CATATAN PERIBADI

07 March 2013

Terkini Dari Lahad Datu: 52 Penganas Termasuk Seorang Jeneral Telah Berjaya DiTumpaskan



Menurt sidang akhbar bersama di antara PDRM dan ATYM, jumlah  terkini penganas Sulu yang tumpas sehingga kini seramai 52 orang.  Operasi diteruskan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pasukan keselamatan negara. 

Menurut Panglina ATM, operasi pembersihan ini mungkin mengambilmasa yang agak lama. Tekanan yang dialami oleh keselamatan cukup tinggi kerana pencerobohan han ini sudah mengambil masa yang cukup lama dan banyak kerja-kerja telah tergendala terutama penduduk di kawasan terbabit. Diharapkan tekanan yang cukup tinggi ini dapat diharungi oleh anggota keselamatan kita supaya mereka tidak leka dan cuai dalam menjalankan tugas masing-masing.

Kedatangan PM DS Najib telah menaikkan semanghat dan moral anggota keselamatan untuk terus memburu para penganas Sulu. Sekarang ini rakyat hendaklah memberikan sokongan yang sepenuhnya kepada pasukan keselamatan kerana dengan sokongan ini, moral pasukan keselamatan akan terus berada pada tahap yang cukup tinggi.

Komen-komen negatif yang diterima oleh pasukan keselamatan sedikit sebanyak mungkin boleh melemahkan ketahanan mental dan juga moral mereka. 


1 comment:

  1. Pasukan keselamatan tak boleh masuk sembarangan, sebab mereka kata nak serang hendap .

    ReplyDelete