Kangkung goreng belacan + Tom Yam campur + Ikan Masak 3 Rasa + Daging masak merah + Telur dadar + Nasi Putih. Memang sedap dan menyelerakan. Yang penting kangkung goreng belacan atau kangkung goreng sotong tu kena ada. Kalau kangkung naik harga, boleh tukar dengan kailam ikan masim. Namun sekarang ini kangkung sudah turun harga sebagaimana diumumkan oleh PM di Kemaman. Nampaknya menu kangkung goreng belacan akan kembali menjadi permintaan.
Memang betul dan aku sentiasa bersetuju bahawa harga barang yang bukan harga kawalan di kawal sepenuhnya oleh pembekal dan peniaga berdasarkan permintaan dan penawaran. Bukan kerajaan yang menentukan turun naik harga barangan berkenaan termasuk harga ikan, sayur-sayuran terutama sayur kangkung. Ianya bergantung kepada permintaan dan penawaran di dalam pasaran. Jika musim tengkujuh, harga ikan mungkin akan naik kerana para nelayan tidak dapat ke laut. Walaupun ikan sejuk beku ada dijual, rakyat kita bukannya nak belipun kerana mereka merasakan kualiti ikan sejuk beku itu rendah.
Dalam soal kenaikan harga barang, aku pun bengang. Ikan kembung biasa dijual RM12.00 sekilo sudah dijual RM14.00 sekilo. Terus terang aku cakap, aku sudah lama tidak membeli ikan kembong. Aku nampak pun ikan kembong di pasaraya kurang laku. Orangramai nampaknya tidak berani hendak membeli ikan kembong. Ianya dah termasuk di dalam senarai ikan mewah seperti ikan bawal emas atau ikan merah. Harga udang yang dulu sekitar RM18.00 sekilo, sekarang ini dah meningkat naik sehingga RM31.00 sekilogram. Dalam ertikata lain, harga barang yang dulunya tergolong dalam golongan barang biasa dah menjadi barangan mewah. Tak beli ikan kembong atau udang pun tak menjejaskan apa-apa pun. Bukannya disebabkan tidak makan udang dan ikan kembong boleh menimbulkan masalah kepada kehidupan kot? Dalam bahasa mudahnya, aku sudah lama mengelak membeli udang dan ikan kembong walaupun sebenarnya aku masih mampu untuk membelinya jika aku mahu. Kalau lebih ramai yang mengambil tindakan sebegini, aku percaya harga udang dan ikan kembong serta barangan lain akan turun harga.
Usaha aku ini bukanlah aku namakan boikot, kerana untuk membaikot ini, sebenarnya suatu tindakan yang cukup payah kerana kuasa membaikot ini sebenarnya berada di tangan mereka yang mampu dan berada. Golongan ini yang sebenarnya boleh menentukan sesuatu permintaan terhadap sesuatu barangan itu meningkat atau menurun permintaannya. Kalau rakyat yang Inshaallah akan datang baru kaya seperti aku ini, sudah tentu bila sesuatu barangan naik harga, mereka akan cuba mengelak untuk membelinya bukan kerana boikot tetapi ada keperluan lain yang lebih perlu.
Di Malaysia ini, undang-undang cukup banyak. Boleh dikatakan setiap perkara yang tidak bermoral ataupun tidak beretika ataupun tidak mematuhi normal-normal hidup manusia biasa telah mempunyai undang-undang yang mengawalnya. Begitu juga dengan harga barangan. Telah banyak undang-undang diujudkan bagi mengawal para peniaga untuk berniaga dengan lebih adil, bermoral dan beretika. Namun demikian, ramai juga para peniaga yang langsung tidak mempedulikan perkara ini. Isunya kenapa mereka ini bebas untuk melakukan perkara-perkara yang tidak beretika dan bermoral di dalam perniagaan? Bagi aku, ramai dikalangan para pengusaha dan peniaga kita ini yang hanya mementingkan keuntungan dan bukannya kepuasan pelanggan. Peduli apa dengan kepuasan pelanggan, yang penting keuntungan. Ditambah pula penguatkuasaan undang-undang cukup lemah dan tidak berkala menyebabkan tindakan para pengusaha dan peniaga ini berleluasa.
Aku mencadangkan supaya rakyat yang mengatur jadual kepada para menteri-menteri kita dalam isu harga barang ini. Bukankah para menteri kita ini adalah wakil rakyat dan mereka bekerja untuk rakyat. Jadi majikan mereka adalah rakyat dan oleh itu rakyat yang sepatutnya menentukan jadual kerja para menteri dan bukannya menteri yang menentukan apa yang mereka patut buat untuk rakyat, tetapi rakyat yang patut memikirkan apa yang wakil rakyat buat untuk mereka. Ini baru dikatakan memenuhi konsep wakil rakyat. wakil rakyat sebenarnya pekerja kepada rakyat dan bukannya majikan kepada rakyat. Ini konsep sahaja, hakikatnya sebenarnya terbalik dari konsep ini. Janganlan pula wakil rakyat dan para menteri atau penyokong mereka marah pulak. Kalau tak sanggup untuk menjadi kuli rakyat, maka tidak usah bertanding untuk menjadi wakil rakyat.
Rakyat tidak memilih wakil mereka jika sekiranya wakil rakyat tersebut tidak boleh bekerja untuk rakyat. Setiap kali semasa berkempen, kita akan mendengar setiap calon akan mengatakan bahawa mereka akan bekerja untuk rakyat dan akan cuba menyuarakan dan kehendak dan keperluan rakyat. Bagaimana mungkin perkara ini boleh terlaksana jika sekiranya konsep wakil rakyat itu terbalik dan songsang. Sepatutnya yang menjadi majikan adalah rakyat dan pekerja adalah wakil rakyat, tetapi hakikatnya wakil rakyat yang menjadi majikan dan rakyat pula yang menjadi pekerja. Tidak mungkin majikan akan bekerja untuk pekerja bawahanya dan tidak mungkin kuli boleh mengarahkan majikan itu dan ini.
Wakil rakyat dibayar gaji menggunakan duit rakyat. Jadi siapa yang menjadi majikan, rakyat atau wakil rakyat? Sudah tentu majikannya adalah rakyat kerana mereka yang membayar gaji, dan wakil rakyat itu adalah pekerja kepada rakyat. Rakyat sebagai majikan, mereka berhak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan oleh para pekerja mereka.
Dalam isu kenaikan harga barang ini, rakyat iaitu majikan berhak untuk mengarahkan para menteri iaitu pekerja kepada rakyat supaya mengambil tindakan tegas dan rakyat iaitu majikan juga berhak untuk mengatur jadual para pekerja mereka iaitu menteri untuk melakukan penguatkuasaan dan juga pemantauan.
1 comment:
Umno tetap KANGKONG
Post a Comment