kalau benar, bermakna kapal terbang berkenaan tidak hancur dan tidak tenggelam di dalam air kerana kalau ianya hancur dan tenggelam di dalam air adalah mustahil untuk telefon satelit menerima panggilan. 

Di akhir coretan kali ini, aku ingin merumuskan bahawa terdapat dua kemungkinan yang bermain dalam fikiran aku iaitu pertamanya kapal terbang itu mengalami kerosakan teknikal dan juruterbangnya berjaya mendarat di atas air tanpa terhempas tetapi pesawat telah tenggelam secara perlahan-lahan tanpa sempat anak-anak kapal melakukan tindakan kecemasan. Kenapa ianya tenggelam dengan begitu cepat, mungkin juga akibat kebocoran pada perut pesawat. Isunya kenapa juruterbangnya atau pembantu juruterbangnya langsung tidak menggunakan kecanggihan yang ada di dalam pesawat berkenaan untuk menghubungi sesiapa sahaja dan juga kenapa pemilik telefon statelit yang didakwa berada di dalam pesawat berkenaan tidak cuba menghubungi saudara -mera mereka dikesempatan yang ada tersebut. Mustahil juga kerana setahu aku anak-anak kapal telah dlatih untuk keluar dari pesawat dalam masa 90 saat sebaik sahaja pesawat mendapat dalam keadaan kecemasan. Maknanya jika pesawat berjaya mendarat di dalam laut tanpa terhempas dan akhirnya tenggelam, anak-anak kapal mempunyai masa yang cukup untuk keluar dari pesawat dan kapten pesawat dan pembantunya mempunyai masa untuk menghubungi sesiapa sahaja untuk bantuan. Jika pesawat tersebut terhempas dan langsung tenggelam tanpa meninggalkan kesan, inilah yang kemungkinan besar berlaku kepada pesawat berkenaan. Aku percaya inilah kemungkinan yang sedang bermain di benak para pencari. 

Kemungkinan kedua ialah pesawat tersebut  itu telah dijadikan pesawat 'halimunan' iaitu pesawat yang langsung tidak dapat dikesan oleh radar ataupun ianya diterbangkan diluar radar dan dibawa ke satu distinasi baru. Dalam erti kata lain ianya dirampas. Isunya siapa yang cukup berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang cukup mahir berkenaan pesawat MH370 tersebut dan kenapakah pihak ini bertindak demikian. Kalau untuk tujuan tebusan, sudah tentu sudah ada tuntutan daripada pihak berkenaan kepada kerajaan Malaysia. Mungkin juga mereka sengaja membiarkan dahulu ataupun 'hold' dahulu tuntutan mereka sehinggalah disaat dimana kerajaan Malaysia sudah terlalu tertekan, maka barulah mereka membuat tuntutan. Namun demikian, isunya mampukah pihak perampas ini menutup sebuah kapal terbang yang begitu besar tanpa diketahui oleh orang awam. Kalau ada, sudah tentu negara yang digunakan untuk menyembunyikan pesawat ini adalah sebuah negara yang cukup mundur yang mana rakyatnya langsung tidak mempunyai alat komunikasi moden seperti facebook, twitter dan sebaginya. Adake negara sedemikian dalam lingkungan 7 jam perjalanan dari tempat terakhir pesawat tersebut dikesaan? Kalau inilah cerita sebenarnya, maka kerajaan Malaysia sebenarnya sedang 'diserang'. Siapa yang menyerang, siapa yang begitu benci dengan kerajaan Malaysia, takkan Anwar dan kuncu-kuncunya. Walaupun aku percaya mereka cukup benci dengan kerajaan BN, tetapi aku tidak percaya mereka sanggup melakukan perbuatan sekejam itu.