Umum sudah dimaklumkan sejak sekian lama bahawa Anwar Ibrahim bakal dilantik menjadi PM ke 7 jika sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Namun dalam masa yang sama PAS nampak memilih untuk bermain teka-teki. Dalam masa PAS masih bermain teka teki dengan rakyat, BN secara umumnya sudah memastikan bahawa DS Najib adalah calon PM jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.
Kelakuan dan perangai PAS yang masih berteka teki ini sedikit sebanyak meresahkan Anwar Ibrahim dan para penyokong PKR. Bagi menhilangkan dan meredakan keresahan para penyokong PKR, Anwar bertegas bahawa beliau adalah orangnya yang akan dilantik sebagai PM ke 7 dari kalangan Pemimpin Pakatan Rakyat. Bahkan mungkin juga beliau sudah menyediakan draf ucapan sulung beliau sebagai PM.
Namun demikian, jika kita study tindak tanduk PAS dan DAP akhir-akhir ini, nampaknya draf ucapan Anwar itu terpaksalah disimpan sebagai draf selama-lamanya.
Jika benarlah Anwar yang menjadi pilihan dihati PAS, kenapa mereka tidak menyatakan pendirian mereka sebagaimana dinyatakan oleh DAP dan PKR. Kenapa mereka masih berteka teki malah PAS sanggup menyatakan ciri-ciri PM yang mereka idamkan iaitu seorang yang yang berintegriti, amanah, kaum Melayu dan beragama Islam.
Mengikut Wkipedia Intergriti membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya,
Dari apa yang aku belajar pula ialah intergriti itu dalangnya dari dalam diri seseorang itu iaitu keimanan dan pengawalan diri dari melakukan sesuatu yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam dan norma-norma budaya. Seorang yang berintegriti itu bersifat ihsan iaitu menyedari bahawa segala perbuatannya walaupun tidak dilihat oleh manusia, tetapi sesungguhnya Allah melihat.
Amanah, jujur, ketulusan, kesempurnaan itu pula sebenarnya telah dirangkum di dalam makna intergriti.itu sendiri..
Jadi kalau kita ambil kira ciri-ciri yang ditetapkan oleh PAS ini, adakah Anwar menepati ciri-ciri tersebut. Jika tidak siapa pula yang menepati ciri-ciri tersebut di kalangan pemimpin PR. Mungkinkah Mahfuz OPmar??
Baca artikel di bawah.
PR sudah ada calon PM, kata Mahfuz
23 April 2013
ALOR SETAR - Pakatan Rakyat (PR) telah memutuskan calon yang layak menjadi perdana menteri jika berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sungguhpun begitu, ia masih tidak dapat diumumkan kepada orang ramai buat masa ini.
Beliau berkata, individu yang layak menyandang jawatan itu mestilah seorang yang berintegriti, amanah, kaum Melayu dan beragama Islam.
“Kalau soal menteri, tidak kiralah dia Islam atau tidak, masih boleh Jadi menteri. Tapi atas dasarnya perdana menteri mestilah daripada kalangan orang Melayu yang beragama Islam.
“Itu terpulang kepada PR untuk melantik siapa. Kita dalam PR sudah tetapkan siapa orangnya, tapi tidak boleh bagi tahu lagi," katanya pada sidang media di pejabat Pas kawasan Pokok Sena hari ini.
Menurutnya, walaupun Umno dan Barisan Nasional (BN) sering buat spekulasi bermacam-macam mengenai calon itu tetapi PR sudah ada keputusan sendiri.
Mahfuz berkata, pemimpin Umno dan BN semakin ‘meroyan’ dan serabut untuk berteka-teki siapa calon pilihan PR untuk menjadi perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sebelum ini mereka kata DAP nak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM, Pas pula yang tidak mahu Anwar. Sekarang ini dia kata DAP dan Pas sepakat untuk lantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai perdana menteri pula.
“Pada saya, kadang-kadang keserabutan pemimpin Umno dan BN dalam berhadapan dengan situasi kebangkitan rakyat ini semakin menjadi-jadi. Insya-ALLAH, kita akan melihat siapa yang jadi perdana menteri selepas PRU13,” katanya.
Ditanya sama ada beliau adalah antara calon yang layak mengisi jawatan itu, Mahfuz mengiyakannya.
“Saya antara calonnya sebab tanding Parlimen. Sebelum ini orang kata saya nak jadi MB (Menteri Besar). Macam mana saya nak jadi MB, saya tanding Parlimen. Saya hanya layak untuk jadi calon PM. Saya juga layak untuk jadi calon menteri,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa DAP membuat perjanjian sulit untuk mengangkat Hadi sebagai PM jika mereka dibenar menggunakan logo Pas pada PRU13.
Bagaimanapun, perjanjian antara DAP dan Pas itu tidak diketahui Anwar yang sedang mengira hari untuk menjadi perdana menteri ketujuh jika PR menang PRU13.

No comments:
Post a Comment