Adakah berita di bawah ini membawa apa-apa makna kepada anda semua? Mungkin ye dan mungkin tidak. Bagi aku, berita ini cukup besar maknanya. Walaupun aku tidak pernah yakin bahawa Anwar Ibrahim akan menjadi PM selepas PRU13 nanti, tetapi pokok-pokok yang digoyangkan oleh penyokong mereka sedikit memberi harapan kepada perlantikan beliau sebagai PM.
Bayangkan, belum pernah dalam sejarah tanahair kita seorang PM didapati bersalah di mahkamah kerana kesalahan jenayah. Apa akan berlaku kepada imej dan moral negara Malaysia di mata dunia jika sekiranya PM kita didapati bersalah meliwat. Satu kesalahan yang cukup aib bagi seorang Islam. Bayangkan apakah yang dianggap oleh rakan-rakan dalam OIC, ASEAN apabila mendapati PM Malaysia seorang Peliwat tegar. Sudah tentu ianya sesuatu yang memalukan bagi rakyat Malaysia dan Pakatan Rakyat khususnya PAS kerana mereka melantik seorang yang mempunyai kesalahan jenayah liwat sebagai PM.
Oleh itu, tidak ada sebab walau sebesar hama sekalipun rakyat Malaysia ataupun Pakatan Rakyat untuk berjudi nasib dengan melantik seorang yang mempunyai kes jenayah dimahkamah yang belum selesai sebagai PM. Apabila dibicarakan dimahkamah, dua keputusan sahaja yang diperolehi. Samada bersalah ataupun tidak beersalah. Kalau tidak bersalah, Alhamdulillah, tetapi kalau bersalah, nauzubillah.
Rakyat Malaysia khususnya para pengundi hendaklah meletakkan maruah negara pada tahap tertinggi semasa membuat pilihan semasa PRU 13 nanti. Para pengundi Islam hendak mempertimbangkan dengan se dalam-dalam pilihan mereka kerana jika mereka tersilap langkah, besar kemungkinan mereka akan mendapat seorang PM yang terlibat dengan satu kesalahan moral dan kesalahan agama yang cukup serius.
Berita yang aku maksudkan ialah:;
Kes liwat: Mahkamah dengar rayuan pada 22 Julai ini
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.
Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.
Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama
No comments:
Post a Comment