CATATAN PERIBADI

22 February 2013

Individu atau Kumpulan Yang 'Jemput' Bangsa Sulu Sudah Dikenal Pasti?

Dua minggu sudah, negara dikejutkan dengan pencerobohan Rakyat Plipina ke Lahad Datu, Sabah dengan membawa senjata. Ada kemungkinan kedatangan mereka itu didalangi oleh rakyat Malaysia sendiri. Kononnya rakyat Philipina yang berbangsa sulu masih ada hak ke atas Sabah. Maka kumpulan atau individu rakyat Malaysia itu pun mengambil kesempatan dalam suasana genting menjelang PRU 13 nanti untuk menghasut orang Sulu itu supaya datang menuntut Sabah. 

Orang atau kumpulan di Malaysia itu mungkin beranggapan bahawa dengan kedatangan orang Sulu ini, ianya akan memberikan lebih tekanan kepada PM Najib untuk menghadapi keadaan genting ini. Jika PM Najib menggunakan kekerasan terhadap Bangsa Sulu itu sehingga mengakibatkan pertumpahan darah, maka satu bala besar bakal menimpa PM Najib. Seluruh mata dunia akan tertumpu kepada Malaysia menjelang PRU 13 nanti. Tumpuan dan hentaman antarabangsa itu akan menjejaskan peluang BN untuk mengekalkan kuasa pemerintahan. 

Sungguh licik dan memberhaya sungguh strategi individu atau kumpulan ini. Sukar untuk mempercayai, sampai ketahap ini tindakan yang mereka lakukan demi untuk menang PRU 13. Siapa yang menjadi penasihat kepada individu atau kumpulan ini. Sudah tentu penasihatnya adalah pihak asing yang dengki dengan kejayaan Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN. Siapa yang mempunyai hubungan baik dengan pihak luar termasuk pemimpin pembangkang di Philipina?

Menyedari hakikat ini,  kerajaan BN sedang menggunakan cara yang paling halus untuk mengusir bangsa Sulu tersebut. Mereka tidak mahukan sebarang pertumpahan darah berlaku. Namun demikian, bangsa Sulu itu terus berdegil untuk tidak keluar. Aku percaya, mereka hanya akan keluar jika sekiranya individu atau kumpulan yang 'menjemput' mereka mengarahkan mereka keluar. 

Mereka menggunakan alasan kononnya Sabah ini suatu ketika dahulu kepunyaan kesultanan Sulu dan mereka datang untuk menuntut kembali hak mereka itu. Isunya, Kenapa perkara ini tidak dilakukan dengan cara yang lebih sopan dan bertamadun. Adakah dengan menghantar 100 orang tentera itu boleh memenuhi tuntutan mereka? 

2 comments:

  1. Pakcu lihat cara puak ni masuk dan bertindak seakan ingin berkeras lengang.Apa lagi dalam masa PRu hampir tiba maka mereka mengharapkan "sesuatu" keajaiban berlaku dengan tindakan mereka.

    Apapun diharapkan kerajaan Malaysia bertindak bijak dalam menanggani krisis ini yang seakan meletakkan "kita" terhimpit yang disengajakan....walahualam.

    ReplyDelete