Ini kisah SK Pristina yang kecoh dalam bulan puasa itu hari. Aku terkejut juga bila baca berita dua tiga hari yang lalu yang menyatakan bahawa Guru Besar sekolah berkenaan telah memohon maaf kepada keluarga murid yang makan dalam bilik persalinan. Aku terkejut kerana sepatutnya yang memohon maaf adalah keluarga pelajar yang telah memuatkan gambar itu kerana mempunyai niat busuk dan bukannya Guru Besar berkenaan yang mempunyai niat baik. Siapa yang mempunyai niat dan perlakuan tidak baik terhadap sesuatu pihak adalah berkewajipan untuk memohon maaf dan bukan sebaliknya.
Jadi bila aku baca berita mengatakan Guru Besar telah memohon maaf, aku terfikir kenapa perlu dia memohon maaf sedangkan dia bukannya dipihak yang berniat tidak baik. Namun demikian, apabila aku membaca berita malaysiakini pada hari ini,barulah aku faham bahawa penyiaran berita permohonan maaf tersebut tersilap. Sebenarnya Guru Besar berkenaan tidak ada membuat permohonan maaf pun pada keluarga pelajar berkenaan dan keluarga pelajar itu pun tidak berbuat demikian.
Kedua-dua pihak merasakan bahawa mereka tidak bersalah. Kalau dilihat kesan perbuatan dan niat, jelas dan sejelasnya bahawa keluarga pelajar India tersebut berada dipihak yang tersangat salahnya. Perbuatan beliau itu telah merisakkan nama baik Guru Besar berkenaan. Aku merasakan bahawa selepas ini mana-mana sekolah tentu merasa tidak senang dengan tindakan beliau dan sudah tentu pihak sekolah pun tidak suka untuk menerima anak beliau bersekolah. Ibu bapa yang bermasalah, anak-anak yang menjadi mangsa.
'Rakaman audio buktikan HM tak minta maaf'
Rakaman audio pertemuan antara guru besar SK Seri Pristana dan ibu bapa murid, mendedahkan bahawa tiada permohonan maaf dibuat, kata seorang kakitangan sekolah tersebut.
Semua akhbar silap, kata kakitangan tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan. "Rakaman itu boleh membuktikan bahawa guru besar tidak meminta maaf."
Perkara yang sama turut dinyatakan oleh pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Hussein Mohd Ariff, yang turut hadir dalam pertemuan pada hari Isnin itu.
"Setakat yang saya ingat, guru besar tidak meminta maaf... mungkin ibu bapa salah faham," Hussein kepada Malaysiakini.
Semalam, setiausaha Malaysian Tamilan Today, K Gunasekaran mendakwa beliau telah diberitahu oleh ibu bapa bahwa guru besar, Mohd Nasir Mohd Nooh, telah meminta maaf kepada mereka kerana murid makan dalam bilik persalinan semasa waktu rehat pada bulan Ramadan.
Sekolah rendah di Sungai Buloh itu mendapat perhatian selepas gambar murid bukan Islam makan di bilik persalinan muncul di Facebook.
Apabila perkara itu mendapat bantahan awam, ibu bapa yang mendedahkan kejadian itu mengadu bahawa anak-anak mereka telah menjadi sasaran para guru.

No comments:
Post a Comment