CATATAN PERIBADI

12 September 2013

Aku Yakin Mahkamah Memutuskan Gereja Tidak Boleh Guna Allah

Isu kalimah Allah sedang diikuti dengan penuh minat oleh para pencinta Allah S.W.T. Tindakan para paderi Kristian yang ingin memungkinkan supaya kalimah Allah itu boleh digunakan oleh penganut Kristian di Malaysia ini dan khasnya boleh dicetak terutama di dalam majalah The Herald adalah sesuatu yang mempunyai sebab dan maksud tersendiri.

Menurut paderi Kristian,The Herald itu telah diterbitkan sejak 14 tahun yang lalu dan dakwa mereka penggunaan nama Allah telahpun digunakan di Sabah dan Sarawak sejak dahulu kala lagi. Jadi mereka berpendapat sudah sampai masanya kalimah Allah itu turut sama digunakan oleh penganut Kristian di Semenanjung.

Isunya, kenapa baru sekarang baru tergerak untuk menggunakan kalimah Allah, kenapa tidak sejak dahulu lagi? kenapa tidak pada sebelum merdeka lagi? Kenapa baru sekarang ini sibuk-sibuk hendak menggunakannya. Adakah mereka baru sedar bahawa selama ini tuhan mereka tidak mempunyai nama? Kenapa hendak merebut nama tuhan  bagi umat Islam?

Di dalam Islam, Allah itu merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa, Yang Satu, Tidak Beranak dan Tidak di Peranakkan atau dalam istilah mudah Allah itu tuhan yang tidak mempunyai keluarga. Ianya bersifat tunggal. Itulah maksud Allah di malaysia ini. Namun bagi orang Kristian, Tuhan mereka mempunyai anak dan berkeluarga. Apabila tuhan berkeluarga yang mempunyai anak, maka maksud Allah itu sudah tidak kena dengan maksud yang diterima pakai oleh Umat Islam di Malaysia ini.

Ingatkah lagi dengan kes perebutan kes batu putih antara kerajaan malaysia dengan kerajaan Singapura. Mahkamah antarabangsa memutuskan, walaupun Pulau Berkenaannya pada asalnya adalah milik Malaysia, tetapi oleh kerana kerajaan Malaysia tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memakmurkan atau membangunkan Pulau rebutan berkenaan, sedangkan Singapura adalah pihak yang memakmurkan Pulau Berkenaan. Jadi  Mahkamah Antarabangsa memutuskan bahawa Singapura yang berhak ke atas pulau Batu Putih tersebut.,

Serupa juga di dalam kes kalimah Allah ini. Jika benarlah dakwaan pihak Kristian bahawa Allah itu telah digunakan sejak sekian lama di Sabah dan Sarawak dan juga di Tanah Arab, tetapi di Semenanjung Malaysia, orang Islam yang telah menggunakannya sejak sekian lama dan tanpa bantahan daripada mana-mana pihak terutamanya orang Kristian. Mereka lebih selesa menggunakan God untuk nama Tuhan mereka. Bagi mereka Allah itu adalah tuhan bagi Umat Islam. Pihak  Kristian tidak pernah membantah ataupun menuntut malahan tidak pernah menggunakanya Allah di Semenanjung. Disebabkan penggunaan Allah itu telah sebati dengan Islam , maka makna perkataan Allah itu sendiri telah disesuaikan dengan makna tuhan bagi orang Islam.

Namun demikian, apabila pihak gereja hendak turut sama menggunakan perkataan Allah itu, sudah tentu ianya dibantah oleh umat Islam. Orang Islam beranggapan bahawa akan timbul kekeliruan yang hebat jika Allah turut sama digunakan oleh agama selain Islam kerana makna  Tuhan bagi setiap agama. Orang Kristian mendakwa bahawa Tuhan mereka ada anak dan ada bapa, orang India pula lain dia punya maknanya. Jadi tidak sama. Jika semua hendak menggunakan nama Allah, sudah tentu akan menimbulkan kekeliruaan dan kecelaruan.

Bagi orang Islam sendiri yang menyokong tuntutan gereja ini, pada pendapat aku mereka ini tidak mempunyai nilai kasih sayang atau kecintaan kepada Allah itu sendiri. Mereka lebih suka melihat Allah yang mereka sembah itu digunakan oleh pihak yang memahami Allah dalam konteks yang berbeza dengan apa yang mereka faham. Ini bukan masalah semua orang boleh guna nama Mat Sabu atau Mustafa. Penggunaan Allah ini boleh membawa ke ahkirat

Kesimpulannya, tuntutan pihak kristian ini tiada asasnya dan hendaklah ditolak dengan kos sebagai pengajaran. Dari segi niat samada niat tidak baik ataupun niat baik tindakan pihak gereja ini, ianya mungkin tidak boleh dijadikan hujah di dalam Mahkamah, tetapi dari segi kekeliruan yang mungkin timbul, cukup senang untuk dibuktikan kerana perbezaan maksud itu sahaja sudah cukup untuk mengelirukan banyak pihak samada orang Islam ataupun Orang kristian itu sendiri.

1 comment:

  1. For Muslim, want to stay Muslim and want to die as a Muslim, no choice !

    ReplyDelete