CATATAN PERIBADI

25 April 2013

Dakwaan Jahat terhadap UMNO di Permatang Pauh.

Perhatian ~ Umno akan tumpaskan Anwar dengan undi TIPU !!
Satu maklumat yang bolih dipercayai Ketua Pembakang (Bakal PM lepas PRU 13) akan ditewaskan di Parlimen Pmtg Pauh dengan sejumlah peti undi Hantu. Pertukaran peti undi akan dilakukan semasa 30 minit pengundian ditutup untuk persediaan pengiraan undi. Sudah menjadi rahsia umum bagaimana Umno mahu menumpaskan Anwar di mana sahaja dia bertanding asalkan dia tewas kerana sekiranya Anwar menang dan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas 6 Mei nanti, pemimpin Umno yang akan 'menanggung sengsara tak terhitung'  - 
http://kingofgoblok.blogspot.com/2013/04/perhatian-umno-akan-tumpaskan-anwar.html



Artikel di atas ni aku ambil dari blog pro-pembangkang. Aku percaya penulis artikel ni zero pengetahuan mengenai proses pengundian dan pengiraan undi di negara kita ini.


Aku ada pengalaman menjadi petugas ditempat mengundi sekitar tahun 90 an dulu dan aku yakin dan jamin bahawa perkara yang dinyatakan diatas itu tidak akan berlaku jika SPR masih mengekalkan proses pengiraan undi seperti dulu.

Aku nak kongsi pengalaman aku mengenai proses pengundi sehinggalah proses pengiraan undi. Kita tengok ada tak ruang peti undi ditukar.

Prinsip asasnya ialah, Kertas undi akan dikira dipusat mengundi dengan diperhatikan oleh wakil calon parti masing-masing. Walau sesaat pun mata para pemerhati parti yang berada di dalam pusat mengundi itu tidak akan terlepas pandang kepada peti undi. Kalau letih mereka akan diganti. Sebaik sahaja masa mengundi tamat jam 5.00 petang, pintu tempat mengundi pun ditutup. Ada polis kawal diluar pintu.

Bila pintu dah ditutup, peti undi pun akan dibuka. Masa buka tu, wakil calon ada bersama-sama dan memerhati dengan tekun sehinggalah peti undi ditonggeng dan ditunjukkan kepada wakil calon bahawa peti sudah kosong. Kalau diizinkan, boleh rakam dengan kamera smartphone setiap aktiviti yang berlaku sebaik sahaja jam menunjukkan pukul 5.00 petang. 

Setelah peti undi dibuka, maka Kertas undi pun ditonggeng masuk ke dalam bakul besar. Jumlah keseluruhan kertas undi  akan dikira dan jumlah tersebut hendaklah sama dengan jumlah kehadiran pengundi. Wakil setiap calon akan mengesahkan perkara tersebut dengan mengira berapa ramai pengundi yang hadir berdasarkan senarai pengundi yang mereka miliki.

Kemudian bakul-bakul kecil mewakili setiap calon dan satu bakul undi ragu dan satu bakul undi rosak diletakkan. Maknanya kalau ada 2 calon, ada 5 bakul kesemuannya. 1 bakul besar, 2 bakul calon dan 2 bakul untuk undi ragu dan undi rosak.

Bi;la dah ready semuanya, kertas undi pun diasingkan berdasarkan tanda yang dibuat oleh para pengundi. Semasa pengasingan ini, petugas pusat mengundi akan menunjukkan setiap kertas undi kepada wakil calon untuk mengesahkan pengundi pangkah calon mana. Kertas undi hanya akan dimasukkan ke dalam bakul calon setelah kesemua wakil calon berpuashati bahawa undi itu memang untuk calon tertentu. Jika meragukan, maka kertas undi akan dimasukkan ke dalam, bakul undi ragu.

Kertas undi ragu tersebut akan disahkan sekali lagi oleh semua termasuk wakil calon bagi menentukan samada kertas undi itu rosak atau boleh diterima pakai. Masa nilah perlunya wakil calon main peranan dan mesti tahu membezakan undi yang diterima dan undi ditolak kerana para pengundi ni macam-macam cara pangkah mereka. Bagi yang jelas tanda pangkahnya, tak jadi masalah, tetapi ada yang tanda / , dan ada yang tanda bulat. Ada yang pangkah pada lambang calon dan bebagai lagi. Jadi wakil calon kena bijak menilai.

Baiklah, bila habis pengasingan, maka jumlah kertas undi akan dikira bagi setiap calon termasuk undi rosak. Pada masa ini kertas undi ragu sudah tiada. Jumlah undi bagi setiap calon dicampur dengan undi rosak hendaklah sama dengan jumlah keseluruhan kertas undi. 

Bila dah habis kira, ketua pusat mengundi pun akan mengisi borang jumlah undi bagi setiap calon. Ketua pusat mengundi pun akan  memberitahu berapa undi yang diperolehi oleh setiap calon. Wakil calon pun akan mencatat jumlah undi yang diperolehi oleh calon masing-masing. Kertas undi pula akan dimasukkan kembali ke dalam peti undi dan dikunci serta diselkan.

Wakil calon yang telah memperolehi jumlah undi akan keluar dari tempat mengundi dan membawa jumlah undi yang diperolehi untuk dilaporkan kepada petugas parti masing-masing yang bertugas menjumlah undi. Jumlah undi yang diperolehi oleh calon masing-masing akan dicampurkan dengan jumlah undi dari lain-lain pusat mengundi untuk mendapatkan jumlah besar. 

Ketua pusat mengundi dengan diiringi oleh polis akan membawa borang yang mengandungi jumlah undi bagi setiap calon dan juga kertas undi ke tempat penjumlahan undi. 

Sampai dipusat penjumlahan undi, jumlah undi yang diperolehi oleh calon akan dicampurkan dengan jumlah jumlah undi yang diperolehi dari pusat mengundi yang lain. 

Apabila keputusan diumumkan, sudah mestinya jumlah undi yang diperolehi oleh calon mesti sama dengan jumlah undi yang dijumlah oleh parti masing-masing. Jika ada keraguan, barulah pengiraan semula akan diadakan.

Jadi berdasarkan senario di atas, dimanakah ruang dan peluang untuk peti undi ditukar seperti dakwaan bloger di atas. Aku tidak nampak ada ruang langsung untuk menukar peti undi tanpa diperhatikan oleh wakil bagi setiap calon kecualilah wakil-wakil calon tersebut tidak amanah dan tidak melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka atapun ada ahli silap mata yang boleh menukar pati undi tanpa disedari oleh wakil calon.

Oleh yang demikian, pada pandangan aku, dakwaan bahawa akan berlaku penipuan oleh SPR dengan menukar peti undi adalah dakwaan mereka yang tidak tahu proses pengundian dan pengiraan undi dijalankan ataupun mereka sengaja membuat dakwaan tersebut bagi tujuan menggalakkan para penyokong mereka memprotes dan mengharapkan berlakunya keadaan huru hara sehingga menyebabkan kemenangan calon diragui dan ditolak. Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak berperikemanusiaan. 

No comments:

Post a Comment