SAHABAT BLOG

12 January 2013

Rahmat Allah Menghalang Usaha Gugat Keamanan Negara

Rahmat Allah iaitu dengan hujan yang lebat telah memberikan perlindungan kepada Negara tercinta ini. Maklumat terkini yang aku sedut dari blot Pro Pembangkang yang melahirkan rasa kechewa beliau dengan sambutan penyokong Pakatan Rakyat terhadap Perhimpunan Shamsidar yang dijadualkan diadakan Stadium Merdeka pagi nanti. 

Antara alasan yang mungkin menjadi sebab kekurangan sambutan ini ialah Rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada rakyat negara ini iaitu hujan lebat. Allah S.W.T.pun tidak suka kepada perhimpunan ini, maka Dia telah menurunkan bala tenteranya untuk menghalang usaha pihak-pihak yang ingin mengugat ketenteraman negara ini dan usaha pihak-pihak yang ingin menjatuhkan sebuah kerajaan Islam yang bertanggungjawab untukl digantikan dengan kerajaan yang plurarisme.

Baca artikel di bawah yang disedut dari Blog Suara Pakatan Rakyat.


Azhar Idrus Sabotaj HKR?

LAPORAN DARI LOKASI

Dataran Merdeka – Hanya Segelintir
RAMAI kecewa, termasuk penulis sendiri setelah mendapati Ustaz Azhar Idrus yang sepatutnya datang menyampaikan ceramah agama di Kelab Sultan Sulaiman hari ini, tidak hadir atas alasan yang tidak dapat dipastikan.
Maka tidak hairanlah kenapa kehadiran orang ramai pada malam ini juga begitu mengecewakan, tidak sampai pun 2,000 orang!!
Penulis dapat tahu, kegagalan Azhar Idrus untuk hadir ialah kerana duit.  Benarkah begitu?  Sejak bila Azhar menjadi mata duitan, bukankah katanya dia mengajar kerana ikhlas?
Jika inilah gayanya, lebih baik lain kali Pakatan Rakyat tidak menjemput Ustaz ini lagi, membuang masa dan tenaga.  Tapi kalau dia hadir pun, jumlah kehadiran masih lagi rendah.  Maksudnya disitu, Azhar Idrus bukan daya penarik untuk orang ramai datang.
Penulis sebenarnya kecewa melihat jumlah yang hadir ini.
Kalau diikutkan jumlah yang datang ketika penulis baru sampai petang tadi, lebih teruk, tidak pun mencapai 100 orang!!  Mungkinlah kerana hujan lebat, tapi perjuangan apakah namanya kalau pergerakan dibataskan oleh hujan?
Nasib baik setelah kehadiran pemimpin Pakatan Rakyat seperti Pengarah Himpunan, Haji Mat Sabu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tien Chua dan beberapa orang lagi, barulah jumlah kehadiran peserta meningkat sedikit demi sedikit, itu pun masih jauh dari sasaran penganjur himpunan untuk malam ini, iaitu seramai 50,000 orang.
Selain Dataran Merdeka, penulis juga sempat berkunjung ke beberapa lokasi lain yang sepatutnya menjadi tempat berkumpul peserta himpunan untuk malam ini.

KLCC Kosong!!

Stadium Merdeka – Lengang

Taman Melewar – Hanya Gerai-Gerai Sahaja Yang Kelihatan

2 comments:

Anonymous said...

Err ...UAI ada diKampung ia semalam ! semalam saya ke surau Ladang dengar Azhar berceramah, macam biasa2 tuh setiap 2 minggu sekali dia akan balik kampung beri ceramah.

putrarahman said...

TQ atas maklumat.