Kes di Lahad Datu dah masuk hari ke berapa entah. Aku pun tak hitung sangat dah. Sehingga kini masih belum selesai lagi. Aku harap ianya diteruskan sampai masalah pencerobohan di Sabah tu selesai.
Kerajaan hendaklah menggunakan kesempatan Ops Daulat ini untuk halau semua pendatang haram di Sabah tu. Buat strategi 'pukat harimau' ataupun 'pukat Tunda'. Anggaplah setiap penduduk di Pantai Timur Sabah itu adalah sasaran. Jangan sorang pun terlepas. Periksa semua dokumen-dokumen pengenalan diri mereka. Mana yang sahih warnagenara Malaysia, dikekalkan berada di Sabah dan diberi nasihat jadilah warganegara yang berhemah dan baik.
Mana yang tak ada pengenalan diri ataupun pengenalan diri yang meragukan, anggaplah mereka semua sebagai penganas Sulu dan hantar semuanya kepada Jamalul Kiram III. Pandai-pandai dialah nak buat macamana.
Kepada mereka yang menjadi dalang dalam isu pencerobohan penganas Sulu ni, janganlah pandai-pandai nak alihkan isu pulak. Apa korang ingat bila korang alihkan isu, rakyat akan akan lupakan begitu sahaja keganasan yang dilakukan oleh penganas Sulu.
8 Mac 2013

Polis tahan 79 orang punya kaitan insiden pencerobohan
8 Mac 2013
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan kumpulan militan di Kampung Tanduo, dekat sini, sejak 12 Februari lepas.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata mereka ditahan di sekitar Sabah, termasuk di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Semporna.
Bagaimanapun beliau enggan mengulas kerakyatan mereka yang ditahan itu.
"Siasatan masih dijalankan dan hasil soal siasat terhadap mereka telah membawa banyak kejayaan kepada Op Daulat untuk membanteras penceroboh itu," katanya kepada pemberita di markas sementara di Felda Sahabat 16, di sini hari ini.
Sejak pencerobohan itu, lapan anggota polis terkorban iaitu dua dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac manakala di pihak musuh, seramai 52 orang terbunuh. - Bernama

No comments:
Post a Comment