Isu Lynas ni nampak dah semakin hampir ke penghujungnya. Apabila tamat PRU 13 nanti, maka tamatlah isu ni. Isu ni sebenarnya satu modal kepada Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan politik. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk menang undi.
Bagi menguatkan lagi modal mereka, mereka sanggup membawa isu Lynas ni ke Mahkamah. Mujurlah para hakim di Malaysia ni tidak bodoh macam dia orang. Sudsah 2 mahkamah menolak permohonan mereka untuk membatalkan operasi Lynas, tetapi nampaknya usaha mereka masih belumm berjaya. Yang aku peliknya kenapa nama orang yang membawa kes ini ke Mahkamah hanya 3 orang sahaja. Berapa agaknya 3 orang hamba Allah ini di bayar oleh PR untuk membawa kles ini ke Mahkamah.
Kepada mereka yang menentang Lynas ni, cujkup-cukuplah kerana dah jkalah 2 - 0. Mahkamah mana lagi yang korang nak buat rayuan. Takkan nak bawa ke mahkamah antarabangsa kot?
Baca berita di bawahlah untuk ketahui siapa 3 orang yang 'bertuah' ini.
Tiga penduduk Kuantan gagal sekat operasi loji Lynas
Tiga penduduk Kuantan hari ini gagal dalam cubaan mereka untuk menyekat operasi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.
Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan mengetepikan permohonan mereka supaya ditangguhkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk memberi lesen pengoperasian sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) bagi menjalankan operasi loji pemprosesan nadir buminya di Gebeng.
Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai panel hakim berkenaan, berkata mahkamah itu mendapati hakim Mahkamah Tinggi bertindak betul di sisi undang-undang dan dari segi fakta apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.
Katanya fungsi Mahkamah Rayuan bukan untuk mencampuri budi bicara Mahkamah Tinggi, kecuali ia melakukan kekhilafan atau mengetepikan pertimbangan yang berkaitan.
"Kami dapati tidak ada sebab yang sah untuk mencampuri keputuan Mahkamah Tinggi itu. Kami menolak rayuan ini dan mengekalkan keputusan itu," kata Ramly, yang bersidang bersama hakim-hakim Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Aziah Ali.
Mahkamah itu juga memerintah penduduk berkenaan membayar RM20,000 sebagai kos kepada semua responden, yang terdiri daripada menteri berkenaan, LPTA, Lynas Corporation Ltd (sebuah syarikat Australia) dan Lynas Malaysia Sdn Bhd.
Panel itu membuat keputusan berkenaan setelah mendengar hujah yang dikemukakan peguam Datuk Bastian Pius Vendargon yang mewakili penduduk terbabit, Tan Sri Cecil Abraham, yang mewakili Lynas dan peguam kanan persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili menteri berkenaan dan LPTA.
Penduduk terbabit -- Tan Bun Teet, 64, Syed Talib Syed Sulaiman, 60, dan Hasimah Ramli, 44, memfailkan permohonan bagi mendapatkan semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuantan bagi mengetepikan keputusan LPTA pada 30 Jan tahun ini dan keputusan menteri berkenaan pada 13 Jun berhubung kelulusan TOL kepada LAMP.
Dalam permohonan itu, mereka juga ingin mengetepikan keputusan LPTA dan menteri terbabit pada 3 Sept untuk mengeluarkan TOL kepada Lamp.
Mereka turut memohon penangguhan keputusan dua pihak berkuasa berkenaan berhubung TOL, sementara menunggu keputusan permohonan mereka mendapatkan semakan semula kehakiman.
Pada 28 Ogos, mereka memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Tinggi untuk memulakan permohonan semakan semula kehakiman, yang ditetapkan untuk pendengaran pada 5 Februari dan pada 8 November, hakim Datuk Mariana Yahya menolak permohonan mereka berhubung TOL itu.
No comments:
Post a Comment