Kumpulan penganas sulu yang datang menceroboh ke Lahad Datu bukannya sebarangan penganas. Taraf mereka samalah seperti penganas komunis. Kelicikan mereka samalah seperti kelicikan penganas komunis Malaya suatu ketyika dahulu. Sebagaimana sukarnya pasukan tentera untuk menghapuskan penganas komunis suatu ketika dahulu, begitu jugalah kesukaran yang dihadapi oleh pasukan tentera dan polis sekarang ini.
Penganas-penganas ini sebenarnya gerila-gerila yang telah biasa berperang, yang telah biasa menghadapi ancaman dan taktik pihak musuh. Jika dibandingkan pengalaman berperang yang sebenarnmya, terus terang aku katakan bahawa penganas ini berkemungkinan besar mempunyai pengalaman yang luas berbanding anggota keselamatan kita. Memang benar anggota keselamatan kita mempunyai kekuatan dari segi peralatan dan anggota, tetapi amat kurang dari segi pengalaman menghadapi peperangan sebenarnya. Kebanyakkan anggota yang ada sekarang ini tidak pernah sekali pun berpengalaman berperang yang sebenar kecuali latihan. Ini tidaklah bermaksud tentera kita lemah berbanding mereka.
Apa yang ingin aku katakan di sini adalah, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika sekiranya serangan udara dan juga serangan darat yang dilakukan oleh anggota keselamatan tidak berjaya membunuh penganas dalam jumlah yang besar.
Satu lagi perkara yang tidak boleh dinafikan dan dipandang ringan ialah, kemungkinan ada dikalangan rakyat kita sendiri yang telah membocorkan rahsia mengenai strategi pihak polis dan tentera. Maknanya dengan maklumat tersebut, kumpulan penganas ini telah mengambil langkah awal untuk meninggalkan Kg Tanduo sebelum serangan diadakan pada jam 7.00 pagi.
Selepas ini apa yang boleh aku katakan ialah, selepas tamatnya penganas komunis, sekarang ini pasukan keselamatan negara menghadapi penganas Sulu pula. Aku percaya bahawa selepas ini peranan dan juga tindakan yang akan dilakukan oleh penganas Sulu, samalah seperti yang dilakukan oleh penganas komunis. Apabila penganas mula merebak dan mula menyamar sebagai rakyat tempatan, tugas anggota keselamatan menjadi semakin sukar. Tidak mustahil, penganas Sulu bakal menjadi seperti penganas komunis Malaya jika pasukan keselamatan tidak berjaya membunuh atau menawan seberapa ramai termasuk ketuanya di dalam Ops Daulat pada kali ini. Aku percaya mereka akan bertindak lagi selepas ini secara kecil-kecilan dengan matlamat, suatu hari nanti kerajaan Malaysia (mungkin krajaan PR) akan memenuhi tuntutan mereka.
Namun demikian apa yang baiknya, peperangan menentang penganas Sulu ini secara langsung akan memberikan banyak pengalaman kepada pasukan keselamatan kita dalam menghadapi peperangan sebenar. Jika dahulu, mereka sekali sekala memasuki hutan untuk menjejaki komunis, bermula dari sekarang, mereka akan mula menjejaki dan mengempur penganas Sulu pula.
Selamat berjuang kepada pasukan keselamatan negara.
No comments:
Post a Comment