Hari ni aku nak ulas sikit isu permohonan maaf bapa si Saifol kepada Anwar Ibrahim. Hari Jumaat lepas aku cuma copy paste sahaja berita tanpa memberikan apa-apa komen supaya pembaca sedar. Aku sebenarnya malas nak tulis isu-isu lain kecuali isu Lahad Datu. Isu penganas Lahad Datu ini begitu menarik minat aku, kerana ianya sama seperti kisah penjajahan Melaka oleh tentera Portugis 400 tahun yang lampau. Semuanya angkara pengkhianatan orang dalam.
Baiklah, sekarang ini pun pasukan keselamatan kita masih sedang bertempur dengan puak-puak penganas Sulu dan semalam aku dengar ada 2 orang pasukan keselamatan kita yang tercedera. Aku bukan nak beri pujian kepada penganas Sulu ini, tetapi sekadar memperakui semangat dan hati kering mereka ini sangat menyusahkan pasukan keselamatan kita.
Kenapa TNB tidak putuskan bekalan letrik dan bekalan air ke KG. Tanduo dan Kg. Tanjung Batu. Bukannya ada rakyat Malaysia lagi di kedua-dua kampung tersebut. Kalau bekalan letrik diputuskan, tak bolehlah dorang nak cas bateri telefon. Makna takleh dorang nak berhubung dengan dunia luar. Kalau tak de letrik, taklehlah dorang nak guna perkakasan letrik ataupun menonton TV, atau memasak nasi, mengosok baju, update twiter, facebook , membacuh kopi dan sebagainya. Kalau takde semua ini, lemas dorang.
Baiklah, cerita pasal si Azlan iaitu bapak Saifol yang meminta maaf kepada Anwar kononnya tindakan Anwar meliwat Saifol itu sebenarnya satu konspirasi UMNO semata-mata. Anwar sebenarnya tidak bersalah semasa meliwat itu kerana ianya adalah konspirasi sahaja. Betul tak ayat aku ni? Tak betul kan. Katakan dalam negara ini ada 28 juta rakyat Malaysia semasa kejadian liwat itu berlaku, bapa Saiful adalah dalam golongan 27,999,998 orang yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku. Hanya 2 orang sahaja yang benar-benar tahu adakah kejadian liwat itu berlaku atau sebaliknya. Seorang mengatakan ianya berlaku dan sorang lagi mengatakan ianya tidak berlaku.
Orang lain termasuk bapa si Saiful hanya mendapat sumber-sumber dan juga cerita-cerita daripada kedua-dua orang ini. Seorang iaitu Saiful menceritakan kejadian liwat tersebut manakala Anwar pula menafikan. Sehingga kini hanya Saiful sahaja yang dapat memberitahu dunia dimana dan apa yang sedang dia buat pada masa dan tarikh kejadian liwat itu berlaku. Manakala Anwar pula tidak dapat memberitahu dimana dan apa yang dilakukannya pada masa dan tarikh kejadian liwat itu berlaku.
Pada awalnya Bapa Saifol ini mempercayai cerita Saiful sehingga sanggup menemani Saiful melakukan sumpah laknat. 5 tahun bukannya satu masa yang pendek untuk si Azlan tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Jika ada konpirasi sekalipun, tak perlu tunggu 5 tahun, aku fikir dalam masa 1 - 2 tahun sahaja, sudah tentu beliau boleh mengetahuinya. Beliau bukan seorang yang bodoh untuk tidak mengetahui dan membaca segala pergerakan Saiful dalam tempoh 1 - 2 tahun tersebut. Andai kata beliau telah boleh mensyaki sesuatu yang tidak betul dan wujud konspirasi, kenapa beliau masih mempertahankan Saiful sehingga penghujung tahun 2012. Kenapa perlu tunggu sehingga 5 tahun.
Aku tidak menyalahkan rakyat Malaysia yang mempercayai wujud konpirasi untuk memfitnah Anwar Ibrahim dalam kes Liwat 2. Mereka boleh berhujah bahawa Mahkamah telah memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah dan sekarang ini hujah mereka makin kuat apabila bapa Saiful sendiri mengatakan bahawa anak beliau telah dipergunakan oleh UMNO.
Aku juga tidak menyalahkan rakyat Malaysia yang mempercayai bahawa Anwar Ibrahim ini memang benar-benar memasukkan kemaluannya ke dalam Jubur Saifol dengan menggunakan bantuan pelincir Ky-Jelly. Mereka mempunyai sebab tersendiri untuk mempercayai cerita Saifol. Pertamanya, sudah tentu mereka berhujah bahawa semasa liwat yang pertama dahulu, terdapat air mani Anwar yang bercampur dengan air mani seorang perempuan lain di atas cadar yang sama. Ini menunjukkan bahawa Anwar ini seorang yang pernah berzina. Mereka juga mungkin boleh berhujah bahawa DNA air mani Anwar dijumpai dalam jubur Saifol oleh pakar. Mereka juga mempunyai keyakinan terhadap sumpah yang dilakukan oleh Saifol. Walaupun sumpah itu tidak cukup syarat, tetapi siapa Saifol untuk mengetahui syarat-syarat sumpah. Sudah tentu beliau berkeyakinan penuh bahawa sumpah yang dilakukannya adalah sumpah laknat dan sanggup untuk menanggung segala akibat daripadanya.
Bukan setakat sumpah Saifol, sudah banyak pihak yang mendedahkan salah laku Anwar ini termasuk Trio Datuk T, Umi Hafilda, Nalakurapan, Ezam , Zulkifli Nordin, dan lain -lain lagi. Itu yang dilaporkan kepada orang awam. Aku fikir banyak lagi kisah-kisah Anwar ini yang tidak didedahkan kepada orang Awam kerana tidak ada sebab bagi mereka untuk mendedahkan kisah Anwar ini.
Bukti-bukti ataupun hujah-hujah ini dipegang oleh mereka yang percaya bahawa Anwar memang benar-benar meliwat Saifol. Jadi mereka juga tidak boleh disalahkan jika mengambil pendirian bahawa Anwar memang bersalah dan Saiful itu berada dipihak yang benar.
Jadi kesimpulannya sebagai seorang yang waras, apabila ada dua pihak yang berbalah, sorang mengatakan tidak dan sorang lagi mengatakan Ya, maka jalan terbaik adalah menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan. Walaupun Mahkamah Tinggi mengatakan bahawa Anwar tidak bersalah, tetapi Mahkamah Rayuan belum lagi membuat keputusan. Mahkamah Tinggi hanya sorang hakim sahaja, manakala Mahkamah Rayuan ada 3 orang hakim yang akan mendengar dan membuat penilaian serta membuat keputusan.
Kepada pihak yang mengatakan Anwar bersalah dan pihak yang mengatakan Saifol berkonpirasi, tidak ada gunanya bergaduh . Tunggu sahaja keputusan hakim. Manakala bapa Saoful itu, aku berpendapat bahawa semuanya dilakukan demi wang semata-mata. Walaupun beliau tidak dibayar sekalipun, tetapi aku percaya selepas ini beliau akan diusung kesana kemari di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat untuk mendedahkan teori konpirasi beliau. Sudah tentu ada bayaran untuk beliau. Takkan cakapcakap kosong sahaja. Silap-silap boleh menjadi calon bagi PKR.
No comments:
Post a Comment