Aku sebenarnya malas nak komen pasal MB Selangor ni. Namun demikian situasi sekarang ini amat menarik untuk diberikan komentar. Siapa bakal MB yang baru. Kalau dilihat komposisi parti yang memenangi kerusi dan juga kalau dilihat kepada keperluan semasa, Parti PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB yang baru. Sebagaimana diketahui MB hendaklah seorang Melayu Islam. Dengan DAP tidak ada sorang pun ADUN yang beragama Islam, maka peluang itu terbuka kepada PAS dan PKR.
Jika dilihat kepada PAS dan PKR, masing-masing memenangi 15 dan 14 kerusi. Maknanya PAS lebih 1 kerusi berbanding PKR. Dari segi heirakinya , PAS adalah lebih layak untuk dilantik sebagai MB. Namun demikian jangan lupa perana DAP. Mereka juga ada peranan untuk memberikan restu kepada parti mana yang bakal menjadi MB. Sudah tentu mereka juga inginkan seorang MB yang mempunyai visi dan misi yang paling hampir dengan mereka. Kalau tidak silap aku, DAP sudah pasti akan menyokong PKR. Jadi pilihan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. PAS tidak boleh buat apa-apa kerana itu adalah keputusan teramai. Dalam masa yang sama ADUN BN tidak boleh membantu. Jadi terpulang kepada Sultan untuk merestui siapa yang baginda restui untuk menjadi MB. Sultan tidak terlibat dengan politik. Baginda hanya mahukan seorang MB yang boleh menjaga negeri dan membawa kesejahteraan rakyat baginda. Jadi aku tidak fikir Sultan akan campur tangan. Baginda akan merestui siapa sahaja yang dipilih oleh Parti kecuali jika baginda mendapati ADUN tersebut mempunyai moral yang kurang bagus. Jadi Azmin Ali aku fikir tidak akan direstui oleh Baginda.
Dengan menyokong PKR, bermakna PAS terlepas peluang untuk menjadi MB. Ianya membawa maksud tersirat bahawa DAP telah mengkhianati PAS kerana kenapa DAP tidak menyokong PAS sedangkan PAS memiliki kerusi yang lebih besar berbanding PKR. PAS akan menerima sahaja apa jua keputusan yang diputuskan kerana itu memang sudah menjadi adat di dalam sebuah Pakatan. Suara majoriti suara dituruti. Jika PAS membantah, bermakna PAS telah ingkar. Hubungan akan menjadi keruh dan jika PAS di singkirkan dari Pakatan, DAP dan PKR masih boleh membentuk kerajaan.
1 comment:
yo.... apasat lu malas ha... Ini silangor PKR punya lol.... jika satu sahaja tempat PKR menang dan PAS menang lapan ma, ini silangor tetap kepunyaaan PKR lol... apasat PAS sibuk hah... pi jauh-jauh... ini hari manyak suwei lol.. custemer mula lari lol.... aya.. Hey apek... lu pigi jaga depan takut hijau datang kacau lah... aya.. mau bisines pun susah lol..
Post a Comment