Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu ni sebenarnya telah melakukan kesalahan dan menanggung dosa yang besar di Sisi Allah S.W.T. Beliau ni tidak waras sebenarnya. Kerajaan Malaysia sebenarnya sedang menghadapi orang-orang yang tidak waras yang diketuai oleh seorang pemimpin yang tidak waras. Sudah tentu sukar sedikit untuk menghadapi orang yang tidak waras ni.
Bukti-bukti ketidak warasan Jamalul Kiram dan Penyokong beliau.
Pertama: Bagaimana boleh dia mengatakan bahawa Sabah ini masih milik kesultanan Sulu sedangkan ianya telah diterima oleh sejarah dan juga PBB bahawa Sabah ini adalah milik kerajaan Malaysia. Beliau cuba untuk memusing fakta walaupun bukti telah diperjelaskan. Hanya orang tidak waras sahaja yang berani utnuk membuat dakwaan sedemikian dan sanggup untuk menolak bukti-bukti sejarah dan juga fakta-fakta bertulis yang didokumenkan.
Kedua: Kiram ini sebenarnya seorang pembunuh. Beliau telah membunuh pengikut sendiri . Beliau yang mengarahkan para pengikutnya datang menceroboh ke Lahad Datu dengan niat untuk menawan Lahad Datu. Beliau sedar bahawa sudah tentu pertempuran bakal berlaku. Namun beliau masih berdegil untuk menghantar pengikut beliau. Perbuatan ini bolehlah disamakan sebagai membunuh pengikut sendiri secara tidak langsung.
Perbuatan ini dilakukan demi kepentingan diri sendiri. Sejarah ada menyatakan Sultan Sulu terdahulu pernah bersubahat dengan USA untuk membunuh pengikut mereka sendiri.
Hanya orang yang tidak waras dan mementingkan diri sendiri sahaja yang tergamak berkelakuan sedemikian. Sanggup mempergunakan penyokong sendiri demi ego dan kepuasan sendiri.
Ketiga: Jamalul Kiram III masih mengarahkan para pengikutnya untuk tidak menyerah diri walaupun nyawa mereka sudah hampir ke halkum. Bahkan boleh pula mengajak gejatan senjata secara uniletral iaitu sebelah pihak. Dia mahu tentera Malaysia meletak senjata manakala tentera beliau boleh terus mengangkat senjata. Mana kewarasannya kalau macam ni. Ini dah sah boleh dihantar ke Tanjung Rambutan. Para pengikut Kiram pun bodoh macam dia juga. Sudah tahu Kiram III ini seorang yang tidak waras, kenapa masih mengikuti segala arahan beliau.
Di negara kita ni ada tak pemimpin yang macam Jamalul Kiram ni? Aku rasa ada kerana ada juga pemimpin yang telah terbukti bersalah, tetapi disebabkan kehebatan beliau memusing fakta, maka beliau tidak bersalah.
Ada juga pemimpin yang selalu sahaja menghasut para penyokong beliau untuk mempercayai bahawa segala kata-katanya adalah betul dan akan dijamin syurga jika menuruti kata-katanya. Sesiapa yang ingkar, maka nerakalah jawabnya.
Jadi kalau kita kaji-kaji, perangai Jamalul Kiram ni tak ubah seperti beberapa pemimpin yang ada di negara kita ini. Pemimpin yang sanggup mempergunakan penyokong untuk kepentingan diri sendiri. Siapa dia, tak payah aku sebut nama. Bukan dia yang ada di fikiran korang semua, orang lain.
1 comment:
"Siapa dia, tak payah aku sebut nama. Bukan dia yang ada di fikiran korang semua, orang lain".
Bukan Anwar, bukan Nik Aziz, bukan Hadi Awang!Bukan! Bukan! Bukan!
Post a Comment