PAS nak letak lebih ramai calon wanita dalam PRU 13 nanti. PKR pun nak letakkan lebih ramai calon wanita dalam PRU 13 nanti. DAP aku tak dengar cerita lagi.
Kalau macam ni, ramailah wakil rakyat kita nanti terdiri daripada kaum hawa. Yelah dunia dah nak kiamatlah katakan. Kalau dulu pada zaman Nabi dan Sahabat serta kerajaan Islam terdahulu, lebih ramai lelaki yang menjadi pemimpin, tetapi menghampiri akhir zaman ni, semakin ramai wanita pula yang menjadi pemimpin.
Itu zaman Nabi, kalau tidak membantu untuk menang PRU 13 nanti, tak payah ikutlah. UMNO pun tak ikutnya. Lagipun pengundi bukannya tahupun mana satu sunnah dan mana satu bukan sunnah. Apa yang pengundi tahu bahawa apa yang PAS buat semuanya selari dengan syariat Islam, semuanya sunnah Nabi walaupun banyak bukan sunnah tetapi punah. Mengundi parti yang selari dengan syariat Islam, akan mendapat balasan pahala yang boleh menjamin syurga.
Aku tidak tahu adakah ianya bersesuaian dengan sebuah negara Islam macam Malaysia ni. Namun demikian, aku fikir mana-mana negara yang terlalu ramai mempunyai pemimpin wanita berbanding pemimpin lelaki tidak akan mempunyai daya saing untuk jangkamasa panjang.
Memang tidak dinafikan wanita itu boleh menjadi pemimpin, tetapi dikalangan wanita dan kanak-kanak amat sesuai. Untuk menjadi pemimpin bagi memimpin lelaki rasanya tak berapa sesuai. Tak berapa sesuai bukan bermakna tidak boleh. Dalam negara demokrasi yang tidak ada diskriminasi gander kecuali dalam hal-hal tertentu yang khusus, tidak salah melantik wanita menjadi ketua dan terbukti ramai yang cemerlang berbanding lelaki.
PAS ni pada asalnya cuba ikut pemerintahan di zaman Rasulullah dahulu apabila tidak membenarkan wanita menjadi calon PRU 13. Namun demikian, apabila mendapati tindakan mereka itu hanya merugikan mereka sahaja kerana pengundi wanita PAS mahukan calon wanita. Maka PAS pun meninggalkan sunnah Rasulullah. Mereka pun melantik wanita menjadi pemimpin bagi kaum lelaki mereka. Semuanya kerana hendak menang undi.
Sekarang ni, apabila mendapati wanita menjadi penentu kemenangan parti dalam PRU 13 nanti, PAS telah berjanji untuk melantik lebih ramai wanita menjadi pemimpin bagi kaum lelaki mereka.
Tak boleh nak disalahkan PAS jugaklah kerana mereka pun kena fikirkan bermacam-macam cara jugalah untuk menang PRU 13. Ketepikan seketika dengan sunnah atau syariat Islam jika sunnah atau syariat itu tidak membantu PAS untuk menang PRU. Mana yang membantu untuk kemenangan sahaja PAS akan diambil, tetapi mana yang tidak membantu untuk mencapai kemenangan tak payah nak diikutlah kerana para penyokong PAS tidak kisah pun kerana PAS telah berjaya menanam rasa benci terhadap BN dalam hati para penyokongnya. Rasa benci yang mendalam ni telah menjadi mereka buta hati sehinggakan perjuangan PAS telah lari dari konsep Islam dan berkawan dengan musuh Islam sekalipun, mereka sudah tidak peduli dah. Prinsip penyokong PAS adalah tumbangkan UMNO walaupun terpaksa melakukan dosa.
PKR tak payah ulaslah. PKR adalah parti perosak. Perosak segala-galanya.
(Ustaz Hadi menzahirkan rasa bangganya dengan muslimat)
KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan rasa bangga beliau dengan penglibatan Muslimat PAS yang dilihat jauh kehadapan berbanding parti-parti lain.
Sehubungan dengan itu, katanya, besar kemungkinan PAS akan meletakkan lebih ramai calon muslimat akan diletakkan PAS dalam pilihan raya umum akan datang ini.
"PASlah yang pertama mengetengahkan muslimat bertanding, pada tahun 1959. Bukan nak berlagak. Tapi PAS memang tidak ada was-was dengan penglibatan Muslimat dalam pilihan raya," katanya.
Presiden PAS itu melahirkan rasa bangga beliau itu ketika berucap di depan lebih 600 perwakikan Muslimat PAS dari seluruh negara dalam Muktamar Dewan Muslimat PAS malam ini.
Beliau mengulanginnya ketika sidang media yang diadakan sejurus selepas selesai majlis perasmian muktamar Dewan Muslimat itu.
Anwar: PKR letak ramai calon wanita dalam PRU13
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata partinya akan meletakkan lebih ramai calon wanita yang 'berkelayakan dan berkebolehan' dalam pilihan raya umum selaras dengan peranan wanita dalam usaha untuk menjana semula negara.
Menurutnya, wanita adalah rakan kongsi yang sama taraf dengan lelaki dalam membangunkan negara.
Katanya, mereka menjadi isteri, adik-beradik atau anak perempuan dan "oleh itu apa-apa yang buruk yang berlaku kepada mereka mempengaruhi kita lelaki".
" Kami perlu membantu mereka membantu diri mereka, jika tidak, masa depan anak-anak kita akan bermasalah," katanya dalam ceramah 'Kebangkitan Wanita' di Seberang Jaya malam tadi.
Anwar berkata kerajaan Pakatan akan menyenaraikan wanita dalam tugas penjanaan semula negara dengan memanfaatkan bakat dan keupayaan mereka.
Menurutnya, wanita adalah rakan kongsi yang sama taraf dengan lelaki dalam membangunkan negara.
Katanya, mereka menjadi isteri, adik-beradik atau anak perempuan dan "oleh itu apa-apa yang buruk yang berlaku kepada mereka mempengaruhi kita lelaki".
" Kami perlu membantu mereka membantu diri mereka, jika tidak, masa depan anak-anak kita akan bermasalah," katanya dalam ceramah 'Kebangkitan Wanita' di Seberang Jaya malam tadi.
Anwar berkata kerajaan Pakatan akan menyenaraikan wanita dalam tugas penjanaan semula negara dengan memanfaatkan bakat dan keupayaan mereka.
3 comments:
Bukan sahaja wanita atau orang bukan islam akan dilantik menjadi pemimpin asal menang pru, malah kalau syaitan sekalipun nak jadi pemimpin, pas akan tabalkan syaitan sebagai calon pru (kalau dibenarkan). Itu bukan saya kata, tapi nik azis yang kata.... nik azizzzzz yang kataaaaa ha ha ha ha ha!,!,,!!,!,,
masuk neraka pun tak pe kot, asal dpt tumbangkn umno ! tengok aje aksi karut mrk ; bowing to TBH body, tafakur dpn colok, bela org bermaksiat, setuju bahkn sokong Allah swt disyirikkn,.... !
Xpas,aku memang asalnya nak tulis tajuk "Tumbangkan UMNO walaupun terpaksa masuk neraka" tetapi aku tak boleh nak tentukan sape masuk neraka dan sape masuk syurga kerana Syurga dan neraka tu Allah yang punya, bukan aku yang punya.
Post a Comment