SAHABAT BLOG

04 September 2013

Kerajaan Makin Kurang Kreatif?

Masih lagi berkenaan kenaikan harga minyak. Seorang menteri menyatakan bahawa, tidak ada sebab bagi peniaga untuk menaikkan harga barang makanan kerana katanya kenaikan harga minyak hanya 20 sen sahaja  dan ianya tidak menjejaskan apa-apa. Itu kata beliau kerana beliau bukan seorang peniaga. Peniaga kita punya mentaliti lain. Mereka kalau boleh langsung tidak mahu pendapatan sedia ada mereka terjejas. Sudah tentu kenaikan harga minyak ini akan menjejaskan pendapatan mereka. Kilang atau pembekal bukannya membeli satu liter minyak sahaja. Sudah tentu mereka menggunakan berliter-liter petrol untuk mengerakkan business mereka. Lagipun tidak pernah berlaku dalam sejarah tanahair, peniaga tidak menaikkan harga barang ekoran kenaikan harga minyak. Mesti naik punyalah. Menteri pun bukannya larat nak pantau semua peniaga dalam negara ni. 

Bukan aku nak marah kepada kerajaan kerana naikkan harga minyak. Lagipun aku masih mampu untuk bayar kalau setakat 20 sen tu. Aku pun pergi kerja naik motorsikal sahaja dan kereta pun guna kereta nasional sahaja. Namun aku khuatir dengan kepimpinan sedia ada sekarang ini. Mereka seperti ketandusan idea untuk menambah khazanah negara sehinggakan terpaksa mengurangkan subsidi. Dalam kepala pemimpin kita terutama yang bijak pandai pasal ekonomi, jika sekiranya subsidi ini diteruskan, sesuatu malapetaka bakal berlaku ataupun meletup dan akibatnya anak cucu kita akan merana. Ada ke boleh seorang menteri bercakap macam tu. Aku tak sebutlah menteri mana, tetapi ada disiarkan dalam akhbar penggunaan perkataan 'meletup' itu.  

Subsidi ni bukan perkara baru. Dah 50 tahun lebih negara memberikan subsidi kepada rakyat. Tak pernahpun pemimpin terdahulu merungut pasal pemberian subsidi ini kerana mereka tahu, itu adalah tanggungjawab mereka kerana mereka dipilih oleh rakyat. Rungutan pasal subsidi ni hanya kedengaran bila Tun Mahathir melepaskan jawatan.

Lagipun bukan negara kita sahaja yang memberikan subsidi kepada rakyat. Boleh dikatakan seluruh negara dalam dunia ini memberikan subsidi kepada rakyat masing-masing. Pemberian subsidi ini sudah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Jadi sebagai kerajaan, mereka hendaklah bijak dah kreatif untuk mencari duit untuk menguruskan negara. Bukannya mencari jalan mudah dengan menambah beban rakyat. 

Aku pun tak fahamlah apa yang mereka buat dengan duit penjimatan subsidi minyak ni. Semasa Pak lah menaikkan harga minyak dulu, katanya duit subsidi yang berjaya dijimatkan itu akan digunakan untuk membaiki kemudahan pengangkutan awam. Namun demikian kalau tak silap aku, semua kemudahan infrastruktur untuk kemudahan pengangkutan awam ini dilaksanakan pada zaman Tun Mahathir dulu.

BN ni sebuah parti yang cukup berjaya dan mempunyai trek rekod yang cukup cemerlang untuk memajukan negara dan membantu rakyat. UMNO pula mempunyai jasa yang cukup besar untuk membantu orang melayu. Janganlah pula pemimpin sekarang ini merosakkan kepercayaan orangramai terhadap BN dan orang melayu pula hilang keyakinan kepada UMNO. 

Akhir kata, aku mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kerapa PM kerana berani untuk membuat keputusan yang langsung tidak popular. Masa yang diambil untuk membuat keputusna ini cukup bijak iaitu selepas PRU13.  Cuba buat sebelum PRU13? Jadi nasihat aku walaupun tak didengari, kalau nak buat keputusan yang tidak popular macam ni, buatlah dalam masa setahun dua ni kerana PRU14 lambat lagi. Melayu mudah lupa kata Tun. Aku tidak hairanlah kalau banyak lagi keputusan tidak popular yang bakal dilakukan. Aku agak dalam bajet 2014 nanti, tumpuan utama adalah bagaimana hendak meningkatkan wang negara. Antaranya seperti menaikkan kadar cukai syarikat dan cukai individu. Kita tengok sahajalah. 



  





1 comment:

Anonymous said...

Aku pedih telinga kena perli rakan-rakan PR..aku rayu kerajaan jgnlah tambah beban rakyat...kecewa rasanya kami yg beri sokongan pada PRU 13..dengarlah rintihan kami jgnlah buat PEKAK telinga saja sebab PRU 14 kami nak bagi mandat lagi..