SAHABAT BLOG

12 May 2013

Apa lagi Pakatan Rakyat Mahu?

Aku tertunggu-tunggu bile lagi Anwar & the gang hendak buat demostrasi jalanan bagi membantah keputusan Pru 13. Stakat buat perhimpunan di stadium tu tak jadi apa bro. Buatlah perhimpunan setiap hari pun, yang akan perginyer muka-muka yang sama je. Kalau buat demonstrasi jalanan lagi gempak bro. Barulah negara jadi huru hara. Bukankah itu memang niat PR iaitu hendak menimbulkan huru haraa dan menghasut rakyat

Minta maaf pak polisi, aku bukan menghasut, tetapi saja hendak perli muka-muka tembaga pemimpin pr yang tak tau malu. Kalau tak silap aku, Nabi SAW ada bersabda bahawa jika sudah hilang malu dalam diri seseorang itu, maka dia sanggup buat apa sahaja. Jadi aku fikir, pemimpin pakatan rakyat mungkin ditarik perasaan malu dalam diri mereka sehingga sanggup mengadaikan maruah masing-masing.

Aku sebenarnya meluat bebenor dengan perangai pemimpin pakatan rakyat ni. Kalau dah kalah tu terima jelah keputusan rakyat. Memang benar peratus rakyat yang memihak kepada mereka lebih besar berbanding BN, tetapi majoriti itu disumbangkan oleh satu bangsa sahaja. Dalam lain perkataan, hanya satu bangsa adalah penyumbang terbesar undi popular Pakatan Rakyat.

Tidak ada kemungkinankah bangsa tersebut akan menuntut lebih kerana mendakwa mereka lebih popular. Apa dorang ingat Pru ni macam anugerah bintang popular berita harian. Siapa yang mendapat undi paling banyak, maka dialah yang paling popular dan diistiharkan pemenang. kalau macam tu, nampaknya kita kena ubah sistem pru kite dengan mengambil anugerah bintang popular berita harian sebagai benchmarking.

Penipuan, rasuah dalam pru 13 hanya rekaan pemimpin pakatan rakyat semata. Kalau betul bn dan spr menipu, kenapa kemenangan bn makin merosot. Adake orang sengaja menipu untuk rugi diri sendiri. Kalau pakatan rakyat yang menipu dan main kotor ada munasabahnya kerana mereka yang berjaya  dan menambah kerusi. Lagipun, ejen-ejen calonyang dilantik  buat apa, tidurke sehingga tak berjaya mengesan penipuan yang berlaku jika ada.

3 comments:

Anonymous said...

Kami mahu PR memerintah. Bukan perasuah atau perompak harta rakyat mcm umporno!!!

Abangpi said...

Salam Abang Putrarahman,

Saya harap rakyat majoriti tidak terpengaruh dengan Anwar Ibrahim.

Melalak dimerata tempat kata PRU 13 penipuan. Sudah ada mekanisma yang boleh digunakan untuk membantah keputusan pilihanraya tapi mesti dengan bukti. Anwar Ibrahim TIDAK ada bukti-bukti ini.

putrarahman said...

Anon 1:52, kali pr nak jadi pemerintah, kenalah tunggu izin Allah dulu.

Abangpi, puak pr Ni anggap undang2 ikut dibelakang mereka.