Manifesto Pilihanraya adalah janji bertulis parti. Ianya mesti ditunaikan. Kalau tak mampu untuk ditunaikan, maka ianya hendaklah ada usaha untuk menunaikannya.
Kalau ditunaikan secara berpilih dengan alasan manifesto itu kenyataan adalah janji awam atau janji umum, tetapi akan diperincikan lagi selepas menang pilihanraya, ini zalim namanya. Menipu rakyat namanya.
Inilah yang berlaku kepada kerajaan Selangor sekarang ni. Nampaknya Mahkamah ada asas untuk membenarkan penduduk menyaman Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana tidak menunaikan manifesto dalam PRU 12 dulu.
Diharapkan penduduk yang menyaman itu akan memperolehi kemenangan supaya ianya menjadi satu pengajaran kepada mana-mana parti politik supaya berjanji sesuatu yang realistik dan konkrit. Ramai rakyat yang memilih satu-satu parti kerana tertarik dengan janji yang dijadikan modal kempen mereka. Pendidikan percuma, harga kereta lebih rendah, penghapusan hutang PTPTN, penurunan harga minyak dan sebagainya . Ini janji Parti Pakatan Rakyat. Janji dulu pun tak tertunai, mahu dibuat janji baru pulak.
Hanya orang yang terpedaya dunia akhirat sahaja yang percaya kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PKR, sebuah parti yang rosak dan lagi merosakkan.
Air percuma: Mahkamah tolak permohonan Kerajaan Selangor, MB dan Syabas
4 Februari 2013
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Kerajaan Selangor, Menteri Besar Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) untuk membatalkan saman difailkan 711 pengguna air negeri itu tahun lalu.
Hakim Datuk Hashim Hazmah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak pagi tadi.
Beliau menolak permohonan kesemua defenden tersebut dengan kos.
Kesemua 711 pengguna air Selangor adalah kumpulan pertama yang mengambil tindakan undang-undang pada September lalu terhadap ketiga-tiga pihak terbabit kerana gagal membekalkan bekalan air percuma bagi 20 meter padu pertama seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008 Pakatan Rakyat.
Mereka memfailkan saman itu pada September lalu bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM405,270 daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik.
Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

1 comment:
Biar lah diorang saman...Rasanya kalau rakyat selangor yang ada mata boleh saman kerajaan BN dulu2..Agak-agak menang tak?
Post a Comment